Wednesday 7 December 2011

hidup.3.

apa kau tahu?
sakit yang aku rasa.
apa kau tahu?
derita yang aku tanggung.
apa kau tahu?
sunyi yang aku selami.

kau tak tahu.
jangan senang menuduh.
kau tak tahu.
jangan cakap ia mudah.
kau tak tahu.
jangan pernah menghakimi.

derap langkah.
makin lelah.
tak siapa di sebelah.
untuk paut susah payah.

sakit. pedih. 
tak guna merintih.
bukan hati yang memilih.
tenggelam dalam sedih.

aku manusia biasa.
yang juga punya rasa.
tak mahu dicemuh setiap masa.
yang ingin hidup selesa.

Ya Tuhan, pasti banyak dosaku sebelum ini, yang buatkan Kau menguji aku di kala ini.
Ya Tuhan, ajarkan aku erti sabar, tabah dan redha.
Ya Tuhan, hanya padaMu aku memohon.
[FSCM, 7 Disember 2011, 01;42H]
p/s: letih.

Friday 2 December 2011

hidup.2.

Di dalam hujan dia berjalan.
Tak menoleh kiri dan kanan.
Melangkah maju ke hadapan.
Walau manusia keliling berbisikan.
Rasanya, tak perlu dia endahkan.

Katanya ini kehidupan.
Ibarat seperti perlumbaan.
Sama ada laju atau perlahan.
Yang kalah akan ditinggalkan.
Yang menang akan disanjungkan.

Tapi, manusia ada kelalaian.
Hidup ini ada putaran.
Kadangkala di atas, dengan senyuman.
Mungkin nanti di bawah, dengan tangisan.
Apa-apa pun, yang penting kekuatan.
Hati yang kental perlu diasuhkan.
Telinga kemungkinan perlu dipekakkan.
Mata juga rasanya perlu dibutakan.
Sedikit semangat sebagai dorongan.

Di wajah ada percikan manik-manik hujan.
Dia teruskan berjalan.
Khalifah di muka bumi yang tak keruan.
Akhirnya berbalik pada ketentuan.
Pada Ya Ilahi yang mengabulkan.
Hanya pada Dia Yang Esa, bakal menentukan.

[FSCM, 2 Disember 2012; 16:42H]

Monday 28 November 2011

gagal.

mari.
mari.
mari fikir.
fikir.
fikir.
dan fikir lagi.
tak mudah.
tak mudah untuk mudah.
namun tak susah untuk susah.
pilih.
antara dua.
segalanya terletak pada kamu.
[sumber: sini]

Sunday 27 November 2011

bicara teman.1.

pada suatu malam, saat hujan turun renyai-renyai. ada sahabat yang pergi mengisi tangki minyak a.k.a perut masing-masing yang berkriuk-kriuk bunyinya.

kawan: aku pelik, lelaki ni bila nak seronok-seronok, cari yang hot stuff. tapi bila nak kawen, cari yang baek-baek.
aku: aih.. kalau kau yang lelaki tanya macam tu, aku yang perempuan ni memang takde jawapan lah.
kawan: ye lah. aku kesiankan awek-awek yang hot stuff tu. tak pasal-pasal merana. menangis tak berlagu.
aku: err.. no comment..
kawan: sebab aku lelaki lah, aku terfikirkan. ce kau fikir macam kes ni,

KES 1: kesian awek hot stuff. dah beria-ia diusung sana-sini, cintan-cintun toksah cakaplah. tup-tup kena tinggal.
KES 2: kesian bini laki tu. laki yang dia dapat tu, yang ori atau...kau faham-faham lah kan.
KES 3: kesian laki awak hot stuff tu. ye lah. bini dia dulu dah pernah diusung sana-sini.

