Saturday 30 April 2011

suatu petang

dari berdiri
aku duduk
lalu berbaring. tangan letak di dahi
akal berfikir
apa nak jadi dengan aku
orang, beruang ataupun orang berwang
kata seseorang
"muka lawa pun tak guna, kalau otak tak berfikir"
katanya lagi
"bila suruh belajar, kau main; bila cakap bodoh, kau sedih"
aku diam
berdesing telinga aku saat itu
kupejamkan mata
ada air hangat mengalir
ah!
apa perlunya aku menangis
itu kenyataan
harus bersyukur
Maha Esa hadirkan seseorang
untuk sedarkan aku
yang masih di ambang selesa
syukur padamu Ya Allah
amaranMU ini menyentak rentak jantungku

p/s: ini peringatan untuk aku

oh!

aku dah mula addicted...
ZineSatuMalam macam dadah untuk aku...
masih dalam mood teruja...
sebab karya terpilih kali ni...
hehehehe...
sampai update banyak-banyak entri sekali gus...
apakah??
sebab lepas ni tak berpeluang dah...

aku perasan, bila aku banyak membaca;
terutama karya dalam ZineSatuMalam,
penulisan aku di blog ditegur kerana kasar...
apakah?
kenapa aku baca zine, ayat lagi fuhhh!! dari aku...
oh...
harap aku dapat maklum balas mengenai penulisan aku...
terima kasih, teman

fikir, 3

kau!!
mak, abah hantar kau jauh-jauh...
suruh kau belajar....
tapi,
apa kau buat??!
jawablah!!!

kelas kau ponteng,
alasannya sakit...
padahal mabuk bercinta,
keluar berdating!!!
duit poket pun mak, abah bagi,
ada hati nak tanggung hidup kekasih...
ada niat nak beli ini, beli itu,
konon nak tunjukkan rasa sayang...
boleh jalanlah!!!

kalau kau balik ke kampung halaman,
ingat nak menjenguk tanya khabar...
rupanya bawak berita 'ini rezeki, mak, abah'
rezeki hotak kau!!
bila perut kau memboyot,
jantan mana kembungkan kau?

kau sedar tak?!
kau hancurkan hati mak...
kau pijak-pijak maruah abah...
celaka lah kau!
bukan setakat arang kau conteng,
tapi,
tahi kau palitkan!!

 p/s: ambil buat pengajaran,
abaikan penggunaan bahasa kasar aku...
maaf

aku sayang kau

kau tahu tak?
aku sayang kau
kau tahu tak?
aku selalu fikir
apa kau suka dengan aku?
maksud aku;
perangai
diri aku
perbuatan aku
apa kau benci dengan aku?
mungkin
aku buat kau kecil hati
aku pernah marahkan kau
aku guris perasaan kau
maafkan aku
andai aku
tak mampu jadi yang terbaik
tapi bagi aku
kau serba-serbi terbaik
kerana
kau cermin aku
kau pantulkan salah aku
supaya aku baiki diri
menjadi lebih baik
terima kasih TEMAN
aku sayang kau
kerana kau TEMAN, SAHABAT, KAWAN

p/s: aku rindukan teman-teman aku...
yang mengajar aku erti kehidupan...

saya nak join bloglist aziluzdanhidupnya

benda pertama yang saya terpandang bila buka blog aziluz ialah wow!!! sungguh berani dan misteri, aku berani untuk join dia jadi gila 
dan
pada pendapat saya aziluz ialah seorang perempuan

kalau kau nak join bloglist aziluzdanhidupnya boleh klik sini

Friday 29 April 2011

tiada lagi

tak akan menitis air mata tanpa sebab; dua sahaja sebab antara sedih atau gembira

sia-sia sudah
kita jalin cinta
bila hati selalu berbeda
sampai kapan lagi
ku harus menahan
rasa kecewa di dalam dada
seandainya kita
masih bersatu
tak mungkin kan menyatu
walau masih ada sisa cinta
biarkan saja
berakhir sampai di sini
tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa dirimu

 lebih baik sendiri, dari terluka... [kau ingat senang ke nak jaga hati orang lain]

tiada lagi
kata cintaku
takkan lagi ku bersamamu
biar ku simpan semua
kenanganku bersamamu
sampai kapan lagi
ku harus menahan
rasa kecewa di dalam dada
seandainya kita masih bersatu
tak mungkin kan menyatu
walau masih ada sisa cinta
biarkan saja berakhir sampai di sini
tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa dirimu
tiada lagi kata cintaku
takkan lagi ku bersamamu
biar ku simpan semua
kenanganku bersamamu
tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa dirimu
tiada lagi kata cintaku
takkan lagi ku bersamamu
biar ku simpan semua
kenanganku bersamamu

 sendirian, tapi bebas melayani kehendak hati tanpa merunsingkan akal fikiran...

