Tuesday 28 August 2012

Jiwa Anis.

Malam tidak berpurnama;
Fajar tiada kejora.
Andai ku bercinta lagi
Suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya
Yang masih belum kau huni...

Di wajah Anis, tiada sebarang reaksi kala mendengar bait-bait lagu kumpulan Mojo ini. Senyuman? Kerutan? Sedih? Wajahnya tiada ekspresi. Padahal, lagu inilah yang diputarkannya saban hari. Kata orang, melalui lagu, dapat kita cungkil apa perasaan di hati. Kenapa Anis pilih lagu ini? Kecewa bercinta? Setahu Ija, Anis tak pernah ada kekasih. Kawan lelaki Anis semuanya Ija kenal. Memanglah sejak kebelakangan ini Anis jadi diam. Ija pernah tanya, tetapi kata Anis, dia sedikit letih sebab baru mula bekerja. Jawapan tu memang logik. Baru mula menapak di kota metropolitan ini, memang tak mudah. Berkejar ke sana sini. Sesat memanjang.

'Hai. Saya Ejam. Boleh kenal?'
'Huh? Maaf. Tak kenal.'
'Sebab tu saya tanya, boleh kenal?'
'Err. Mana dapat nombor telefon saya ni?'
'Kawan awak bagi.'

SMS dua tiga patah, kemudian Anis senyap. Anis tenggelam dalam kesibukannya mencari pekerjaan setelah bergraduat. Nama Ejam langsung tak terlintas di fikirannya. Ejam pun menyepi, mungkin kecil hati salam perkenalannya tak berbalas.

"Anissss. Hai sayang. Aku dah dapat kerja, eksekutif bahagian Perkhidmatan Servis Pelanggan, kat bank. somewhere in KL."
"Hah! Tak menyempat nak bagi salam naaaa. Assalamualaikum Cik Hafiza ku sayang. Tahniah. Alhamdulillah, rezeki kau dah sampai."
"Hahaha. Ok. Ok. Wa'alaikumsalam. Teruja sangat nak kongsi dengan kau. Hehe."
"Aku belum dapat berita lagi. Temuduga banyak lah yang aku dapat. Apa lagi, lepas ni aku boleh pawww kawan aku ni la. Hehe."
"No probs. Datang KL, kita hang out sama-sama, ok?"

'Ijaaaaaaaaa, hehe, aku dapat kerja kat KL, dekat area kau jugak. Aku stay dengan kau boleh?'
'Anissssssss, datanglah, duduk sebilik dengan aku. Yeay!! Boleh nak manja-manja macam dulu. Kekeke'
'Orait, I'll be in KL the day after tomorrow. Amek aku, boleh?'
'Of course aku pegi amek kau. Don't worry babes. Yeahhh, besties time, here we goooo!'

Bermulalah kehidupan Anis di kota kesibukan ini. Manusia berpusu-pusu mencari rezeki. Dari rumah sewa Anis dan Ija, perlukan 15 minit menaiki tren. Seperti biasa, Anis keluar bekerja 40 minit awal bagi mengelak kesibukan. Sambil menunggu ketibaan tre, Anis menyemak SMS yang tidak dibalasnya semalam. Tiba-tiba mata Anis tertancap pada SMS Ejam, SMS 2 bulan lepas yang tidak dibalasnya. Pandangannya cuma kosong.

"Ah, lambat pulak tren hari ni." ngomel Anis seorang diri.

Lalu, tangannya bergerak membalas SMS Ejam. Buat mengisi masa. Lagipun, kasihan pula, SMS Ejam dibiarkan tak berbalas.

'Hai awak, maaf, saya sibuk sikit hari tu. Cari kerja. Ini sekarang bolehla nak bernafas sikit sebab dah dapat kerja. Maaf ya.'

Senyap. Tiada balasan.

"Ah, okey. Salah aku jugak. dah 2 bulan baru nak balas SMS dia."
"Ok, tren dah sampai. Mari mulakan perjalanan & pekerjaan dengan senyuman. Senyummmm Anissss, Bismillah...."

Kaki Anis melangkah masuk ke dalam tren, dan rutin hariannya berjalan seperti biasa.

