Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Thursday, 17 November 2011

terharu.

terharu!
sungguh.
sangat-sangat.
lepas alami tiga fasa kekecewaan dalam hidup.
untuk 2011.
sesuatu tak disangka berlaku.
betul apa orang kata.
kita terlalu pedulikan orang yang tak pernah hargai usaha kita.
tapi kita tak pernah pedulikan orang yang menghargai kita.
Ya Tuhan.
benar rupanya pepatah itu.
dalam-dalam aku palsukan senyuman.
dalam-dalam aku ketawa dibuat-buat.
ada yang mengerti.
ada yang menegur.
"mengapa kau terluka sebegini?"
terpaku seketika.
'oh, kau nampak kecelaruan aku.'
terima kasih pada kau.
benar kata kau.
inilah kehidupan.
insyaAllah, akan baik-baik sahaja.
terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.
kerana menggantikan tulang belakang aku yang tercicir.
kerana menjadi tunjang kekuatan aku.
kerana kau nampak sesuatu di sebalik senyuman palsu.

p/s: hidup ini bukan satu perjudian, bila untung sabut timbul. hidup ini bukan percaturan seperti catur. hidup ini satu perjalanan, yang mana insan mengerti apa itu sakit, sedih, gembira, bahagia, kecewa, dsb.

Thursday, 27 October 2011

dulu VS sekarang

DULU.
aku pernah tulis pasal ketuhanan.
lepas tu ada yang tembak aku.
aku menulis begitu,
'UMPAMA MELUDAH KE LANGIT'
konon dengan hidayah Tuhan segala bagai.
cakap tak serupa bikin lah konon aku ini.
tapi, salahkah?
manusia berubah bukan?
diberi peringatan dari Tuhan,
untuk kembali ke pangkal jalan.
itu maknanya doa aku dalam solat
'tunjukkan kami jalan yang lurus' itu termakbul.
setelah mendapat tentangan,
aku tak lagi menulis begitu.
cukup aku simpan di dalam hati.
aku tak mahu ludahan aku menitis atas muka.
SEKARANG.
aku menulis tentang perasaan.
perasaan aku yang aku rasai.
pengalaman yang aku lalui.
semuanya dari hati.
jari aku menaip-naip mengikut gerak hati.
apa ada di minda, terluah segalanya pada blog.
pun tetap ada yang membenci.
ada yang mengata.

oh, kalian.
ini blog aku,
luahan hati aku.
tak pernah aku catatkan nama-nama manusia 
yang mana aku coretkan mengenai kalian di blog ini.
aku cuma guna 'KAU', 'KALIAN'.

blog aku, 
aku punya suka la kan?
ada aku kisah pasal apa yang kau tulis 'IBARAT MELUDAH KE LANGIT?'

p/s: jadi di mana hak aku untuk menulis? perlu kah gaya bahasa aku sama macam kau? kau aku biarkan dengan cara kau. lalu, aku mohon biarkan aku dengan penulisan aku. matang atau tidak, kau bukan Tuhan untuk menghukum aku. aku juga bukan Tuhan untuk menentukan. kita manusia biasa, sama-sama biasa. jadi kau tak ada lebihnya dari aku untuk mengkritik apa yang aku tulis. KALAU TERASA PEDAS, MINUM AIR.

Tuesday, 4 October 2011

derita kami.

Kau tahu tak?
Sakit! Kami sakit!
Kau dengar tak?
Rintihan kami, tangisan kami.
Kau sedar tak?
Kami derita.
Buktinya,
Rosak hati kami ditanggung pada badan.
Lihatlah!
Kau kejam pada kami.
Kau tak tahu punca cerita,
Kau kutuk kami.
Apa dosa kami pada kau?
Apa salah kami pada kau?
Ya Allah, kurniakan kami hati yang kuat.
Menempuh kehidupan yang menduga.
Hanya pada Kau kami mengadu,
Hanya Kau mampu tunjukkan kebenaran.
Amin~


Monday, 3 October 2011

rasa itu.

bergenang air mata.
lalu menitis perlahan.
alhamdulillah.
akhirnya berjaya.
setelah segala susah-payah,
penat-lelah ditempuhi.
sakit, pahit, derita ditelan,
manis, gembira dicapai.
dalam-dalam himpunan kenangan manis.
satu yang aku benci.
ditinggalkan pergi.
harus, aku sendiri.
mencari sisa-sisa kekuatan.
kehilangan tulang-tulang belakangku.
meneruskan langkah di bumi ini.
akhirnya menongkah langit.
dengan harapan
"aku bakal mengikut jejak langakah kalian"



p/s: selamat bergraduat buat senior dan teman-teman. fasa hidup yang berbeza bakal kalian tempuhi. kenang daku dalam doa kalian.

