Saturday 21 May 2011

.imperfection

you know why "shrek" is the best fairytale?
'coz in some fairytales the prince and princess are perfect..
but in SHREK,
it teach us that imperfect people can still have their own happy endings..
 dalam hati ada taman
ya. berbunga-bunga sekarang
cuma kau dan aku
tahu kisah ini
janji kita
ini janji kita kan?
kau dan aku. sampai tua begini
20112008

Wednesday 18 May 2011

jiwa.

kosong.
jiwa aku kosong
mengertilah
bukan ini yang aku harapkan
aku pergi
pergi. membawa diri
mencari hilangnya jiwa. hilangnya rasa

nikmat CINTA dalam hati
ditarik kembali olehNYA
dek dosa-dosa yang menyelaputi hati
kian hitam
 
sedarkah kau
andai ini berlarutan
yang terseksa itu kau
lepaskan. segala yang kau genggam
izinkan. aku melangkah pergi
mengutip sisa-sisa kekuatan dalam diri
menapak kembali di titian keimanan

Ya Allah, ampuni hambaMu ini
aku tersasar dari landasanMu
Kau titipkanlah ketabahan
dalam hatiku. dalam diriku
sesungguhnya aku ini lalai
lalai. leka. alpa

p/s: jiwa keruan. jiwa kacau. ini entri tulus dari hati.

Tuesday 17 May 2011

cekgu.


Berwajah garang, bercakap lantang
Sentiasa tenang, selalu menasihatkan
Yang cakap berkias
Yang cakap terus menusuk jantung
Itulah cikgu-cikgu
Ya
Cikgu yang mengajar
Tak kira ilmu di dunia
Mahupun hal selepas mati
Cikgu yang mengajar
Selok belok kehidupan
Hitam putih warna-warni
Cikgu
Terima kasih
Atas jasa cikgu mengajar
“selepas ibu bapa, cikgu yang perlu dihormati, dihargai.
sentiasa mendoakan cikgu.
tanpa cikgu, tidak kita berjaya hingga ke tahap ini.
kalau bukan kerana cikgu, tak mungkin ada seafarer

p/s: lambat sehari. semalam seharian di ofis. sebab sebab apa tulis seafarer? sebab aku dalam industri itu.

Sunday 15 May 2011

sebab along

"along, mak tak pernah berpeluang lalui zaman remaja macam along..."
"jadi, gunakan peluang ini sebaiknya.."
masa aku masuk matrik, mak abah aku hantarkan...
masa aku jejak kaki ke universiti, mak abah aku jugak yang hantarkan...
bukan aku tak pandai nak berdikari...
tapi, ini kata-kata mak;
"sebab along, mak tahu matrikulasi tu apa.."
"sebab along, mak merasa macam mana belajar di universiti.."
aku anak sulung..
jadinya, akulah yang menunaikan impian mak yang terbengkalai...
kenapa aku tulis begini?
ini sebabnya:
"mak tak tahu macam mana sebenarnya bidang along belajar.."
"sebab along, mak tahu port tu apa.."
"sebab along, mak sampai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.."
kini, aku melalui satu pengalaman..
yang amat bernilai..
harus aku tambahkan ilmu..
belajar, belajar dan terus belajar..
jangan selesa dengan kejayaan yang dimiliki hari ini

p/s: aku tengah praktikal di PTP..hari-hari mak telefon suruh kerja rajin-rajin, tapi jangan sampai  lupa solat...

Monday 9 May 2011

mak

Terketar-ketar tangan mak
Sebelah, memegang cawan
Sebelah lagi, cuba mengampu
Berdenting bunyi cawan dan piring berlaga
Hampir tertumpah air ke baju mak
Dulu mak lincah di dapur
Masak itu, masak ini
Masih terbau aroma asam pedas mak
Kini, mak sekadar duduk
Memandang di luar jendela
Bertemankan tongkat di tangan
Mak, aku rindu
Nak tidur di pangkuan mak
Nak bergurau senda dengan mak
Nak dengan leteran mak
Mak,
Aku tak mahu jadi anak derhaka
Aku usaha agar tak biar mak di rumah orang tua-tua
Walau sehebat mana aku berbuat baik pada mak
Jasa  mak tetap tak mampu aku balas
Aku sayangkan mak
Selama-lamanya, mak
SELAMAT HARI IBU, MAK ^_^

 p/s: maaf, aku baru mula praktikal di Port of Tanjung Pelepas. jadi hidup aku agak kucar-kacir. blog tak sempat nak update




Friday 6 May 2011

letih

letihlah
lepas satu
muncul lagi
hmm
bila cakap macam ni
ada bangkangan
kononnya macam tu
aduhai
letih otak
tolong lah faham
kalau 1+1
mestilah sama dengan 2
bukan 3. bukan 4
boleh terima tak?
atau kau masih nak tanya
kenapa.