'Anis, aku amek kau kat tempat kerja. Kita dinner kat luar hari ni. Ok?'
'Wow, kau nak belanja ke Ija? Dah dapat gaji eh? Hehe.'
'InsyaAllah, nanti aku story. Hehehehe =)'

SMS dari Ija, buat Anis rasa tak keruan menunggu jam 5.30 petang. Tamat sahaja masa bekerja, Anis menunaikan solat asar di surau pejabatnya dan turun ke lobi. Tiba-tiba, Anis menerima SMS.

"Sure Ija dah sampai ni."

Bergegas Anis menuju ke pintu utama bangunan, dan melihat Ija sudah menanti.

"Ok, kita makan kat seoul Garden hari ni. Aku belanja. Sebab aku baru dapat bonus. Hehehe. Lepas tu kita balik rumah parents aku boleh? Tidur sana. Esok weekend. Bolehhhhh takkkk sayangggg?"

"Fuuuuuu, bestnya. Ni aku makin sayang kau. Boleh je, Tapi kena singgah rumah, aku mana ada bawak baju spare."

"Mengada, baju kau ada lah kat rumah aku. Macam lah tak selalu balik rumah aku."

Sementara Ija memandu, Anis mengeluarkan handphonenya, lalu baru dia perasaan, tadi bukannya SMS daripada Ija, tetapi Ejam. Baru Anis ingat, dia ada menghantar SMS kepada Ejam pagi tadi.

'Tak pe Cik Anis. Saya faham. Awak sibuk. Tahniah, dah dapat kerja.'
'Anis je lah, tak payah nak cik-cik sangat. Saya dapat kerja kat KL ni.'
'Oh, jaga diri, ok. Faham-fahamlah KL tu.'
'Time kaseh, awak.'
'Sama-sama, sayang.'

"Oiii, apa senyum-senyum tu masa SMS. Boipren ka?"
"Amboiii. Tengah drive pon sempat lagi nak usha orang na. Mana ada boipren. Kawan ja."

Anis dan Ija bergurau sehingga terlupa pada SMS Ejam itu. Apatah lagi bila dah makan malam yang agak heaven bagi mereka berdua. Lagilah tak ingat pada dunia luar. Bila pulang ke rumah keluarga Ija, berbual sebentar dengan auntie dan uncle, terus mereka masuk tidur.


**********bersambung********

Thursday 5 July 2012

#Edisi Mak Abah 3

Mak selalu menangis kan?
Bila anak mak bawa pulang buku rekod kemajuan.
Bila nama anak mak diumumkan di perhimpunan sekolah.
Bila nama anak mak terpampang di papan kenyataan.

Mak menangis kegembiraan lah.
Buku rekod kemajuan anak mak hijau semuanya.
Tiada langsung tanda merah.
Lagi untung bila anak mak antara top 5 dalam kelas.

Mak tersenyum bangga.
Di perhimpunan anak mak dipanggil ke hadapan.
Pelajar contoh, kata cikgu.
Keputusan cemerlang, dispilin bagus.

Pengorbanan mak berbayar.
Anak mak cemerlang dari semua segi.
Sopannya ada, berbudi pekerti.
Agama pun cantik.
Semoga anak mak jadi orang berguna.

Sekadar gambar hiasan

Pernah anak mak buat mak menangis bukan kegembiraan?
Mak menangis sedih.
Mak menangis kecewa.
Mak menangis malu.
Mak menangis tertekan.

Fikir-fikirkanlah.
Jika sebegitu mak menangis,
Pohonlah ampun maaf.
Mak mungkin terguris juga terluka.
Bila mana anak mak mungkin terkasar bahasa.
Mahupun sedikit degil ataupun keras kepala.
Mungkin juga harapan mak;
Yang tinggi menggunung itu,
Hancur berkecai.
Dek kerana anak mak tak mampu tunaikan.
Mak hanya nak tengok anak mak berjaya.
"Anak mak, mak bukan nak tumpang kejayaan anak mak.
Tapi jika anak mak berjaya, mak tahu, anak mak yang akan senang nanti."

Monday 2 July 2012

#Edisi Mak Abah 2

Kalau kekasih merajuk,
Beria-ia kau pujuk,
SMS berlambak-lambak.