Saturday, 9 July 2011

kisah dia dan mereka


Zara terduduk di muka pintu. Air matanya mengalir deras membasahi pipi. Pergaduhannya dengan Ain tidak di duga sama sekali. Kawan baik selama ini yang sering berkongsi suka dan duka mula menjauhkan diri apabila berkenalan dengan Maria, teman serumah mereka yang baru.

“ Kau jangan sibuk hal aku boleh tak? Kau siapa nak nasihat aku? Suka hati akulah nak buat apa pun.” Masih terngiang-ngiang herdikan Ain kepadanya tadi apabila Zara cuba menasihati Ain supaya menyiapkan tugasan.

Zara perasan, Ain dan Maria seolah-olah memulaukannya. Kemana mereka pergi, tidak pernah dia di ajak. Dalam rumah, mereka jarang mahu menegurnya. Malah, kewujudannya bagaikan tidak disedari oleh kedua mereka. Zara pernah mencuba untuk berbincang dengan mereka, namun cubaan itu dipandang sepi oleh mereka berdua.

Cuba untuk tidak terlalu terbawa-bawa dengan perasaan sedih, dia menghampiri meja belajarnya. Laptop di hidupkan lalu menaip sesuatu.

Zarafina: Shah, aku dengan Ain bergaduh lagi.

Shahril: Kenapa? Kau sabar ya.

Zarafina: Dia marah aku nasihatkan dia.

Shahril: Kau bawa bertenang dulu. Pergi cuci muka, ambil wudhu’ dan tidur. Esok kita bincang hal ini. Okey?

Zarafina: Okey Shah.

Sejak hubungannya dengan Ain renggang, Shahril sajalah menjadi tempat dia meluahkan perasaan sedihnya. Laptop ditutup. Selesai mencuci muka dan berwudhu’, lampu bilik di matikan. Zara ingin melupakan peristiwa pergaduhannya dengan Ain sebentar tadi.


Maria yang menyaksikan pergaduhan dua sahabat itu hanya tersenyum riang. Entah mengapa, persahabatan mereka berdua menerbitkan api cemburu di hatinya. Sejak kecil, dia tiada sahabat baik. Kerana itu, dia cuba mengalihkan perhatian Ain kepadanya dengan umpan wang yang selalu di hulurkan kepada Ain. Dan, taktiknya itu menjadi. Dia puas kini Ain lebih rapat dengannya berbanding Zara.


Zara melangkah longlai ke kelas. Tubuhnya berasa tidak bermaya. Kepalanya juga pening. Zara tahu sebabnya. Penyakit yang disedarinya ketika tahun pertama pengajian diterima dengan redha. Di kalangan kawan-kawannya, tiada siapa pun yang mengetahuinya termasuklah Ain. Sengaja di rahsiakan penyakitnya itu daripada sesiapa. Sakit di kepalanya semakin mencengkam. Matanya berpinar-pinar. Langkah yang sedia longlai semakin lemah. Akhirnya, dia tidak mampu bertahan lagi. Zara rebah di kaki lima bangunan. Pengsan.


Zara tersedar dari lena. Kepalanya masih berasa berat. Sakit yang tadinya mengcengkam kini semakin pulih. Dia cuba mengamati dimanakah dia berada. Katil bercadar putih dengan tampalah poster mengenai kesihatan manjamu matanya.

“Zara…” Tiba-tiba dia terdengar satu suara memanggilnya.

“ Eh, Shah…macamana kau ada di sini? Aku dimana Shah?” Tanya Zara. Shahril ketika itu baru sahaja tiba.

