Friday 15 April 2011

realiti kehidupan

mana satu kau nak?
yang manis atau yang pahit?
yang baik atau yang buruk?
yang seronok atau yang sedih?
yang putih atau yang hitam?
yang sempurna atau yang cacat?
pujian atau kutukan?
cakap depan atau cakap belakang?

aku tak tahu apa pilihan kau...
tapi, bagi aku, aku pilih semuanya pilihan kedua...
tetapi, antara cakap depan atau cakap belakang,
aku pilih cakap depan...
sebab apa itu semua jadi pilihan aku?
sebab semua tu:
membentuk hati aku jadi tegar...
sedarkan aku untuk jadi manusia...
bukan sekadar seperti katak di bawah gelas...
segalanya nampak jelas, tapi tak mampu mengubah apa-apa...
buat minda aku terbuka...
jadi pemangkin untuk aku maju ke hadapan...
kerana kau, hati aku jadi segagah ini sekarang...

kalau ada yang tak bersedia untuk bersemuka dengan aku,
untuk cakap secara face-to-face,
yang masih nak cakap belakang (aku taknak guna istilah mengumpat...itu hanya menambah dosa-dosa kau),
aku ucapkan terima kasih...
sebab tu tandanya kau masih care pasal aku...
walaupun kau tak tunjukkan...
kau sentiasa nak aku jadi terbaik kan??
sebab tu kau korek habis segalanya pasal keburukan dan kekurangan aku...
aku harap ini bukan sumpahan untuk kau...kerana aku tak sekejam itu...

aku sedikit pun tak menyalahkan kau...
malah aku berterima kasih...
walaupun aku sakit hati, sekurang-kurangnya boleh usaha...
jadi lebih baik, atau yang terbaik macam kau nak...
tapi, aku sedih...
sedih melihat diri kau...
namun, aku doakan, kau pun mampu menerima kutukan orang...
macam mana aku terima kutukan kau...
supaya kau juga sedar...
kita sama-sama sedar...
untuk berubah demi masa depan...
supaya kau dan aku jadi manusia, bukan sia-sia...

aku dan kau ada akal, Tuhan beri...
aku sudah fikir mana yang terbaik...
kau bila lagi nak cuci otak kau yang tersumbat???


p/s: aku cuma berdoa, agar hati aku menjadi tabah, bukan menjadi keras hingga aku layak digelar 'si hati batu'...aku juga berharap yang ketabahan hati aku tak memakan diri sendiri pada masa akan datang...

6 comments:

Anonymous said...

siapa kau?

dindingkosong said...

aku akulah...

Duniakuabstrak said...

Moga katak yang berada di dalam gelas akan sedar lalu bersemangat untuk berubah dengan memecahkan gelas itu lalu keluar mengubah segala kepincangan bila dia terbaca apa yang kau tulis ini.


Dem! rupa-rupanya akulah katak di bawah gelas itu, doakan aku berjaya mengubah segala kepincangan yang aku hadapi, terima kasih atas inspirasi yang kau beri.

Kepada katak-katak di bawah gelas yang lain sila sedar dari mimpi dan berbuatlah sesuatu.


Terpanjang pulak aku komen..keh3

dindingkosong said...

duniaku abstrak: aku jugak katak di bwah gelas...ingatan utk aku sendiri...alhamdulillah kalau orang lain pun sedar diri... =)

platipus said...

knpa smua yang aku knl brada di sini..dan kau berada di tmpt mereka..aku kenal kau?

dindingkosong said...

platipus: aku pun tak pasti...yang pasti, aku baru beberapa hari berkecimpung dalam dunia maya ini selepas menjadi pemerhati...