Wednesday 28 September 2011

susut.

pipi cengkung.
berat turun.
bukan seorang.
bukan dua orang.
yang datang tegur.
mungkin sepuluh, atau lebih.
sibuk bertanya.
kau kenapa?
sakitkah?
deritakah?
putus cintakah?
terima kasih pada yang prihatin.
aku tak sakit.
ya, memang aku derita.
tapi bukan kerana putus cinta.
aku cuma layari kehidupan.
dengan berbekalkan kekuatan.
tak sangka kesannya pada badan.
terima kasih teman.

Thursday 22 September 2011

tak tahu,

pandang kanan,
masih samar.
pandang kiri,
juga begitu.
kehidupan yang tak pasti,
manusia bermuka-muka.
tunjang kekuatan,
rapuh tak bermaya.
dongak ke langit,
berdoa pada yang Esa.
hambaMU ini diuji,
kerana dosa-dosa yang lalu.
hambaMu ini cuba redha,
dengan apa yang berlaku.
tapi hati tak cukup kuat,
untuk tempuh tembok batu.
hati tak cukup tegar,
untuk telan serpihan kaca.
hati dan akal tak sehaluan,
antara yang benci dan suka,
pada hambaMu,
dah tak dapat dipastikan.
sungguh,
aku tunduk terkulai layu.
dengan harapan,
tiada yang tikam belakang saat ini,
kerana perit, sakit,
menanggung luka yang bernanah sekian lama.

p/s: untuk kau, ya, kau, mungkin aku hanya menambah luka dengan kehadiran cerita-cerita sendiri, kalau tak suka, cakap terus terang, jangan cakap belakang, jangan sindir aku dengan tulisan-tulisan kau. jangan salahkan aku atas perpisahan yang berlaku, fikirkan.

Saturday 17 September 2011

tekan.

ditekan.
tertekan.
menekan.

tapi, syukur.
aku belum remuk-redam.
masih sihal walafiat.
masih punya hati yang elok.

belum pecah hati ini.
belum gila akal ini.
belum bengkak mata ini.
belum kudung kaki dan tangan.
belum putus nyawa.

p/s: mari duduk di posisi aku, sebelum kau gelar aku betina, yang rosak, yang dah termengandung! mampukah kau hadapi jika kau yang ditohmah?

Tuesday 13 September 2011

rindu.

kalau dah sayang,
tak kisah berkorban kan?
duit laju macam air pun tak pe.
sebab dah rindu,
sehari talipon berkali-kali boleh je.
mak, abah,
along rindu.
angah, adek,
sehat tak?
takpe kan along asyik talipon.
untuk kawan yang dekat negara hasil tenusu,
sanggup habiskan duit talipon sampai sejam.
aku sayang kau ketat-ketat.
yang baru sampai ke seberang laut,
aku tahu kau sibuk.
mengejar cita-cita.
tapi ucapan kau yang sepatah,
sudah cukup untuk aku.
kawan yang menggila-gila di mukabuku,
aku rindu kau orang, tahu?
oh.
rindunya pada manusia-manusia di selatan negara.
aku habiskan duet poket untuk talipon kau orang.
tapi, berbaloi!
sebab terubat rindu di hati.
aku sayang kau orang.

p/s: aku semakin belajar untuk redha dan menepis rindu yang menggila. sesungguhnya bukan mudah untuk menimba ilmu. Ya Tuhan, beri aku kesabaran menghitung detik waktu.


inspirasi.

semalam.
aku menangis.
kerana orang-orang itu.
aku hilang semangat.
aku hilang punca.
aku meraba-raba.
dalam kegelapan.
aku tunduk pada kesedihan.
tapi, aku silap!
walaupun,
aku kecewa kerana orang-orang itu.
tapi orang-orang-orang-orang dan orang,
lebih ramai yang menarik aku dari kancah air mata.
hari ini,
aku mampu tersenyum.
di hadapan orang-orang itu.
dengan kekuatan dari teman.
dari jauh mendoakan aku.
terima kasih, teman.
p/s: sahabat sejati sukar dicari, sukar diganti. sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan teman-teman istimewa.  [err...dapat berbakul-bakul SMS dan call semalam..dan pagi ni dapat morning wish dari nun jauh seberang laut, walaupun kat sini dah tengah hari...huhu]

Saturday 10 September 2011

untuk .....

one day a boy and girl meet after their long breakup .