p/s: akal berfikir, hati merasa...
biar masa menentukan,
andai itu suratan takdir,
belajar menerima rencana ILAHI...

Thursday 28 April 2011

kami blogger utagha

sejak dah dedahkan identiti..
baru lah boleh aku nak join apa-apa yang blogger anjurkan...
support baek punya untuk cik gadis kampung separa bandar...
beliau membuat usaha menyatukan blogger dari utara...
tengok sini

cek mai dari perlis [baca: peghelih]
tapi cek study dekat terengganu [baca: ganu]
jauh kan?
eh, nak tulis apa lagi?
kurang idea la...
panggil fatin je...
cukuplah, kan?

tiba masanya

aku macam tak ada kerja sangat kan?
asyik update blog...
hehe...
ok lah...
setelah lama berfikir...
kat sini aku dedahkan siapa aku...
ramai yang boleh teka siapa aku...
ramai juga yang gagal mengesan identiti aku...

 aku seorang perempuan...

aku masih belajar...ini bersama kawan-kawan di zaman matriks...

kebanyakan blog yang aku follow, blog kawan-kawan...
maaf...
aku menziarahi korang macam perompak...
tanpa identiti...

p/s: semoga entri ini tak menjarakkan hubungan antara mana-mana pihak..

Wednesday 27 April 2011

ZineSatuMalam

ini entri promo..
terbaca di blog akal tunjang; entri promo: ZineSatuMalam...
apa itu zine?
bukan zina, tetapi
"singkatan daripada magazine atau fanzine"
aku mengikuti di facebook;
ZineSatuMalam
 edisi1: bangang
edisi2: terima kasih

satu bahan bacaan yang bagus,
untuk orang macam aku..
orang lain, aku tak tahu penerimaannya...
dengan penulisan bersahaja,
tetapi penuh dengan sindiran...
cukup untuk buat aku terasa,
lalu mula berfikir...

"Mungkin mudah untuk lafazkan terima kasih,
tetapi untuk benar benar memaksudkan penghargaan itu,
tak semua yang mampu."
[ZineSatuMalam; Sebuah karya satu malam: pantas, padu dan padat]

pengalaman

 pengalaman; mematangkan manusia

 pengalaman; menjadi satu titik permulaan perubahan

pengalaman; menggerakkan minda untuk berfikir

manusia mana yang sentiasa mendapat pengalaman yang baik-baik sahaja?
manusia perlu diuji...
ada yang diuji dengan kesenangan;
dinilai sama ada alpa atau leka...
ada yang diuji dengan keburukan;
dinilai tahap bersyukurnya...
orang kata,
pengalaman mendewasakan kita...
diri sendiri yang menentukan;
untuk sedar diri dan ambil pedoman,
atau
masih lalai dan hanyut, hanyut dan terus hanyut...
pengalaman;
juga menjadi titik tolak kepada manusia...
yang mana sedar diri,
untuk bergerak maju ke hadapan...
pengalaman dijadikan rujukan,
supaya tiada kesalahan diulang,
juga menguatkan azam dan semangat...
jangan lupa, MAHA ESA menguji kita...
kerana manusia punya iman yang turun naik...
bersihkan jiwa, sucikan hati...
kembali padaNYA;
pengalaman pahit itu satu amaran dariNYA...

p/s: hati beku, akal merana,
dipaksa berfikir tanpa meletakkan perasaan...
arghh! 
aku benci begini...
semoga kalian dalam rahmat Allah S.W.T,
sama-sama kita berdoa,
untuk mendapat keberkatan dariNYA...
[sumber gambar: google]

Tuesday 26 April 2011

satu rasa

biar aku menjadi diriku...
menyayangimu sepenuh hatiku...
dari dua bahagian diriku...
yang baik, juga yang buruk...

bukan terburu-buru,
atau pun melulu...
mungkin ini takdir kita...
yang tertulis di atas sana...

ku pohon,
doa dan restu Ilahi...
andai ini rencanaNya...
biarlah kekal dan abadi...
kasih ini...




semoga segalanya termakbul...


p/s: selamat pagi...
coretan di dinding,
emosi sesejuk embun pagi...

