Showing posts with label ZineSatuMalam. Show all posts
Showing posts with label ZineSatuMalam. Show all posts

Tuesday, 21 June 2011

.selamat hari abah


Aku dah makan pelempang abah,
merah pipi aku yang gebu,
tunggu masa untuk gigi berterabur,
sebab tinggikan suara bila bercakap dengan orang tua.

Aku dah kena libas dengan getah paip abah,
peha aku macam disiat kulit,
pedih yang amat,
sebab balik lepas Maghrib.

Aku dah kebal dengan rotan abah,
berbalur belakang badan,
kulit dah lali dengan minyak gamat,
bila liat nak bangun Subuh.

Aku dah kena panah dengan jelingan abah,
tak lupa juga dengan suara abah bak guruh berdentum,
bila malas buat kerja rumah.

Abah seret aku keluar rumah,
macam orang kena rasuk,
tak peduli rintihan dan jeritan aku,
bila tahu aku bercinta.

Dah berbakul-bakul abah kutuk aku,
Ini masin, itu tawar,
bila aku masak tak sedap.

Dulu aku fikir,

Mengapakah?
Kenapakah?
Apakah?
Aku ini anak buangan kah?
Aku ini mangsa dera kah?
Abah tak sayangkan aku kah?

Kah kah kah…

Kini aku ketawa berdekah-dekah,
Kalau dulu tak kena belasah sampai macam tu,
Tidaklah abah bangga dengan diri aku sekarang.

Abah boleh senyum.

Anak daranya jadi orang,
Bukan lalang, sawang mahupun beruang.

p/s: along sayang abah sampai bila-bila

Saturday, 30 April 2011

oh!

aku dah mula addicted...
ZineSatuMalam macam dadah untuk aku...
masih dalam mood teruja...
sebab karya terpilih kali ni...
hehehehe...
sampai update banyak-banyak entri sekali gus...
apakah??
sebab lepas ni tak berpeluang dah...

aku perasan, bila aku banyak membaca;
terutama karya dalam ZineSatuMalam,
penulisan aku di blog ditegur kerana kasar...
apakah?
kenapa aku baca zine, ayat lagi fuhhh!! dari aku...
oh...
harap aku dapat maklum balas mengenai penulisan aku...
terima kasih, teman

Wednesday, 27 April 2011

ZineSatuMalam

ini entri promo..
terbaca di blog akal tunjang; entri promo: ZineSatuMalam...
apa itu zine?
bukan zina, tetapi
"singkatan daripada magazine atau fanzine"
aku mengikuti di facebook;
ZineSatuMalam
 edisi1: bangang
edisi2: terima kasih

satu bahan bacaan yang bagus,
untuk orang macam aku..
orang lain, aku tak tahu penerimaannya...
dengan penulisan bersahaja,
tetapi penuh dengan sindiran...
cukup untuk buat aku terasa,
lalu mula berfikir...

"Mungkin mudah untuk lafazkan terima kasih,
tetapi untuk benar benar memaksudkan penghargaan itu,
tak semua yang mampu."
[ZineSatuMalam; Sebuah karya satu malam: pantas, padu dan padat]