aku: err..kenapa kau cakap pasal ni? tetiba ja?
kawan: tak adalah. lepak-lepak kat restoran makanan segera MEKDI [baca: McD] ni, usha-usha orang lalu lalang, buat aku terfikir. fenomena ni yang jadi. aku kan lelaki. [muahaha!! gelak jahat]
aku: serious, aku no comment untuk pendapat & buah fikiran kau malam ini. 
kawan: hei, kemonlah. setakat berkongsi rasa dan pandangan ja.
aku: baek. hmmm. secara jujurnya, atau senang cakap, aku ni perempuan, jadi, nak tak nak, aku mesti menuding jari pada lelaki. ya lah. lelaki, nak berseronok cari yang mantap-mantap. bila nak kahwin, cari yang sesejuk mata memandang, maksudnya yang layak dibuat bini. kalau lelaki tak ada rasa untuk nak berseronok, terus fokus pada hubungan yang serious, fenomena ni tak jadi.
kawan: oh, i see. hmmm.
aku: tapi, kita kan manusia. semua manusia buat silap. aku memang cakap lelaki salah. tapi, kalau yang perempuan tak melayan, tak jadi jugak. it takes two to tango, darling

p/s: pengalaman manusia sekeliling berguna untuk kita yang tak alaminya. ambil iktibar dan jangan ulangi. pengalaman diri sendiri itu satu amaran. bodoh jika tak belajar dari kesilapan sendiri.

Friday 25 November 2011

hidup.

hati.
kosong dan sunyi.
seakan perlahan-lahan mati.
tak siapa mengerti.
semua jauh berlari.
tinggalkan diri sendiri.
salah lagi.
cukuplah sampai di sini.
sudah tak mampu lagi.

dia ibarat camar.
yang tiba dan perlu beredar.
walau hati hebat bergetar.
"jangan kau menghindar!"
apa pun harus sedar.
tak semua mampu dikejar.

melangkah.
terimalah padah.
walau hati gundah.
sesal tak sudah.
ingat! jangan megah.
hidup ini tak mudah.
ada hati yang perlu diendah.

p/s: sejak-dua-menjak, kurang semangat. ditambah dengan cuaca kurang baek, tahap kesihatan turut merosot. jangan dipaksa lagi. salah, salah dan tetap salah. tak ada apa yang mampu merubah salah menjadi benar! ingat tu FSCM!

Thursday 24 November 2011

masa depan.

semangat juang.
semangat kental.
demi masa depan.
inilah yang aku usahakan.
semangat membara.
impian harus dilaksana.
ayuh!
bangun!
realisasikan segalanya!


 "Navigate Your Career with 
BSc. of Nautical Science and Maritime Transportation"



Sunday 20 November 2011

3 tahun.

permulaan: 20.11.2008, 
genap setahun: 20.11.2009, 
genap dua tahun: 20.11.2010, 
tapi tak mampu nak cecah tahun ketiga: 20.11.2011. 
=.='
tak siapa mampu melawan takdir Tuhan. 
ajal, maut, jodoh, pertemuan semua di ketentuanNya.
 

Thursday 17 November 2011

terharu.

terharu!
sungguh.
sangat-sangat.
lepas alami tiga fasa kekecewaan dalam hidup.
untuk 2011.
sesuatu tak disangka berlaku.
betul apa orang kata.
kita terlalu pedulikan orang yang tak pernah hargai usaha kita.
tapi kita tak pernah pedulikan orang yang menghargai kita.
Ya Tuhan.
benar rupanya pepatah itu.
dalam-dalam aku palsukan senyuman.
dalam-dalam aku ketawa dibuat-buat.
ada yang mengerti.
ada yang menegur.
"mengapa kau terluka sebegini?"
terpaku seketika.
'oh, kau nampak kecelaruan aku.'
terima kasih pada kau.
benar kata kau.
inilah kehidupan.
insyaAllah, akan baik-baik sahaja.
terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.
kerana menggantikan tulang belakang aku yang tercicir.
kerana menjadi tunjang kekuatan aku.
kerana kau nampak sesuatu di sebalik senyuman palsu.

p/s: hidup ini bukan satu perjudian, bila untung sabut timbul. hidup ini bukan percaturan seperti catur. hidup ini satu perjalanan, yang mana insan mengerti apa itu sakit, sedih, gembira, bahagia, kecewa, dsb.

Wednesday 16 November 2011

bagi aku.