Monday 25 April 2011

sembang sampai subuh

ada satu malam..
aku berborak dengan kawan aku...
dari isya' sampai ke subuh...
bicara tentang manusia...
perilaku dan sifat...
kemudian kami sama-sama muhasabah diri...

supaya kami tak jadi macam manusia-manusia itu...
  1. bila orang lain nak buat sesuatu yang baik, kau kutuk-kutuk pulak...contohnya, bila ada minah tu ajak buat study group, kau kutuk dia, cakap yang minah  tu bukan nak study, tapi bergosip lebih...hello! sekurang-kurangnya minah tu ada usaha nak study, bukan macam kau yang asyik nak pandang rendah kat orang lain...kau tu study ke tak???
  2. cakap kat belakang orang berapi, tapi akhirnya, bila berdepan, asap pun tak nampak...contohnya, iye-iye je kau cakap kat belakang yang si polan tu buat ini, si anu buat itu, kau kutuk-kutuklah, tapi bila berdepan, kau pijak semut pun tak mati...kau bodek lagi ada lah, kan...untung-untung si anu, si polan belanja kau makan...kan, kan, kan??
  3. orang yang tahu diri bersalah, tapi tak ada usaha nak mintak maaf...cuma berdoa, harapkan orang tu maafkan kau...alahai...sedangkan kalau kau mengidam nak makan mangga, kau mesti usaha pergi beli ke, pergi kait kat pokok ke...usaha!!!kita sendiri tahu, bila salah sesama manusia ni, kenalah mintak maaf dengan orang yang dah kau buat salah kat dia tu...
  4. kau dah mintak maaf, tapi kau ulang lagi salah kau...aku dah tulis sebelum ni, kalau kau ulang kesalahan buat kali kedua, itu bodoh namanya!!
  5. boleh tak kau hidup tanpa kawan??macam atas bumi ni ada kau dan pasangan kau aja...bayangkan esok-esok kau sakit, siapa nak ziarah kau di hospital, bila kau mati, siapa nak mandikan kau, solatkan kau...kau dah tak boleh buat sendiri bila jasad kau kaku macam tu...
ada banyak lagi yang kami borakkan...
cuma satu konklusi kami berdua;
ada akal, fikir...
jangan buat macam manusia-manusia tu buat...
ada akal, fikir...
jangan pandang pada manusia yang berkata-kata,
tapi dengar pada apa yang dikata...

p/s: senang cakap;
ada akal, kau fikir!!!

Sunday 24 April 2011

kasih sayang

aku post secara cepat, curi masa yang ada!!

mari kita fikirkan sama-sama...

kerana sayang;
si ayah sanggup memerah keringat,
keluar subuh, pulangnya maghrib,
mencari rezeki,
buat anak dan isteri...

kerana sayang;
si ibu sanggup mengendong perut,
sembilan bulan lamanya,
nyawa bagai telur di hujung tanduk,
melahirkan zuriat...

kerana sayang;
si kekasih berusaha,
walaupun lamanya terseksa,
untuk membaiki hubungan,
kekalkan jadi lebih baik...

kerana sayang;
kawan sanggup berkorban,
dari timur pergi ke utara,
semata-mata memberi semangat,
buat kawan dalam kesakitan...

kerana sayang;
semua boleh jadi...

p/s: kalau sayang itu membawa kita menjadi lebih baik, baguslah..
andainya sayang itu buat kau jadi buta, bodoh;
aaargghh!!
sudahlah, aku malas nak mencarut apa-apa...
kau ada akal, fikir!