“ Kebetulan masa kau pengsan tadi aku ada berdekatan. Jadi, akulah yang bawa kau ke sini. Kita di Pusat Kesihatan Universiti. Mesti kau tak pernah ‘check in’ di sini kan?” Jawab Shahril. Gurauan lelaki itu menyebabkan Zara tersenyum. Namun, senyumannya tidak lama. Dia khuatir adakah Shahril sudah mengetahui tentang penyakitnya.

“ Jadi kau sudah tahu….”

“ Ya, aku sudah tahu. Doktor Naimah yang bagitahu aku tadi. Kenapa kau rahsiakan penyakit kau?” Potong Shahril. Sedikit sebanyak dia terkilan kerana Zara merahsiakan mengenai penyakitnya itu.

“ Maaf Shah. Aku sebenarnya tidak mahu menyusahkan sesiapa mengenai penyakit aku ni. Buat masa ini, kau dengan Doktor Naimah saja yang tahu. Kau jangan bagitahu ibu bapa aku okey.” Rayu Zara. Terdapat genangan air mata di tubir matanya.

“ Tapi Zara, penyakit kau bukan penyakit biasa. Barah otak. Kenapa mesti kau rahsiakan dari ibu bapa kau? Sekurang-kurangnya mereka boleh ikhtiarkan sesuatu.” Balas Shahril. Dia tidak setuju akan tindakan yang diambil Zara.

“ Jangan Shah. Aku merayu pada kau. Ya, aku tahu. Ada rawatan kemoterapi untuk aku. Tapi, penyakit aku sudah di tahap kritikal. Buat apa aku menyeksa diri melakukan rawatan, sedangkan kematian akan menjemput aku bila-bila masa.” Zara tertunduk sayu. Dia redha.

“ Tapi sekurang-kurangnya ia dapat memanjangkan hayat kau. Kau jangan mengalah dulu, Zara.” Nasihat Shahril.

“ Buat apa Shah. Ya, mungkin hayat aku dapat di panjangkan beberapa bulan, tetapi, tak ada guna kalau aku menderita kesakitan di atas katil. Aku Cuma berharap dengan sisa hayat aku yang sedikit ini, aku dapat menikmati hidup yang berkualiti bersama kawan-kawan dan keluarga di samping mengerjakan ibadat pada Tuhan.” Zara tetap dengan pendiriannya. Dia nekad. Shahril tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Jika itu pendirian Zara, dia terpaksa akur. Sedih dengan nasib yang menimpa sahabatnya.
“ Eh Ain, kau dengan Zara dah lama ke berkawan?” Tanya Maria. Ketika itu mereka sedang berjalan melepasi beberapa buah butik di sebuah pusat membeli-belah.

“ Adalah dalam 2 tahun. Kenal semasa hari pendaftaran dulu. kenapa kau tanya?” Jawab Ain.

“ Tak adalah saja aku tanya. Dia tu macam membosankan aku tengok. Asyik ke perpustakaan je.”

“ Oh, dia memang rajin belajar. Antara best student juga lah.” Balas Ain. Ada nada kurang senang dengan komen Maria terhadap Zara.

“ Jom, aku belanja kau tengok wayang nak?” Ajak Maria. Dia perasan akan riak tidak senang daripada Ain. Maria sedar, selama dia mengenali Ain, gadis itu  senang dipengaruhi dengan duit.


Zara tiba di rumah sewanya sekitar jam 9.30 malam. Dari siang, masanya di habiskan di perpustakaan untuk belajar dan menyiapakan tugasan bersama Shahril. Shahril jugalah yang menghantarnya pulang apabila lelaki itu tidak benarkan dia menaiki bas bersendirian. Sejak mengetahui penyakit Zara, Shahril sentiasa mengambil berat padanya.

“ Ada orang yang dah pandai balik malam nampaknya sekarang.” Terdengar satu suara menegurnya dari belakang. Zara tersentak. Kelihatan Ain sedang berdiri di muka pintu biliknya. Maria yang ada disebelahya hanya tersenyum sinis.

“ Aku buat kerja di perpustakaan tadi. Bukannya merayau.” Zara menyatakan hal yang sebenar. Namun dibalas dengan ketawa sinis dari kedua kawannya.

“ Ke perpustakaan sampai malam ya? atau menggedik dengan jantan? Siap berhantar bagai sekarang. Dasar bohsia.” Ejek Ain. Maria ketawa.