Girl: i heard u found some one new?
Boy : Yes, And she is better then u.
Girl: Oh really? Can she make you smile like i do?
Boy: No,but she never makes me cry like u.
bagus.
itu satu berita baik.
bila dah tak menangis macam dengan yang lama.
ternyata tepat bila memilih yang baru.
p/s: aku cuba untuk tak membenci sesiapa, kerana aku percaya 'seorang yang aku benci, sepuluh orang akan bencikan aku'. aku tahu ada seorang manusia yang tak hilang benci dan dendamnya, tapi aku sentiasa maafkan andai umurku tak panjang. buat manusia itu, apa salah aku pada kau? banyak rahsia kau aku pegang, cuma aku tahu tak elok dan tak dibenarkan membuka aib teman sendiri.

serabut.

teringatkan dokter.
atas flight.
13 jam perjalanan.
oh.
apakah sebenarnya.
susah betul nak lelap mata.

tambah masalah.
disalahkan.
memang bersalah.
aduhai.
apa nak jadi dengan kehidupan.


p/s: kalaulah dokter ada sekarang. kalaulah boleh SMS dengan dokter sekarang. kalaulah dokter boleh online sekarang.
arghhh!! apakah saket aku ini?

Friday 9 September 2011

dokter. 2

if two people are meant to be together, eventually they'll find their way back -chuck bass-
; oh dokter, ku relakan kau pergi. ku nantimu di pintu syurga.
p/s: pada sesiapa yang nak muntah baca entri ini, sila ke tandas. hihi. pada sesiapa juga yang terasa hati, ini kehidupan, yang tinggal hanya angan-angan untuk menguatkan diri menempuh realiti.

Thursday 8 September 2011

kata-kata.

kata-kata.
memberi inspirasi.
mahupun mnyentap hati.
yang bagusnya jadi motivasi.
yang buruknya tersimpan dalam hati.
kata-kata.
buat minda berfikir.
untuk memulakan atau berakhir.

Relationship with you and your lover is just a portion of your short life. Love life. Live it wisely. Do not get stucked up with your relationship until it gets you nowhere. Once u get nowhere, i bet your lover will leave you alone, because u are no longer you but u are one stucked-up-person-who-thinks-your-life-only-revolves-around-you-and-your-lover. [Terfaktab, 2011]

People nowadays are like bluetooth. If you stay close they stay connected and if u go away they find ''New Devices'' .[Ahmad Fadhil, 2011]
You words you utter is a reflection of who you are :) [RS, 2011]
When you're right, no one remembers. When you're wrong, no one forgets. [FB, 2011]
Bila ada yang sayang.,Jangan lukai hatinya..Bila ada yang cinta.,Jangan kamu titiskan air matanya..Bila ada yang menanti,.Pastikan kamu kembali..Bila ada yang setia,.Lakukan yang sama.Bila dia pergi.,Pergilah kejari selagi merasa dia bererti..Kerana bila dia tiada di sisi..Kamu akan sunyi dan sepi. [Hanis Zafirah, 2011]
Memang ada saja yang akan membenci, mengutuk, menghina, dan lain - lain kata - kata negatif. Termasuklah isu peribadi. Kalau tak kuat, susah nak survive. Susah untuk teruskan minat, susah untuk teruskan apa yang dicitakan, apa yang disungguh - sungguhkan. [zahiriladzim]
Sesuatu yang dimulai dengan rasa marah akan berakhir dengan rasa malu. [KOSMO, 2011]
Putarlah putar, putarlah untuk pemikir, bila diputar makin terfikir, makin terfikir untuk pemikir. semakin fikir semakin dalam. sedalam-dalam sudah berputar, berhenti pada satu titik, titik yang tidak akan berputar. terhenti yang henti. [khrlhsyam.blogspot]

Wednesday 7 September 2011

dokter.

A doctor is being yelled at taking too long to get there, while trying desperately to save the life of total stranger, holding his bladder because he didn't have time to pee when the beeper when off, starving when he missed his meal, tired because the beeper when off just as he closed eyes & it's now 4 in the morning and missing his family while taking care of yours.

Rindu? Cinta?
Tidak.
Itu hanya. Tarikan sementara.
Ya. Aku pasti itu.
Senyumnya.
Keletahnya.
Manjanya.
Bakal beransur pergi.
Pudar.
Ditelan masa.
Ah! Doktor.
Kau bikin aku gundah-gulana.
Pergilah.
Cuma, 
Aku hanya mampu berdoa.
Dari kejauhan.
Bukankan begitu lebih baik?

p/s: andai benar itu takdir kita, aku nantikan di masa hadapan.
ini entri gatal-gatal. hihi 

Monday 5 September 2011

perasaan itu.

sayang.
suka.
cinta.

rasa itu tak mampu kita tolak. bukan?
manusia dianugerahkan hati.
untuk punya rasa berbagai-bagai.
tapi disertakan akal.

untuk membimbing rasa hati.


dalam meniti kedewasaan.
aku juga tewas.
pada satu rasa halus.
ia satu nikmat.
ia juga satu beban.
sesungguhnya,
aku hanya mampu mengira detik waktu.
menitipkan doa padaNYA.

"ya Allah, jika dia benar untukku, tetapkanlah hatinya dengan hatiku..jika dia bukan untukku, redhakanlah hatiku dgn ketentuanmu.."



ini dari dia: 'I'll leave the judging to God'