Friday 22 April 2011

fikir,2

aku pernah rasa benda tu...
aku pernah khayal dengan benda tu...
aku pernah tersungkur sebab benda tu...

tapi kini, bukan lagi...
aku khuatir...

aku tak menolak hadirnya benda yang baru tu...
tapi...
yang dulu, seolah-olah jadi bayangan hitam...

tak payah jadi hamba pada benda tu...
kalau MAHA ESA kau lupakan...
tak payah nak cuba benda tu...
kalau itu menyakitkan jiwa dan raga...

tapi, siapalah kita...
cuma manusia yang sering terlupa...
kita diuji...

jika kau rebah disebabkan benda tu...
bangkitlah...
jika kau hilang akal kerana benda tu...
sedarlah...

semua itu bukan melemahkan kau...
tapi, membakar semangat kau...
buat jiwa kau jadi kental...

sesuatu yang amat manis;
jika kau jatuh, lalu bangun sendiri...
manusia yang sentiasa di atas, tak pernah jatuh,
tak akan merasa sakitnya berada di bawah...

*********************

aku hanya ingin kau tahu
besarnya cintaku
tingginya khayalku
bersamamu
untuk lalui
waktu yang tersisa kini
di setiap hariku
di sisa akhir nafas hidupku

p/s: maaf, aku agak emo petang ini...
sudah aku katakan, ini peringatan untuk aku,
juga untuk kau jadikan sempadan...

kecoh!!

beberapa hari aku tak menulis...
kenapa ya???
sibuk?
mungkin...
ketandusan idea?
tidak sangat...
sengaja menyepikan diri?
oh, kenapa begitu...

baru-baru ini jugaklah kecoh pasal 1 isu...
siapakah aku???
ada yang kata, dia memang kenal aku...
dia dah perhatikan aku...
tapi nasihatkan aku agar berhati-hati...
sebelum segalanya terbongkar...
ada yang bersemangat...
nak bongkarkan identiti aku...
ada yang kata biarlah rahsia...
lebih seronok begitu...
izinkan aku terus begini...
atau begini...

sebenarnya, bukan niat aku untuk merahsiakan...
aku selesa begini...
yang tahu itu, aku tak kisahlah...
kita tetap kawan...
aku menulis di blog, bukan untuk mencari follower...
tapi aku nak meluahkan isi hati...
bukan kisah cinta...
lebih kepada soal-soal umum...
aku nak berkongsi dengan kau orang...
tentang pengalaman hidup aku...
supaya itu dijadikan peringatan kepada aku...
untuk tidak mengulanginya...
juga sebagai sempadan kepada orang lain...

sebenarnya, aku tak penting untuk siapa-siapa...
kalau aku penting,
tidaklah aku jadikan blog sebagai medium luahan perasaan...
hadirnya aku, mungkin tidak dipedulikan...
begitu juga jika tiadanya aku...

p/s: tak ada akal untuk menulis...
tapi inilah luahan aku untuk kali ini...
untuk teman-teman yang selalu singgah, terima kasih...

Tuesday 19 April 2011

malas dan bodoh

ini pepatah dari seseorang,
aku pinjam ye kawan...
"bila suruh belajar, kau main..
bila cakap bodoh, kau sedih"
aku suka ingat pepatah ni bila aku malas...
yalah...
sekurang-kurangnya aku tak terus-terusan malas..
tak berterusan jadi katak...
"katak bawah gelas"
mata je pandang buku, nota, slide...
tapi, ape pon tak mampu diserap...
apa tujuan kau hidup?
dah kalau nak belajar pun malas...
setakat nak main game, on9, tengok filem...
apa yang kau dapat?
duit jatuh gedebuk sebelah kau?
cubalah sedar...
setakat nak menghabiskan duit mak abah kau je...
bukit, kalau ditarah, lama-lama rata jugak...
ini kau tarah kepala abah kau, cepat aje orang tua tu botak...
deiii!!!
bukak mata kau...
bukak minda kau...
ada akal, fikir...
jangan bebal sangat...
hidup ni ada tujuan...
sebagai hambaNYA...

p/s: ini pesanan untuk diri aku yang kadang-kadang tersasar di jalanNYA

Monday 18 April 2011

mak abah

kau tahu apa itu segan?
bagi aku, segan ada 2 maksud...
segan = malas (bahasa utara selalunya)
contoh ayat, "makkk, cek (saya, bahasa manja untuk anak) segan lah nak p (pergi) kenduri tu"...
segan = malu
contoh ayat, "aku segan lah nak pergi kedai sorang-sorang"...