“ Ain!! Sampai hati kau kata aku macam tu. Kau kawan baik aku. Apa salah aku pada kau? Kalau aku ada buat salah pada kau, aku minta maaf. Tapi janganlah layan aku macam ni.” Zara meluahkan apa yang terbuku di hati. Sedih apabila kawan baik sendiri menghinanya.

“ Kau tanya apa salah kau Zara? Salah kau ialah, kau menyusahkan dan merimaskan aku. Faham?” Jawab Ain. Sedikitpun dia tidak mengendahkan perasaan Zara yang terguris. Maria yang dari tadi bertindak sebagai pemerhati, juga bersuara.

“ Ain dah tak mahu berkawan dengan kau. Kau tu membosankan.”  Kata-kata Maria cukup melukakan hati Zara.

“ Baiklah, kalau aku menyusahkan dan merimaskan, aku minta maaf. Ya, aku memang seorang yang membosankan. Terima kasih atas persahabatan kita selama ini. Dalam hati aku, kau tetap sahabat aku, Ain. Tak mengapalah. Maria tak membosankan seperti aku kan? Selamat malam kawan-kawan.” Luah Zara, sambil melangkah masuk ke biliknya. Air matanya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Kejadian ini memyebabkan kepalanya sakit. Di capainya telefon bimbit. Satu pesanan di kirim pada Shahril.

Assalam Shah, aku dengan Ain bergaduh lagi. Dia cakap aku merimaskan dia. Shah, tolong aku ya? Hantar aku ke terminal bas boleh? Aku nak balik kampong. Sekarang ya?

Zara terus memasukkan beberapa helai baju ke dalam sebuah beg. Hatinya walang jika terus berada di sini. Biarlah dia menenangkan diri di kampung buat beberapa ketika. Lima minit kemudian, kedengaran panggilan masuk dari telefon bimbitnya. Shahril.

“ Helo, Zara, aku ada di luar ni.” Kedengaran suara Shahril di talian.

“ okey,aku  keluar sekarang.” Ringkas jawapan Zara.

Tanpa memberitahu Ain mahupun Maria, Zara keluar meninggalkan rumah dengan sisa air mata yang masih di pipi.


“Zara, kau okey?” Tanya Shahril apabila Zara hanya membisu. Sekali sekala dia perasan Zara mengesat matanya. Dia tahu Zara masih lagi menangis walaupun tidak kedengaran bunyi esakan.

“ Hmmm….okey.” Balas Zara lemah. Rasa sedih dan pilu masih membengkak di dalam hatinya. Ditambah rasa sakit kepala yang mula menyerang.

“ Kau betul ke nak balik malam ni? Tiket dah beli?”

“ Belum. Rancangan saat akhir.”

“ Kalau macam tu, aku hantar kau sampai rumah.” Putus Shahril.

“ Tak payah Shah, menyusahkan kau saja. Tak apa, aku balik naik bas.”

“ Aku hantar kau sampai rumah. Lagipun kita sekampung. Mana ada lagi tiket masa ni kau nak balik?”

“ Yalah….terima kasih Shah.” Zara mengalah. Terharu dengan perhatian yang di hulur oleh Shahril.

“ Sama-sama. Kau kan kawan aku. Oh ya, apa cerita kau dengan Ain?”

Lalu, Zara menceritakan kesemuanya pada Shahril. Dari saat Maria muncul dalam hidup mereka, bagaimana Maria cuba membeli hati Ain dengan kuasa wangnya dan cemuhan demi cemuhan yang dilemparkan oleh mereka. Tidak lupa juga adengan pergaduhan yang baru berlaku tadi. Shahril yang mendengar seolah-olah tidak percaya. Begitu mudahnya Ain melupakan persahabatan kerana mendapat kawan yang lebih berharta dari Zara. Betapa persahabatan bagi Ain yang dapat ditukar ganti kerana wang.shahril hanya menggelengkan kepala.

“ Zara, kau sabarlah ya, mungkin ada hikmah semua ini. Disinilah kau dapat menilai mana betul-betul sahabat. Kau sakit, kena banyak berehat. Jangan fikirkan sangat ya?” Pujuk Shahril. Zara hanya mengangguk.