[sumber: mukabuku]
pernah tengok drama korea?
confirm, pernah tengok kan.
SECRET GARDEN.
aku baru tengok. [maaf, kuno dan lambat. huhu]
hero treat heroin macam pepatah kat atas.
bagi aku, pendapat aku.
aku suka sangat tengok apa yang hero tu buat.
betul-betul memahami bahasa perempuan yang complex.
andainya. ya, andainya dapat hero macam tu.
rasa macam di awang-awangan je.
huhu.
tapi, kita manusia biasa.
"sesungguhnya Allah tak memberi apa yang kita mahu,
tapi Dia beri apa yang kita perlu."
maka, impian tinggal impian.
tak perlu lari mengejar cinta.
cuma sediakan hati yang suci.

p/s: menongkah arus kehidupan dengan senyuman ^_^

Sunday 13 November 2011

kasih sayang.

kenapa menangis untuk benda yang sedih dan terluka. sedangkan ramai yang menyayangi. Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan rasa itu olehMu, yang menyedarkan aku tentang kasih sayang melimpah-ruah di segenap denyut nadi aku. yang selama ini tak pernah aku ambil pusing. terima kasih Ya Allah, untuk rasa sakit yang membuka pandanganku.
 
 keluarga tak pernah lekang dari sisi. keluarga tak pernah menyalahakan. keluarga sentiasa menghiburkan.

pada seorang insan, yang mengajar aku tentang kehidupan, terima kasih kerana tak pernah berhenti menyayangi aku. hanya Tuhan mampu membalas segala kebaikanmu. Allah hadirkan rasa sakit itu, supaya terbuka mataku untuk menilai kesakitan, penderitaan yang kau lalui. sesungguhnya, kau memang tabah. Allah hadirkan kau padaku, sesungguhnya itu anugerah paling bernilai yang selama ini aku tak pernah hargai.
abah, mama, angah, adik

Saturday 12 November 2011

pelik.

[sumber: mukabuku]

bila ternampak pepatah cinta ini.
aku terfikir.
benar atau tidak?
kalau dah sayang, kalau sebelah pihak saja peduli,
tak pernah rasa sedih.
apa sahaja yang dibuat,
bersungguh-sungguh kerana rasa sayang.
tapi pelik kan,
kenapa sebelah pihak lagi macam buta.
oh, macam-macam hal lah dalam hubungan.
pelik.
fikir.

lelaki.

gua letak gambar ni.
korang fikir-fikirkanlah.
gua tak kata 100% macam ni.
tapi, gua selalu terkena.
tu yang buat gua rasa benda ni mungkin betul.
sekali lagi, mungkin betul
no gender bias in this blog.
sekian.
[sumber: mukabuku]

Friday 11 November 2011

rasa hati & penghargaan gua.

assalamualaikum.
untuk yang rajin singgah membaca coretan pada dinding, gua ucapkan terima kasih banyak-banyak. sebab tanpa pembaca, siapalah gua. selama gua menulis blog ni, gua tak pernah harapkan followers beribu-riban, tapi alhamdulillah ramai jugak yang follow dinding ni. gua menulis dari hati. gua menulis apa gua rasa, apa gua nampak, berdasarkan pendapat gua. gua tak pernah directly point kepada sesiapa. gua tekankan lagi sekali, yang gua coretkan pada dinding ini semua kisah gua, sama ada kisah benar dari hati mahupun angan-angan dari kepala otak. jangan nak ada yang terasa hati, tak selesa dan tak senang duduk dengan entri-entri gua. gua dah cakap, ini isi hati gua, kenapa ada yang nak terasa? ini tulisan kehidupan gua, kenapa ada yang nak masuk campur, nak carik pasal ke? kalau suka baca apa yang gua tulis, baca. kalau tak suka, jangan jengah ke coretan pada dinding ni, lepas tu bawak mulut sini sana. ok, gua harap lepas ni tak ada yang touching-toucing dengan entri gua.
"yang elok dari gua, ambil buat pengajaran dan amalan. yang buruk dari gua, abaikan, jadikan sempadan dan teladan."

puisi pelangi lapan warna.2.

akan kubiarkan.
segala-galanya.
tinggal jadi debu.
andai.
berterusan begini.
tak ku mampu.
menggapai pelangi 8 warna.
di kaki langit.
tinggal titis-titis embun.
yang membasahi bumi.
mampu ku sentuh.
mampu ku belai.
ku akui.
lelah.
letih.
penat.
berdiri pun bertongkat.
apatah nak berjalan.
mungkin tersungkur terus.
pelangi 8 warna.
hanya dalam minda.
mampu aku hadirkan kau.
tak seperti dulu.
ku boleh menggelongsor di atasmu.
kini, nak melukis di kanvas,
jari-jemari ku kaku.
tiada lagi nyawa.
buat pelangi 8 warna.
yang hilang ditelan pekat malam.
yang kalah pada sinar mentari.
hujan tak lagi menyimbah bumi.
lalu, tak membiaskan 8 warna itu, pelangi.

p/s: Niya, Yana; dulu mungkin menggebu-gebu macam kapas, tapi sekarang kering macam habuk kayu. tak mampu nak gambarkan dengan perasaan. pelangi 8 warna hilang beransur pergi.