Wednesday 4 May 2011

tak bertajuk 5

perit tekak
menahan tangis
kebelakangan ini
fikiran celaru
dia hadir dalam minda
aku dihantui pelbagai rasa
bersalah. sedih
aku yang khianati semua
ya!
aku robohkan segala yang dijanjikan
apakah semua ini?
ada rasa yang berbunga 
yang cuba mekar kelopaknya 
dalam hati ini
Ya Allah
kuatkan semangat aku
sesungguhnya 
berusaha ke arah kebaikan itu
selalunya perit. amatlah pahit

p/s: semakin dekat waktu. aku sedar. rupanya aku semakin sakit.

pagi

ke mana arah hidup kita?
setiap tahun ada 12 bulan
52 minggu. 365 hari
8760 jam. 525600 minit
[9 Nyawa, Ramlee Awang Murshid]

di subuh hening
aku masih terbaring di katil
mata memandang kipas di siling
pandanganku kosong. sepi
mindaku masih lena. nyenyak
telingaku menangkap bunyi-bunyian
cengkerik bernyanyi riang
burung-burung berkicauan
barangkali sudah mula mengorak langkah
mencari rezeki di bumi Ilahi
aku bangkit dari pembaringan
ayuh!
mulakan hari dengan senyuman
masih banyak tugas menanti
bersinarlah mentari
pinjamkan aku tenagamu

p/s: selamat pagi teman. mata makin lebam, malam-malam jadi burung hantu. hehe

Hansyitake~

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi
tak sampai sebulan aku menulis
aku dah dapat 50 followers
ya lah kan,
siapa aku kalau tanpa followers
terima kasih diucapkan kepada
Hansyitake~
yang dalam bulatan tu
^_^ 
semoga banyak lagi yang aku boleh kongsikan dengan semua
doa-doakanlah
aku syukur sangat
aku menulis bukan sebab publisiti
aku menulis dari hati

Tuesday 3 May 2011

buat kau yang membaca

aku menulis dari hati
.ikhlas.
besandarkan pengalaman lalu
pengalaman. juga sedikit ilmu
kalian yang membaca
aku hargai. sungguh. aku terharu
kalian yang mencaci. sedar. aku cuma manusia biasa
di mana?
kebenaran. ketulusan
dalam penulisan aku
hanya aku yang tahu

kau 
ah!
mengapa?
aku hormati kau. teman
saat ini. kau guris luka
di hati aku yang memang bernanah
kecewa. pedih!
kau patut bersyukur
aku sedar khilaf aku
ya. aku menulis begini
kata kau
ibarat meludah ke langit
terima kasih teman
terima kasih

p/s: kadangkala, kita tak sedar apa yang kita tuturkan. siapa kita untuk menilai perubahan seseorang. layaknya Allah sahaja menilai isi hati manusia. mendoakan teman adalah yang sebaiknya.

dulu. kini

dulu. hati aku menggebu-gebu
segebu gula-gula kapas
manis kan?
ya. itu dulu

kini. hati aku kontang
sekontang tanah sawah
bila tiba kemarau
kering kan?
ya. itu kini

dulu. aku ukirkan kata cinta
di setiap ceruk hati kau
walau pedih. sakit. berdarah
kau relakan
ya. saat kita hangat memadu kasih

kini aku pergi. melangkah jauh
sikit pun aku tak menoleh
walau kau menangis. merayu
aku tak peduli
ya. saat Ilahi meniupkan hidayah

dulu. kita masih jahil. alpa
memburu cinta duniawi
tinggalkan cinta Ilahi
lupakan cinta mak, abah

kini. aku tersedar. aku tersentak
jadi aku lukakan kau
demi mensucikan dosa-dosa
membasahkan kembali hati
dengan iman dan taqwa

aku pasti, kau akan berkata;
"setelah manis yang aku beri,
tahi yang kau pulangkan"

ya. maafkan aku
maafkan aku bekas kekasih
andai ada jodoh antara kita
kau
ya. kau
bakal mengimamkan aku
kelak

p/s: tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. ini cuma cetusan hati.

rotan mak, paip getah abah: terima kasih


Satu, kasih nan abadi
Tiada tandingi
Dia yang yang satu
Dua, sayang berpanjangan
Membawa ke syurga
Kasihnya ibu
Tiga, lapar dan dahaga
Rela berpayahan
Setianya ayah

Ada air hangat mengalir di pipinya. Matanya dipejamkan. Saat mata terbuka kembali, cahaya putih menerjah masuk menembusi kornea. Ah!! Silau. Bila semuanya pulih, dirinya seolah-olah sedang menyaksikan tayangan filem hitam putih. Hanya ada dua warna itu di skrin.

Mak masuk ke biliknya. Memanggil namanya berkali-kali. Mengejutkan dia dari lena yang panjang. Namun, dia tetap kaku. Tidak bergerak. Mak berlalu pergi. 3 saat kemudian, mak muncul kembali dengan rotan di tangan. 

“PIAP!!”
“Aduhhhhh, maaakkk. Sakitttt.”

Barulah kelopak matanya yang bagai dilekatkan dengan gam UHU terbuka luas. Bola matanya sudah nak tersembul keluar. Mak hanya menghantar kata-kata melalui isyarat mata, “solat subuh”. Oh, terima kasih mak, kalau tak, pasti subuh gajah [solat subuh sekitar jam tujuh] nanti. Paling teruk, mungkin subuh dinasour [terlepas terus solat subuh, sebab dinasour kan dah pupus].