Suasana rumah Zara dibalut kesedihan. Keadaan Zara semakin membimbangkan. Ibu dan bapa Zara sudah mengetahui penyakit Zara setelah Zara pengsan di dalam bilik air beberapa hari yang lalu. Shahril yang mengetahui keadaan Zara, bergegas ke rumah Zara.

“ Zara…kau okey?” Shahril bertanyakan khabar. Sayu hatinya melihat keadaan Zara yang terlantar lemah. Muka pucat tidak bermaya.

“ Terima kasih kerana datang Shah. Aku ada nak minta tolong dari kau Shah.” Zara bersuara lemah.

“ Apa dia Zara? Insyaallah aku cuba tolong semampu aku.”

“ Kau bagi ini pada Ain boleh? Tapi….” Shahril terdiam saat memdengar kata-kata dan pesanan daripada Zara. Terasa sebak untuk dia memikul amanat ini. Huluran sampul ungu oleh Zara di pegang kejap. Air matanya juga turut mengalir.


Seminggu kemudian

“ Assalamualaikum, Ain!!” Panggil Shahril. Dia berada di hadapan rumah gadis itu.

“ Waalaikumussalam. Hahhh…kau nak apa? Zara tak ada. Lama dah tak balik.” Dingin saja ucapan yang keluar dari mulutnya.

“ Aku tahu. Aku ada sesuatu nak bagi kau. Okeylah aku balik dulu.” Shahril tidak mahu berlama di situ. Sakit hatinya melihat perangai kurang sopan Ain.


Ain melabuhkan punggungnya di birai katil. Sampul yang berwarna ungu pemberian Shahril dibuka.

Assalamualaikum sahabatku..

Maaf jika kehadiran lembaran ini menggangu kau. Aku cuma ingin mencoretkan sedikit kata hati. Buat tatapanmu teman tersayang. Ain, ikhlas dari lubuk hati aku, kaulah sahabat yang terbaik yang aku ada. Aku sayangkan kau dengan sepenuh jiwa raga aku. Kau umpama saudara kandung bagiku…

Ain…

Aku akui, betapa hati ini robek bila kau membuang aku dari hidup kau, kawan. Tapi tidak mengapa. Aku tidak berdendam. Aku juga telah memaafkanmu, sahabat. Aku tidak salahkan kau. Mungkin aku ada mengguris hati kau. Maafka aku jika ia benar.

Ain..

Saat kau membaca warkah ini, aku mungkin sudah tiada lagi di dunia ini untuk menyakitimu. Maafkan segala ke khilafan aku selama ini. Halalkan apa yang pernah kau hulurkan kepadaku. Aku juga memohon belas ihsan doa dan Al-Fatihah darimu teman. Semoga kita berjumpa lagi di alam sana.


                                                                           Sahabat yang ikhlas menyayangimu,

                                                                                          Zarafina Mustafa


Saat itu juga, air mata tumpah. Berbuku rasa kesal yang menghuni hatinya. Dia sedar, betapa dia bodoh menggadaikan persahabatannya dengan Zara hanya kerana Maria yang lebih kaya dari Zara. Dia menyesal.Dia kehilangan seorang sahabat kerana wang. Sedih hatinya tidak dapat ditahan lagi. Ain meraung semahu-mahunya sambil memeluk erat surat pemberian arwah Zara kepadanya.






Friday, 6 May 2011

letih

letihlah
lepas satu
muncul lagi
hmm
bila cakap macam ni
ada bangkangan
kononnya macam tu
aduhai
letih otak
tolong lah faham
kalau 1+1
mestilah sama dengan 2
bukan 3. bukan 4
boleh terima tak?
atau kau masih nak tanya
kenapa.

Tuesday, 3 May 2011

buat kau yang membaca

aku menulis dari hati
.ikhlas.
besandarkan pengalaman lalu
pengalaman. juga sedikit ilmu
kalian yang membaca
aku hargai. sungguh. aku terharu
kalian yang mencaci. sedar. aku cuma manusia biasa
di mana?
kebenaran. ketulusan
dalam penulisan aku
hanya aku yang tahu

kau 
ah!
mengapa?
aku hormati kau. teman
saat ini. kau guris luka
di hati aku yang memang bernanah
kecewa. pedih!
kau patut bersyukur
aku sedar khilaf aku
ya. aku menulis begini
kata kau
ibarat meludah ke langit
terima kasih teman
terima kasih

p/s: kadangkala, kita tak sedar apa yang kita tuturkan. siapa kita untuk menilai perubahan seseorang. layaknya Allah sahaja menilai isi hati manusia. mendoakan teman adalah yang sebaiknya.