balik pada tujuan asal, aku segan sangat...
sebab apa?
sebab duit poket aku kurang sekarang...
aku tebalkan muka mintak tambah duit poket...
ni semua gara-gara pergi beli tiket bas nak balik rumah...
huhuhu....
patutnya aku kena tunggu hujung bulan (bila orang gomen dapat gaji)...
adeii...

tapi, dalam masa yang sama, aku sayu sangat...
sedih...
mak abah aku banyak berkorban..
berkorban apa, tu jangan cakap...
aku takut aku akan kecewakan mereka buat kesekian kalinya...
tapi aku tak berniat untuk tak usaha...
aku sangat-sangat tengah usaha...
aku harap, aku sempat balas jasa mak abah aku...
walau pun, tak semuanya terbalas...
aku harap aku dan korang jaga mak abah kita macam ni...bukan buat macam dalam drama-drama tv, sanggup buang mak abah tepi jalan, atau tinggal di rumah orang tua-tua...

mak, abah, orang sayang mak abah...
orang tahu mak abah sentiasa doakan orang kat sini...
orang tak lupa pengorbanan mak abah kat orang...
orang minta maaf kat mak abah, sebab buat mak abah kecewa...
tapi, orang janji dengan mak abah...
orang akan berjaya macam mak abah doakan selalu...
mak abah, orang sayang mak abah!!
terima kasih, mak abah...
buat orang jadi 'orang', bukan beruang...
jom sama-sama usaha berjaya...

p/s: sayangilah mak abah korang sementara mereka ada...
jangan jadi katak bawah gelas,
bukak minda, corakkan masa depan korang...
jangan jadi macam aku,
jangan ulang kesilapan aku...

Sunday 17 April 2011

ucaplah

pernah tak kau ucap terima kasih??
pada mak kau yang masakkan makanan sedap-sedap...
masak lemak cili api...
lontong...
asam pedas ikan pari...
cucur badak...
nasi goreng kampung...
atau kau belasah aje makanan tu,
bismillah dengan doa pon tak sempat baca...
nak harap kau tolong mak kau memasak macam ni, jangan mimpi la kan??

pernah kau ucap terima kasih??
pada abah yang jemput kau di stesen bas...
kau balik ke kampung halaman...
sampai pagi-pagi buta...
atau kau terus masuk bilik,
kemudian berdengkur sampai tengah hari...
itu baru jemput di stesen bas...
kalau jemput depan pintu hostel di kampus, bayangkan pengorbanan abah kau...

pernah kau ucap terima kasih??
pada adik kau yang selalu cari gaduh...
sebab adik kau lah yang menggamatkan suasana rumah...
tak kan rumah kau sunyi sepi...
umpama tengah berkabung...
kata orang, adik beradik ibarat air...
dicincang tak akan putus...
berkongsi itu kan lebih baik dari kau tak punya apa-apa...

pernah kau ucap terima kasih??
pada makcik cleaner di hostel kau...
yang angkat sampah sarap..
yang sapukan lantai koridor...
atau ka mampu buat sendiri semua tu...
memegang sisa-sisa kotor...
dengan tangan kau yang konon suci...
kalau beginilah makcik cleaner di hostel aku, tak sampai hati aku nak buang sampah rata-rata...
terus jadi pembersih...hipokritnya...

pernah kau ucap terima kasih??
pada kawan yang berkorban demi kau...
pada kawan yang memahami karenah kau...
pada kawan yang bersusah-payah demi kau...
sebagai tanda kau hargai nilai persahabatan...
aku pasti kau orang buat begini, kan?

kita ada akal kan?
guna akal, fikirlah...
dua patah perkataan sahaja...
mampu ceriakan kehidupan ramai orang...
besar kesannya dalam kehidupan...
ringankan mulut, ringankan beban...
kau ucap terima kasih, hilang penat lelah orang sekeliling...
semua gambar aku ini sumber dari google...

p/s: alhamdulillah selesai semuanya...aku lega...
tapi, adakah keadaan akan kembali seperti dulu??
mungkin ya, mungkin tidak...
tapi aku mendoakan yang terbaik...
akal aku kurang tersumbat malam ini...
terima kasih buat teman-teman blogger...
yang memberi pendapat dan semangat...