Thursday 10 November 2011

entri promo.

Manxilin Muslimah Boutique

[sumber: blog Manxilin Muslimah Boutique]

satu blog yang melakukan bisnes atas talian.
mempromosikan fesyen terkini untuk muslimah.
contohnya:
[sumber: blog Manxilin Muslimah Boutique]

boleh lah jenguk-jenguk.
klik pada link di bawah:

Wednesday 9 November 2011

kisah.5.

jejaka seperti mayat hidup. tiada lagi kegembiraan. tiada lagi sinar ceria. hanya wajah pucat tak berdarah, hati yang kian mati menjadi peneman di kala ini. gadis sememangnya pergi dari hidupnya.
'ah! gadis, kau terlalu ego untuk akui yang kau masih sayangkan, cintakan aku!'
habis sudah dayanya untuk membuat gadis cemburu. kan orang kata cemburu itu tandanya sayang. mengapa perlu jejaka buat begitu? ya, kerana jejaka ingin mengajar gadis. membiarkan gadis sedar satu kelemahannya selama ini.
'EGO'
gadis terlalu ego. ego dalam perhubungan. ego untuk akui kesalahan. ego untuk segala-galanya.
'jika begitu, mengapa kau masih mahukannya?'
soal diri jejaka sendiri.
'apa kau tahu?!! sayang itu muncul tak diundang! cinta itu tak mampu aku tolak pergi!'
jejaka bertengkar dengan dirinya sendiri. sayangnya memang sepenuh hati pada gadis.
'habis, mana kau nak letak jelita di hati kau? kau pun dah ber'sayang', ber'abang' dengan dia.'
suara dalam diri jejaka menimbulkan persoalan makin rumit.
jejaka sedar kesalahannya menjadikan jelita sebagai galang ganti. peneman di kala sunyi. mempermainkan perasaan jelita. tapi, apa lagi yang boleh dilakukan jejaka? untuk mengusir pergi bayangan gadis tanpa sebarang alasan, jejaka tidak mampu.
'jelita, maafkan aku. aku memang kejam. memang tamak. tapi kau sendiri tahu keadaan aku di kala menghulurkan kasihmu. sudah aku katakan, kau tak akan mampu mengganti tempat gadis di hatiku. kau degil. kau degil!'
jejaka terus-terusan berperang dengan perasaannya.
'gadisss!! kembalilah pada aku!! aku tak mahu lagi kehilangan kau!!'
akhirnya jejaka rebah di tilamnya. mata tertutup rapat, namun mutiara jernih berupaya mengalir keluar dari tepi kelopak mata. jejaka menangis dalam lena. diharapkan gadis datang menemaninya dalam mimpi. hanya gadis, bukan jelita. bagi jejaka, jelita hanya satu persinggahan. biarlah orang kata dia kejam, namun hatinya tak berupaya menggantikan gadis dengan jelita.
**************************************************************************
gadis bangun perlahan-lahan dari pembaringan. setelah lama berfikir, gadis sedar. sedar sesuatu. gadis mencapai telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu. sambil menangis tersedu-sedan. air mata diseka apabila pandangan mulai kabur ketika mencipta ayat baris demi baris. hidungnya juga sudah merah apabila asyik di lap menggunakan tisu. laju sahaja jari gadis meluahkan rasa yang terbuku di hati. setelah puas mencurahkan perasaan, gadis menekan butang send. lega rasanya. seolah-olah beban yang ditanggung selama ini terbang ditiup angin. malam itu, gadis sudah mampu tidur sambil tersenyum. harapnya, lena malam itu ditemani seseorang yang amat dirinduinya.
***************************************************************************
jejaka bangun apabila terdengar azan subuh berkumandang. lalu ditunaikan solat fardhu 2 rakaat itu disusuli dengan bacaan Al-Quran. hatinya tenang pagi itu. luar biasa rasanya. jejaka bersantai-santai di balkoni biliknya. sambil menghirup udara sejuk. tidak pernah jejaka tenang sebegini. meskipun sebelum ini dia berusaha melakukan solat malam. ketenangan yang diraih tidak seperti pagi ini. sambil memikirkan peliknya tentang ketenangan pagi itu, jejaka mengeluarkan telefon bimbit dari koceknya. 
'1 message received'
tanpa rasa apa-apa, jejaka meneruskan untuk membaca mesej yang tertera.
'assalamualaikum jejaka. maafkan andainya mesej ini mengganggu awak. saya sudah berfikir, fikir yang dalam-sedalam-dalamnya. jejaka, saya akui, salah saya. silap saya selama ini menjadi punca terkuburnya rasa cinta kita masing-masing. saya sedar, kali ini awak biar saya melayani ego saya yang tinggi itu, akhirnya memakan diri sendiri. bahkan awak yang lebih teruk menjadi mangsa keegoan saya. saya tahu, hadirnya jelita bukan kerana awak ingin mencari pengganti diri saya, tetapi untuk buktikan pada saya yang saya salah. salah saya kerana terlalu ego yang buatkan awak rasa jelik. tindakan awak memang tepat. jejaka, ketahuilah, saya masih sayangkan awak. ya, saya cintakan awak. kerana ego, saya tak mahu akui semua itu. sejak dulu, hanya awak yang kerap-kali meluahkan rasa itu melalui bicara awak. saya tak pernah luahkan. egonya saya apabila saya katakan biarlah rasa itu tersimpan di hati dari meluahkan. kurang istimewanya apabila terlalu kerap dituturkan pada bibir. saya silap. itulah istimewanya awak, sentiasa buat saya rasa disayangi, tidak sedikitpun meragui cinta dan kasih awak pada saya. tapi keegoan saya untuk menuturkan kata-kata cinta dan sayang pada awak, buat awak ragu. adakah benar saya menyayangi awak? adakah benar hanya awak di hati saya? keegoan saya yang menyebabkan kita selalu sangat berpisah atas permintaan saya. memang hanya awak insan terpilih untuk memiliki hati saya. tapi salah saya mengabaikan rasa hati awak. saya tahu keraguan awak bertempat. hanya saya yang salah menilai perasaan awak di kala itu. ego saya memakan diri. saya ingin kembali pada awak. izinkan saya mengubat luka di hati awak. jejaka, saya cintakan awak. kali ini lebih dalam dan mampu mengusir pergi keraguan awak. -gadis-'