Sunday, 1 May 2011

untuk kau

entri ini ditujukan untuk 'menyinggah'
maaf kalau ada yang kecik hati
nanti aku buat lagi, tapi kena request

aku rasa kau 'seseorang'
yang bukan calang-calang
dari jauh kau memerhati
yang salah kau tegur, yang betul kau akui
siapa kau sebenarnya?
aku kira kau bukan biasa-biasa
bertuah mak, abah
terbayar hasil penat lelah
punya anak seperti kau
aku pasti mereka tak risau
kerana kau berjaya
sama ada msih memburu
atau telah menggenggam
rasa manis itu

p/s: oh, aku macam merapu, tapi untuk kau 'menyinggah', ini rasa hati aku mengenai kau...

di awal pagi

bila rentak jantungku tersentak
haemoglobin mengalir deras
membawa bekalan oksigen
nafasku tercungap
aku bangkit. duduk di birai katil
mata tembus ke jendela yang terkuak
ahh!
indahnya nikmat ciptaan Tuhan
terbentang luas lautan
entah apa khazanah dalam isi perutmu, lautan
tak pernah aku terokai
huh!
inilah akibat malas berfikir
ku letupkan jari-jemari
menggumam bibir
seraya di hati terlintas
"akan ku buktikan pada seseorang itu"
yang kata-katanya 
bukan pisang goreng;
kurang sedapnya bila sejuk
tapi ibarat sambal belacan;
walau berair mata, berasap telinga
masih sedap, masih dicari
kerana apa?
kerana kata-katanya menyeru bangkitnya
semangat yang lena dalam diriku

p/s: kebangkitan semangat untuk maju...terima kasih teman

Saturday, 30 April 2011

aku sayang kau

kau tahu tak?
aku sayang kau
kau tahu tak?
aku selalu fikir
apa kau suka dengan aku?
maksud aku;
perangai
diri aku
perbuatan aku
apa kau benci dengan aku?
mungkin
aku buat kau kecil hati
aku pernah marahkan kau
aku guris perasaan kau
maafkan aku
andai aku
tak mampu jadi yang terbaik
tapi bagi aku
kau serba-serbi terbaik
kerana
kau cermin aku
kau pantulkan salah aku
supaya aku baiki diri
menjadi lebih baik
terima kasih TEMAN
aku sayang kau
kerana kau TEMAN, SAHABAT, KAWAN

p/s: aku rindukan teman-teman aku...
yang mengajar aku erti kehidupan...

Sunday, 17 April 2011

ucaplah

pernah tak kau ucap terima kasih??
pada mak kau yang masakkan makanan sedap-sedap...
masak lemak cili api...
lontong...
asam pedas ikan pari...
cucur badak...
nasi goreng kampung...
atau kau belasah aje makanan tu,
bismillah dengan doa pon tak sempat baca...
nak harap kau tolong mak kau memasak macam ni, jangan mimpi la kan??

pernah kau ucap terima kasih??
pada abah yang jemput kau di stesen bas...
kau balik ke kampung halaman...
sampai pagi-pagi buta...
atau kau terus masuk bilik,
kemudian berdengkur sampai tengah hari...
itu baru jemput di stesen bas...
kalau jemput depan pintu hostel di kampus, bayangkan pengorbanan abah kau...

pernah kau ucap terima kasih??
pada adik kau yang selalu cari gaduh...
sebab adik kau lah yang menggamatkan suasana rumah...
tak kan rumah kau sunyi sepi...
umpama tengah berkabung...
kata orang, adik beradik ibarat air...
dicincang tak akan putus...
berkongsi itu kan lebih baik dari kau tak punya apa-apa...

pernah kau ucap terima kasih??
pada makcik cleaner di hostel kau...
yang angkat sampah sarap..
yang sapukan lantai koridor...
atau ka mampu buat sendiri semua tu...
memegang sisa-sisa kotor...
dengan tangan kau yang konon suci...
kalau beginilah makcik cleaner di hostel aku, tak sampai hati aku nak buang sampah rata-rata...
terus jadi pembersih...hipokritnya...

