Monday, 25 April 2011

sembang sampai subuh

ada satu malam..
aku berborak dengan kawan aku...
dari isya' sampai ke subuh...
bicara tentang manusia...
perilaku dan sifat...
kemudian kami sama-sama muhasabah diri...

supaya kami tak jadi macam manusia-manusia itu...
  1. bila orang lain nak buat sesuatu yang baik, kau kutuk-kutuk pulak...contohnya, bila ada minah tu ajak buat study group, kau kutuk dia, cakap yang minah  tu bukan nak study, tapi bergosip lebih...hello! sekurang-kurangnya minah tu ada usaha nak study, bukan macam kau yang asyik nak pandang rendah kat orang lain...kau tu study ke tak???
  2. cakap kat belakang orang berapi, tapi akhirnya, bila berdepan, asap pun tak nampak...contohnya, iye-iye je kau cakap kat belakang yang si polan tu buat ini, si anu buat itu, kau kutuk-kutuklah, tapi bila berdepan, kau pijak semut pun tak mati...kau bodek lagi ada lah, kan...untung-untung si anu, si polan belanja kau makan...kan, kan, kan??
  3. orang yang tahu diri bersalah, tapi tak ada usaha nak mintak maaf...cuma berdoa, harapkan orang tu maafkan kau...alahai...sedangkan kalau kau mengidam nak makan mangga, kau mesti usaha pergi beli ke, pergi kait kat pokok ke...usaha!!!kita sendiri tahu, bila salah sesama manusia ni, kenalah mintak maaf dengan orang yang dah kau buat salah kat dia tu...
  4. kau dah mintak maaf, tapi kau ulang lagi salah kau...aku dah tulis sebelum ni, kalau kau ulang kesalahan buat kali kedua, itu bodoh namanya!!
  5. boleh tak kau hidup tanpa kawan??macam atas bumi ni ada kau dan pasangan kau aja...bayangkan esok-esok kau sakit, siapa nak ziarah kau di hospital, bila kau mati, siapa nak mandikan kau, solatkan kau...kau dah tak boleh buat sendiri bila jasad kau kaku macam tu...
ada banyak lagi yang kami borakkan...
cuma satu konklusi kami berdua;
ada akal, fikir...
jangan buat macam manusia-manusia tu buat...
ada akal, fikir...
jangan pandang pada manusia yang berkata-kata,
tapi dengar pada apa yang dikata...

p/s: senang cakap;
ada akal, kau fikir!!!

6 comments:

LUNA said...

hehe. relax relax.

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

batui ni...

macam perangi ada skrg..

sabo jek la..

dindingkosong said...

luna: ehehe...aku emo, aku luah kat dinding aku...
LHLP: sabor je la kan...

DuniakuAbstrak said...

ada akal

boleh fikir

tapi pilihan tetap songsang

dindingkosong said...

duniakuAbstrak: dah nama pun manusia...sebab tu kena top up iman...bersihkan hati...hehe

Muslimah Optimis said...

setuju dengan "jangan pandang pada manusia yang berkata-kata,
tapi dengar pada apa yang dikata..."

terima kasih atas nasihat