Kalau mak terasa hati,
Kau tak ada pun rasa simpati,
Kata kau, "dah berusia, sensitiviti memang tinggi."

Kalau kekasih ajak berjumpa,
Wangi-wangi, lawa-lawa kau hias muka,
Laju-laju kau terus menerpa.

Kalau mak rindu, suruh kau balik,
Jutaan alasan kau bagi, memang licik,
Janji je lebih, macam tin kosong kemik.

Kalau dah dapat gaji bulanan,
Kekasih kau bawa berjalan,
Ada tak kau fikirkan,
Duit gaji kau kirimkan,
Pada mak yang melahirkan.

Jangan lupa, jangan alpa,
Kekasih kau baru kenal sehari dua,
Tapi,
Mak kau yang melahirkan bersabung nyawa.

Jangan lalai, jangan leka,
Dengan janji kekasih yang direka-reka,
Sedangan bila mak berkata-kata,
Murkanya bikin kita anak derhaka,
Tapi kasihnya membawa ke syurga.


*Along sayang mama!

Thursday 28 June 2012

# Edisi Mak Abah 1

Abah, tayar basikal pancit.
OK, nanti abah betulkan.

Abah, lampu terbakar, rumah gelap.
OK, nanti abah tukar yang baru.

Abah, lapar, nak makan.
OK, maggi kari letak telur, boleh?

Abah, duit elaun dah kurang, bayar itu ini.
OK, nanti abah bank-in kan duit poket.

Abah, penat lah jalan kaki pegi kelas.
OK, nanti abah belikan motosikal, ya?

Abah, bosan la duduk rumah.
OK, pegi bersiap, abah bawak jalan-jalan.

Abah tetap maintain muda. JYEAHH!!

Walau apa pun anak abah merungut,
Walau apa pun anak abah mintak,
Jawapan abah tetap OK.
Abah tak pernah kata TIDAK.
Rungutan jauh sekali.
Senyuman pasti terukir di bibir.
Raut wajah senantiasa tenang.
Hanya satu ayat abah;
"Kalau abah tak boleh tunaikan apa yang anak abah nak,
abah tak boleh jadi abah lah."

*Along sayang abah. Abah kawan baek along, memang tak ada ganti. Abah garang pun, along tetap sayang abah. Along akan pastikan abah bangga dengan anak abah ni.

Monday 25 June 2012

budiman

C.I.N.T.A
pada masa yang salah
kenapa sekarang?
jauh lagi perjalanan
untuk realisasikan impian
cita-cita perlu dilaksanakan
pada orang yang tak tepat
kenapa dia?
cabaran dan halangan
sesungguhnya terlalu banyak sangkalan
perlu menjaga hati dan perasaan
tapi
yang betul
hanya perasaan itu
indah
comel
berdebar-debar
apakan daya.
semua cukup sampai di sini

*dari kejauhan aku mendoakan kau berjaya dan bahagia. ^_^. jangan risau, aku masih aku, yang kau boleh cari untuk berbual dan jadi teman  ketawa. meskipun kau lebih banyak mengutuk aku, kan lelaki budiman? haha~
 

Tuesday 12 June 2012

Little Angels

"distance mean nothing when you mean everything ! we ♥ you"
Aliah
Hijrah
Hanisah
Natrah
Mazidah
Syuhada
Maslinda
Faeizah
Shahanim
Syafina


 
Senyum.
Senyum sampai telinga.
Bayangkan,
Bangun dari tidur,
Allah berikan nikmat yang sebegini,
'Little angels'
Penuhi impian,
Jatuh bangun bersama,
Seka air mata,
Menyanyi lagu riang,
Menggila-gila; berenang, Kemaman!!
Berjual; bakso, jagung, lemonade, rojak, mee siput.
Hahahaha~
Otak masuk air.
Saya sayang kamu.
Hanya Allah tahu,
kasih untuk kamu,
ruang untuk kamu,
dalam hati saya.
^_^

p/s: siapa kata saya tak mampu hidup tanpa cinta? =)