Saturday 16 April 2011

kau dan aku

hati kau, aku jaga...
hati aku, ada kau jaga??
hmm..
kecik hati aku...
bukan setakat kecik hati...
rasa macam dah tak ada hati...
 tapi, mengapa aku rasa sebaliknya?? dekat di mata, tapi jauh di hati...

kau cakap, kau terasa hati dengan aku...
kau tegur salah silap aku...
aku terima, walau hati terluka...
itu tandanya kau kawan yang ambil berat...
kau kutuk aku...
kau caci aku...
aku diam...
cuma kadang-kadang aku pertahankan diri...
aku tak pasti apa tujuan kau...
maki aku sedemikian rupa...
makin hari, makin aku sakit...
tapi kau kawan aku...
kau nak tunggu sampai termometer aku pecah kah??
sebab sudah smpai takat didihnya...
menggelegak otak aku...
terima kutukan kau...
aku dah cakap, aku tak mampu nak buang kawan...
kerana apa??
kerana aku anggap kawan itu sudah jadi keluarga aku...
 mampukah kau dan aku jadi begini semula...atau lambang hati itu tak mungkin akan bercantum sampai bila-bila...yang ada cuma kawan...bukan lagi baik...

kau memang sengaja mencabar aku...
kawan, mengapa kau begini??
aku sedih...
aku kecewa...
mana perginya harmoni hubungan kita...
aku kecewa...
tersungkur aku di tangga persahabatan...

p/s: otak aku masih tersumbat dengan kata-kata kau...
aku tak pasti apa kau mahu??
cuba berfikir...mengerah otak bekerja keras...
apa salah aku pada kau...

Friday 15 April 2011

kecewa

kau kawan aku...
kau, kau dan kau...
tapi aku kecewa dengan kau...
sebab apa??
kau boleh tanya aku sebab apa??
huh!
aku tak suka mengungkit...
tapi aku nak cerita...
kau kawan aku...
aku dah pernah kehilangan kau satu masa dulu...
aku tersedar...
kamudian aku usaha dapatkan kau kembali...
walaupun aku perlu berkorban...
orang cakap aku jadi hamba kawan...
aku tak kisah...
itu lebih baik dari menjadi hamba cinta...
tapi, selepas aku abdikan diri...
kau meludah kat muka aku...
aku kecewa...
aku sayangkan kau, kawan...
tapi ini balasan kau pada aku...
aku tak pasti kau pernah atau tidak...
biasa hidup tanpa kawan...
aku dah rasa, perit sangat...
aku harap kau tak akan merasa semua itu...
sebab aku sayangkan kau...
aku taknak kau derita, rasa apa yang aku pernah lalui...
kau fikirlah, kawan...
jangan sumbatkan otak kau dengan rasa selesa...
ada akal kan??
timbang mana baik, mana buruk...
kau nak aku buat begini pada kau?? kau silap, aku tetap sayangkan kau... tapi mungkin kau yang buat aku begini, kan??

p/s: kau dah meludah, buat apa kau buat baik?
pelik aku dengan perangai kau, aku tak faham?
aku tak punya hati seperti malaikat,
yang mampu selepas terima cacian kau...

realiti kehidupan

mana satu kau nak?
yang manis atau yang pahit?
yang baik atau yang buruk?
yang seronok atau yang sedih?
yang putih atau yang hitam?
yang sempurna atau yang cacat?
pujian atau kutukan?
cakap depan atau cakap belakang?

aku tak tahu apa pilihan kau...
tapi, bagi aku, aku pilih semuanya pilihan kedua...
tetapi, antara cakap depan atau cakap belakang,
aku pilih cakap depan...
sebab apa itu semua jadi pilihan aku?
sebab semua tu:
membentuk hati aku jadi tegar...
sedarkan aku untuk jadi manusia...
bukan sekadar seperti katak di bawah gelas...
segalanya nampak jelas, tapi tak mampu mengubah apa-apa...
buat minda aku terbuka...
jadi pemangkin untuk aku maju ke hadapan...
kerana kau, hati aku jadi segagah ini sekarang...

