Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

Saturday, 30 April 2011

fikir, 3

kau!!
mak, abah hantar kau jauh-jauh...
suruh kau belajar....
tapi,
apa kau buat??!
jawablah!!!

kelas kau ponteng,
alasannya sakit...
padahal mabuk bercinta,
keluar berdating!!!
duit poket pun mak, abah bagi,
ada hati nak tanggung hidup kekasih...
ada niat nak beli ini, beli itu,
konon nak tunjukkan rasa sayang...
boleh jalanlah!!!

kalau kau balik ke kampung halaman,
ingat nak menjenguk tanya khabar...
rupanya bawak berita 'ini rezeki, mak, abah'
rezeki hotak kau!!
bila perut kau memboyot,
jantan mana kembungkan kau?

kau sedar tak?!
kau hancurkan hati mak...
kau pijak-pijak maruah abah...
celaka lah kau!
bukan setakat arang kau conteng,
tapi,
tahi kau palitkan!!

 p/s: ambil buat pengajaran,
abaikan penggunaan bahasa kasar aku...
maaf

Tuesday, 19 April 2011

malas dan bodoh

ini pepatah dari seseorang,
aku pinjam ye kawan...
"bila suruh belajar, kau main..
bila cakap bodoh, kau sedih"
aku suka ingat pepatah ni bila aku malas...
yalah...
sekurang-kurangnya aku tak terus-terusan malas..
tak berterusan jadi katak...
"katak bawah gelas"
mata je pandang buku, nota, slide...
tapi, ape pon tak mampu diserap...
apa tujuan kau hidup?
dah kalau nak belajar pun malas...
setakat nak main game, on9, tengok filem...
apa yang kau dapat?
duit jatuh gedebuk sebelah kau?
cubalah sedar...
setakat nak menghabiskan duit mak abah kau je...
bukit, kalau ditarah, lama-lama rata jugak...
ini kau tarah kepala abah kau, cepat aje orang tua tu botak...
deiii!!!
bukak mata kau...
bukak minda kau...
ada akal, fikir...
jangan bebal sangat...
hidup ni ada tujuan...
sebagai hambaNYA...

p/s: ini pesanan untuk diri aku yang kadang-kadang tersasar di jalanNYA