Saturday 9 June 2012

kembali merah

 
Dalam lautan manusia.
Hanya kau yang aku nampak.
Mata kita bertentangan.
Berbicara bahasa hati.
Indah~
Senyum.
Ada kemanisan.
Ada rasa membara.
perlahan-lahan, ia berdenyut kembali.
Namun hanya di situ.
Terima kasih untuk rasa ini.
Hati beku kini kembali merah.
Dibasahi darah-darah perasaan.
Mungkin aku bertemu yang salah.
Kerana Tuhan mahu memulihkan.
Hati yang pernah rabak.
Hei kau, terima kasih.
Untuk segala yang kau ajar.
Supaya aku mampu bercinta kembali.
Yang aku tangiskan; bukan kesedihan.
Yang aku kesalkan; bukan meluahkan.
Cuma hanya ini yang berbeza.
Cuma hanya masa semakin suntuk.
Hei kau, terima kasih.
Untuk segala yang kau ajar.
Supaya aku mampu bercinta kembali.

p/s: kadang-kadang perlu belajar dengan yang lebih muda. mereka punya pandangan berbeza. dan mungkin lebih bagus.

Wednesday 23 May 2012

biar sampai ke bintang

biar mimpi-mimpi kita
jejak sampai ke bintang
walau harus menggapai awan
menongkah arus ini
aku tahu bukan mudah tapi
mimpi ini harus satu
tiada gunung yang terlalu tinggi
tiada laut yang terlalu luas
tuk mereka memisahkan kita
dari mimpi-mimpi kita ini
jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
tuk membawa
mimpi-mimpi kita


biar mimpi sampai ke bintang
kerna kita semua tahu
kerana ini impian
setiap satu dari kita
jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
tuk membawa
mimpi-mimpi kita
menuju ke bintang

*ke bintang kita jejak, agar harapan tak berkecai di bumi =)

Sunday 20 May 2012

kamu

Saat itu, dia bangun perlahan-lahan. Menapak, satu demi satu langkah. Dia perhatikan sekeliling. Sejuk dan nyamannya suasana. Titis-titis hujan yang tertinggal di dedaunan, segar! Ada pelangi muncul, pelangi 8 warna, ya, 8 warna. Subhanallah, betapa agungnya kuasa Allah, setelah hujan lebat, ribut taufan melanda, kini muncul pelangi 8 warna.
Maju ke hadapan, lalu muncul sepasang tangan, menarik dia lembut, membersihkan luka dan darah di lututnya. Sedang perit menahan perit, ada lagi sepasang tangan membaluti luka di sikunya, memberikan sebuah senyuman manis, ketika dia menahan perit luka itu. Sepasang demi sepasang tangan muncul, yang merawat luka di dahi, mengibas-ngibas kotoran pada pakaiannya, membedakkan mukanya. Semua pemilik tanga-tangan itu tak berhenti memberi senyuman, ya, senyuman kekuatan, senyuman ketabahan. Siapa mereka ini? Dia tak kenal. Dia tak tahu.
Usai semuanya, pemilik-pemilik tangan itu berundur selangkah ke belakang. Muncul seorang yang wajahnya berseri-seri, bercahaya. Ya Allah, tiada ciptaan yang lebih indah melainkan dengan izinMu, Ya Allah.
"Ke mari sayangku, kami semua di sini memang menghargai kehadiranmu, segala yang celaka dan yang buruk berlaku kepada kamu itu adalah perancangan dan ketentuan Allah SWT. Terimalah dengan hati terbuka dan redha tetapi jangan sekali-kali pasrah. Kerana redha itu ikhlas, tetapi pasrah itu menyerah. Telah Allah rancang yang kita akan dipertemukan, dan kami lebih menghargaimu dan menerima kamu baik dan buruk. Jadilah sebahagian dari keluarga kami. Kami lah keluarga baru kamu, sayang."
Lalu dia pun tersenyum, Alhamdulillah, kiranya kata-kata yang dia pegang selama ini, benar sekali. Pasti ada kebahagiaan, walau seperit mana pun ujian dariNya.

saya sayang kamu, ok, sampai bila-bila. 
saya taknak gaduh-gaduh dengan kamu, macam dulu-dulu yg jadi kat saya.
Nur Asnida =)