Itu mak.

Saat drama di televisyen sampai ke puncak klimaks, tiba-tiba skrin yang berwarna-warni tadi bertukar menjadi hitam pekat. Gelap. Bisu tanpa bunyi. 

“Apakah? Blackout? Atau aku buta, pekak secara tiba-tiba?” bisik hatinya.
Abah menghampiri.
“Dah baca buku?” dia geleng kepala.
“Dah siapkan kerja sekolah?” die menggeleng lagi. Kali ini lebih laju. Laju mengalahkan kipas siling di ruang tamu itu.

Lalu, azan zohor berkumandang. Abah berlalu pergi. Ke suraulah gamaknya. Dia terus melayani nafsu yang membuak-buak untuk mengetahui pengakhiran drama yang ditontonnya tadi. Tidak sampai setengah jam,

“PIAP!!” satu lagi libasan pada betisnya untuk hari itu. Kali ini libasan getah paip pula.
“Solat zohor pun belum, asyik tengok drama. Suruh belajar pun tak bergerak-gerak lagi. Apa nak jadi dengan kau?”
Dia menggosok-gosok betisnya yang pedih. Sudah berbirat akibat libasan getah paip.
“Nak abah ambil penukul ke? Sekali ketuk, sekali jalan?”

Itu abah.

Oh, jauh sudah fikirannnya melayang. Kembali ke zaman perubahan hormonnya, sepuluh tahun dulu. Dia bangun, lalu berwudhuk. Telekung putih pemberian mak disarungkan. Solat fardhu 3 rakaat ditunaikannya. Usai mengaminkan doa, dia sekali lagi memanjatkan kesyukuran padaNYA, kerana dididik dengan sempurna oleh mak, abah. Kalau bukan kerana libasan rotan mak dan paip getah abah, sudah pasti dia tersasar jauh dari landasan. Kalau bukan kerana mak, abah, mungkin dia di jalan hitam, umpama bohsia: jangan pilih jalan hitam. 

“Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan mak , abah kepadaku.”
“ Terima kasih mak, abah, didik orang jadi orang, bukan beruang”

p/s: ini bukan cerita sebenar. olahan dari pengalaman.

Sunday 1 May 2011

tanpa tajuk

"Cinta sesuatu yang tidak dimengerti. 
Di alam realiti, ia boleh menjadi tragedi."
[Chuck Zipper]

letih. aku letih
melayan nafsu yang merajai hati
benar apa orang kata
'ikut nafsu, lesu'
duhai hati, mengertilah
cinta Ilahi yang harus kukejar
sudah-sudahlah
andai tertulis dalam rencana Ilahi
pasti bahagia itu milikku
HUH!
aku kira, kau pasti mengejek
"cakap tak serupa bikin"
ya. dan aku hanya mampu tersenyum kelat
diam. lalu tunduk. kaki menguis tanah
aku sedar, diri ini tidak setaraf kau yang suci
aku kotor, jijik barangkali
kau. ketawalah
namun
aku sudah tekad kali ini
yang akan dicari
'cinta Agung dari Maha Esa'
ku serah padaMu
tulang rusuk siapa yang aku miliki
syukur padaMu
sekali lagi aku disuluhkan
dengan
cahaya hidayahMu

p/s: aku bercita-cita untuk bercinta sesudah menikah. 

untuk kau

entri ini ditujukan untuk 'menyinggah'
maaf kalau ada yang kecik hati
nanti aku buat lagi, tapi kena request

aku rasa kau 'seseorang'
yang bukan calang-calang
dari jauh kau memerhati
yang salah kau tegur, yang betul kau akui
siapa kau sebenarnya?
aku kira kau bukan biasa-biasa
bertuah mak, abah
terbayar hasil penat lelah
punya anak seperti kau
aku pasti mereka tak risau
kerana kau berjaya
sama ada msih memburu
atau telah menggenggam
rasa manis itu

p/s: oh, aku macam merapu, tapi untuk kau 'menyinggah', ini rasa hati aku mengenai kau...

di awal pagi

bila rentak jantungku tersentak
haemoglobin mengalir deras
membawa bekalan oksigen
nafasku tercungap
aku bangkit. duduk di birai katil
mata tembus ke jendela yang terkuak
ahh!
indahnya nikmat ciptaan Tuhan
terbentang luas lautan
entah apa khazanah dalam isi perutmu, lautan
tak pernah aku terokai
huh!
inilah akibat malas berfikir
ku letupkan jari-jemari
menggumam bibir
seraya di hati terlintas
"akan ku buktikan pada seseorang itu"
yang kata-katanya 
bukan pisang goreng;
kurang sedapnya bila sejuk
tapi ibarat sambal belacan;
walau berair mata, berasap telinga
masih sedap, masih dicari
kerana apa?
kerana kata-katanya menyeru bangkitnya
semangat yang lena dalam diriku

p/s: kebangkitan semangat untuk maju...terima kasih teman