pernah kau ucap terima kasih??
pada kawan yang berkorban demi kau...
pada kawan yang memahami karenah kau...
pada kawan yang bersusah-payah demi kau...
sebagai tanda kau hargai nilai persahabatan...
aku pasti kau orang buat begini, kan?

kita ada akal kan?
guna akal, fikirlah...
dua patah perkataan sahaja...
mampu ceriakan kehidupan ramai orang...
besar kesannya dalam kehidupan...
ringankan mulut, ringankan beban...
kau ucap terima kasih, hilang penat lelah orang sekeliling...
semua gambar aku ini sumber dari google...

p/s: alhamdulillah selesai semuanya...aku lega...
tapi, adakah keadaan akan kembali seperti dulu??
mungkin ya, mungkin tidak...
tapi aku mendoakan yang terbaik...
akal aku kurang tersumbat malam ini...
terima kasih buat teman-teman blogger...
yang memberi pendapat dan semangat...

Saturday, 16 April 2011

kau dan aku

hati kau, aku jaga...
hati aku, ada kau jaga??
hmm..
kecik hati aku...
bukan setakat kecik hati...
rasa macam dah tak ada hati...
 tapi, mengapa aku rasa sebaliknya?? dekat di mata, tapi jauh di hati...

kau cakap, kau terasa hati dengan aku...
kau tegur salah silap aku...
aku terima, walau hati terluka...
itu tandanya kau kawan yang ambil berat...
kau kutuk aku...
kau caci aku...
aku diam...
cuma kadang-kadang aku pertahankan diri...
aku tak pasti apa tujuan kau...
maki aku sedemikian rupa...
makin hari, makin aku sakit...
tapi kau kawan aku...
kau nak tunggu sampai termometer aku pecah kah??
sebab sudah smpai takat didihnya...
menggelegak otak aku...
terima kutukan kau...
aku dah cakap, aku tak mampu nak buang kawan...
kerana apa??
kerana aku anggap kawan itu sudah jadi keluarga aku...
 mampukah kau dan aku jadi begini semula...atau lambang hati itu tak mungkin akan bercantum sampai bila-bila...yang ada cuma kawan...bukan lagi baik...

kau memang sengaja mencabar aku...
kawan, mengapa kau begini??
aku sedih...
aku kecewa...
mana perginya harmoni hubungan kita...
aku kecewa...
tersungkur aku di tangga persahabatan...

p/s: otak aku masih tersumbat dengan kata-kata kau...
aku tak pasti apa kau mahu??
cuba berfikir...mengerah otak bekerja keras...
apa salah aku pada kau...

Friday, 15 April 2011

kecewa

kau kawan aku...
kau, kau dan kau...
tapi aku kecewa dengan kau...
sebab apa??
kau boleh tanya aku sebab apa??
huh!
aku tak suka mengungkit...
tapi aku nak cerita...
kau kawan aku...
aku dah pernah kehilangan kau satu masa dulu...
aku tersedar...
kamudian aku usaha dapatkan kau kembali...
walaupun aku perlu berkorban...
orang cakap aku jadi hamba kawan...
aku tak kisah...
itu lebih baik dari menjadi hamba cinta...
tapi, selepas aku abdikan diri...
kau meludah kat muka aku...
aku kecewa...
aku sayangkan kau, kawan...
tapi ini balasan kau pada aku...
aku tak pasti kau pernah atau tidak...
biasa hidup tanpa kawan...
aku dah rasa, perit sangat...
aku harap kau tak akan merasa semua itu...
sebab aku sayangkan kau...
aku taknak kau derita, rasa apa yang aku pernah lalui...
kau fikirlah, kawan...
jangan sumbatkan otak kau dengan rasa selesa...
ada akal kan??
timbang mana baik, mana buruk...
kau nak aku buat begini pada kau?? kau silap, aku tetap sayangkan kau... tapi mungkin kau yang buat aku begini, kan??

p/s: kau dah meludah, buat apa kau buat baik?
pelik aku dengan perangai kau, aku tak faham?
aku tak punya hati seperti malaikat,
yang mampu selepas terima cacian kau...