Tuesday 15 May 2012

sebelah jiwaku

ketika kau ucap 
kata selamat tinggal
ku sangka diriku kan hancur
nestapa menyiksa
membuat aku sedar
hanyaku yang bisa 
mengubah arah hidup
lihatlah lihatlah
aku buktikan padamu
walaupun ku jatuh 
tapi tak tersungkur


biarkan biarkan
ku berdiri sendiri
kerana aku yakin
masih lagi mampu
bernyawa dengan sebelah jiwaku
ku tahu kau mahu
melihat aku sugul
tapi tak akanku menzahirkannya
meskipun hatiku 
berderai bagai kaca
ku kutip serpihannya 
dan cantumkan semula
tak kan ku biarkan mata 
mengalirkan air mata kecewa
kini ku berani 
lebih berdikari
 

Thursday 15 March 2012

satu kisah tanpa tajuk.

There is some things that time cannot mend. Some hurts that go too deep that have taken hold. [TLOTR, 2003]

Tapi, saya sentiasa percaya yang setiap perkara terjadi, ada hikmahnya. Luka yang parah bukan buat saya berhenti menapak, tetapi kekuatan baru dibina untuk melangkah jauh ke hadapan. Sebab tu saya ucapkan banyak-banyak terima kasih pada awak, yang menagajar saya erti ketabahan. Ketabahan ditinggalkan tanpa sebarang kata-kata, ketabahan menjalani hidup tanpa sebarang rasa, ketabahan mencuri masa awak walau sesaat.

Time is the best gift you can give. It speaks volume on your attitude and character. Hopefully you will do the same to those that matters, no matter how pressing your schedule appears to be. [NOA, 2012]

Masih ingat bukan? Kita berpisah, kata awak saya tiada masa untuk membaja hubungan. Benar begitu? Rasa saya, kita cuma jarang bersua muka, tapi masih berbalas pesanan ringkas atau berbual di telefon setiap hari, bukan? Selepas berbaik, kita berpisah lagi. Ya, saya nekad. Seolah-olah saya digantung tak bertali. Di atas pun tidak, di bawah pun tidak. Terawang-awang di tengah, tanpa sebarang penjelasan yang kukuh. Sekurang-kurangnya, saya diberi petunjuk yang awak mahu berubah. Bukan diam sahaja. Ini langsung tiada khabar berita; sehari, dua hari, tiga hari, seminggu, dua minggu, hampir sebulan, walhal, awak boleh berhubung dengan insan lain, dan saya tahu tentang itu. 

"Better not to trust anyone until their actions not words prove that they are worthy of your trust. Preventing yourself from frustration."[NOA, 2012]

Itu ayat dari seorang cikgu, tapi saya sangkal. Bagi saya, lebih baik begini;

"Well, I trust people until they proved themselves cannot be trusted. [FSCM, 2011]"

Kerana, saya pernah sayangkan awak suatu ketika dahulu. Walaupun dikecewakan, ditikam dari belakang, saya tak ubah seperti boneka, mahupun badut pada pandangan awak dan orang lain. Saya tak kisah, janji saya berpegang pada kata-kata yang tak buat saya jatuh menyembah bumi.

Biar segalanya jadi sejarah. Biar. Tapi takkan saya lupakan. Kerana saya pernah lupakan segalanya, dan ia berulang kembali. "People who forget about history, will tend to repeat the same mistake."

"Lucky that girl who is going to marry you." Ya, memang betul. Sebab awak takkan ulang sejarah silam pada dia. Orang lama menerima akibat dan kesan, orang baru menerima perubahan dan pembaharuan. Tahniah pada yang bertuah.

p/s: pertama cuba menulis cerita menggunakan pepatah. mungkin kurang baik.

Friday 17 February 2012

begini lebih baik.

“Saya lakukan semua ini kerana awak. Saya sanggup berkorban apa sahaja. Saya tak mungkin boleh hidup kerana awak. Awaklah segala-galanya bagi saya.”

Ya, apa sahaja yang jejaka lakukan, semuanya kerana gadis. Tak kiralah apa pun. 

‘Awak silap jejaka. Silap. Salah semua ini.’ 