kalau ada yang tak bersedia untuk bersemuka dengan aku,
untuk cakap secara face-to-face,
yang masih nak cakap belakang (aku taknak guna istilah mengumpat...itu hanya menambah dosa-dosa kau),
aku ucapkan terima kasih...
sebab tu tandanya kau masih care pasal aku...
walaupun kau tak tunjukkan...
kau sentiasa nak aku jadi terbaik kan??
sebab tu kau korek habis segalanya pasal keburukan dan kekurangan aku...
aku harap ini bukan sumpahan untuk kau...kerana aku tak sekejam itu...

aku sedikit pun tak menyalahkan kau...
malah aku berterima kasih...
walaupun aku sakit hati, sekurang-kurangnya boleh usaha...
jadi lebih baik, atau yang terbaik macam kau nak...
tapi, aku sedih...
sedih melihat diri kau...
namun, aku doakan, kau pun mampu menerima kutukan orang...
macam mana aku terima kutukan kau...
supaya kau juga sedar...
kita sama-sama sedar...
untuk berubah demi masa depan...
supaya kau dan aku jadi manusia, bukan sia-sia...

aku dan kau ada akal, Tuhan beri...
aku sudah fikir mana yang terbaik...
kau bila lagi nak cuci otak kau yang tersumbat???


p/s: aku cuma berdoa, agar hati aku menjadi tabah, bukan menjadi keras hingga aku layak digelar 'si hati batu'...aku juga berharap yang ketabahan hati aku tak memakan diri sendiri pada masa akan datang...

Thursday 14 April 2011

fikir,1

bila duduk-duduk di area shopping complex, aku suka perhatikan orang ramai...
aku tengok seorang demi seorang...
CUPP!!!
bukan aku usha awek cun, ataupun mamat-mamat stylo, tapi aku perhatikan karenah mereka...
bukan setakat karenah, aku tengok jugak apa diorang buat dalam kehidupan...


rokok...
ada yang pakai baju semartt giler, muka handsome, tapi merokok, lepas tu, puntung rokok tu kau buang je kat atas lantai kaki lima... dah sedia banyak-banyak tong sampah tu, apa guna??? jadikan tempat buangan otak kau tu aje lah kan??? dah itu pun tak boleh fikir...
ikukan hati aku, mahu je aku sumbat rokok macam ni dekat orang yang buang puntung rokok rata-rata tu...biar tersumbat otak tu dengan asap...dah ada akal tapi tak nak guna...huh!

tempat parking...
dah hujung minggu, ramailah yang pasang niat nak pergi beli barang dapur sikit sebanyak kan... kalau kat shopping complex tu, faham-faham ajelah, nak cari parking tu, berjanggut lamanya... dah 4-5 kali  round baru la jumpa, tapi, ini bikin PANAS!!! sebab apa?? sebab 2 box parking tu, memuatkan 1 kereta sahaja...park kereta over the limit dari box kau, sampai masuk box sebelah...deii!! kau tak ada akalkah, atau akal kau setaraf dengan taya kereta kau yang parking sebegitu rupa?? menyusahkan orang lain tahu tak??
kalau aku jumpa lagi yang parking 1 kereta tapi guna 2 box, aku nak spray lambang macam dalam gambar tu...nak tunjukkan dia betul-betul serupa dengan lambang tu...sebab tu cara parking pelik...

troli...
nak cari parking, dah 1 hal...bila dah jumpa kosong, ada pulak troli tersadai dekat tempat parking tu...tak ke menysahkan...kalau ada banyak lagi parking lain takpe lah jugak...kalau dah terdesak sangat, terpaksa la turun alihkan troli, baru parking kereta...cuba kau jadi kereta-kereta kat belakang yang tengah queue tu...agak-agak hati mendidih tak?? siap menyumpah kot... "eh, apehal yang pergi turun tolak troli tu dulu, nak parking, parking ajelah...lembap macam sipot betol laa!!!" ok, kalau kau tak nak jadi mangsa queue lama-lama macam tu, adakan sikit kesedaran sivik, lepas kau dah puas shopping, dan nak balik, sila letakkan troli di tempat yang sepatutnya...jangan kau pun jadi mangkuk tingkat macam mamat ke minah yang tinggal troli kat tempat parking kereta tu...
tengok...tu lah yang aku maksudkan...

senang cakap, ada akal tu, fikirlah...kita bukan binatang yang ada otak, tapi tak dikurniakan akal...
dah fikir, aplikasikan, jangan biar otak kau tersumbat...