Ayat-ayat itu sekadar terluah dalam hati gadis, tak mampu dilontar keluar. Kerana dia tahu, jejaka tak akan dapat menerimanya.
Manusia di sekeliling semuanya memuja jejaka. Mana tak nya, jejaka ibarat pemuda impian setiap wanita. Jejaka lah yang terbaik dari semua segi. Wanita lain memandang layanan jejaka pada gadis umpama puteri, membuatkan mereka terlalu cemburu.
 Tetapi, dalam hati gadis, berperang seluruh rasa. Gembira? Sedih? Kecewa?
Mengapa perlu dia rasa begitu? Hah! Soalan yang bagus.

“Seorang anak lelaki tak boleh membelakangkan keluarga, terutama IBUnya hanya kerana seorang wanita bergelar kekasih.”

“Seorang hamba Allah tidak layak berniat melakukan sebarang pekerjaan kerana seorang wanita yang belum tentu jodohnya.”

“Seorang anak sulung tak bagus mendahulukan seorang wanita yang bukan muhrimnya lebih daripada adik-beradiknya sendiri.”

Seringkali gadis berfikir, termenung seorang diri. Apakah dirinya yang terbaik buat jejaka? Pasti tidak. Kerana jejaka sentiasa melebihkan dirinya berbanding keluarganya sendiri. Jika diri gadis itu bagis, pasti dia mampu untuk mendorong jejaka ke jalan yang lurus, ke jalan yang bagus. Sedangkan gadis dan jejaka tiada siapa tahu tentang takdir dan ketentuan Ilahi pada masa hadapan.

‘Inilah jalan terbaik. Berpisah. Andai ada jodoh, ada lah. Andai tidak, aku redha. Ibunya, ayahnya, adik-beradiknya lebih memerlukan dia, menuntut tanggungjawab darinya. Bukan aku, wanita yang bukan muhrimnya.’

Assalamualaikum, buat jejaka yang berada di kejauhan.
                Telah aku berfikir dan beristikharah. Dan aku temui jawapan ini. Ya, memang kita berkasih-kasihan dan ingin menjadikan hubungan ini halal dengan hubungan pernikahan. Tetapi, aku tidak mahu kau menjadi anak derhaka pada ibumu, pada keluargamu. Sedangkan kita belum punya sebarang pertalian, kau sudah membelakangkan keluargamu, aku terfikir, andai kata kita sudah menikah, apa agaknya nasib keluargamu. Mana adil jika kau bersama mereka sewaktu susah, dan hanya bergembira dengan aku. Kalau sekarang pun kau melakukan sebarang pekerjaan kerana aku, di mana keredhaan Allah SWT dalam perhubungan ini. Fikirlah. Fikirlah. Ternyata aku bukan yang terbaik kerana tak mampu mengukuhkan hubunganmu dengan ibumu, sebaliknya merosakkan lagi. Aku menjadi parasit dalam hubungan keluargamu sendiri. Buat yang terakhir, ubahlah satu kesilapan dirimu iaitu lakukan segalanya kerana Allah, bukan kerana aku. Aku hanya hamba Allah SWT yang masih bergantung harap padaNYA, yang memerlukan rahmatNYA. 


Thursday 9 February 2012

berdua bersatu

kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu
atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu
seringkali kumendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapi ku tidak mahu
cinta selain darimu
jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah 
biarlah ku tercalar
walau dilandai badai 
ku sanggup kernaku mahu
kita berdua bersatu
jika dengan mu
kabur ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut biarlah aku lemas
 walau dilanda ribut 
ku sanggup kernaku mahu
kita berdua bersatu

* i am so touch when listening to this song from forteen. which i can tell the 'aura' from the lyrics makes me cry. and i just can sit back, not to stop thinking with what comes around in my world, currently.

Monday 30 January 2012

1.

macam kejam, bukan.
bila nak, aku datang.
bila benci, aku pergi.

macam sial, bukan.
bila aku datang,
kau tinggalkan dia untuk aku.

ya,
salah aku.
satu per satu aku telan.
fitnah.
tohmah.
sindir.
caci.
maki.

tapi,
yang memfitnah.
yang bertohmah.
yang menyindir.
yang mencaci.
yang memaki.
tak rasa semua tu.
tak rasa jerit perih.