tanpa berlengah lagi, jejaka terus mendail nombor telefon gadis.

jejaka: assalamualaikum.
gadis: waalaikumsalam.
jejaka: selamat pagi, sibuk ke?
gadis: selamat pagi juga untuk awak. baru selesai mengaji.
jejaka: alhamdulillah. izinkan saya bertanya sesuatu. benarkah apa yang saya baca di mesej itu?
gadis: hmm. ya, benar. saya akui kesalahan saya yang terlalu ego selama ini. saya sayangkan awak. saya cintakan awak, jejaka. kali ini saya tak akan tinggalkan awak lagi, walau apa pun terjadi. saya sedar, semua manusia buat silap. awak dan juga saya, sayayang  lebih banyak melakukan kesilapan, namun setiap kali itu jugalah awak mampu maafkan saya. tapi, saya terlalu ego, bila awak buat silap, saya langsung tak boleh terima.
jejaka: syukurlah. doa saya dimakbulkan. 7 bulan perpisahan yang berlaku buat kita sama-sama menjadi matang. err, gadis, saya mahu katakan sesuatu. insyaAllah, minggu depan keluarga saya datang merisik awak. biarlah kali ini, kita bercinta kembali dengan cara yang halal. gadis, saya tak mahu awak terlepas dari hati saya lagi.
gadis: terima kasih, jejaka. doa saya juga termakbul. ingin menjadi kekasih halal buatmu wahai jejaka.

akhirnya, jejaka dan gadis bersatu dengan izin Allah S.W.T. jodoh, ajal, maut di tangan Tuhan, tiada siapa mampu menghalang, tiada siapa mampu menghentikannya, tiada siapa mampu mengubahnya.

some words to share with.

Don't cry over the past,
it's gone.
Don't stress about the future,
it hasn't arrive.
Live in the present
and
make it beautiful.

created by: kenangan terindah

Tuesday 8 November 2011

8 bulan.

saat demi saat.
minit demi minit.
jam demi jam.
hari demi hari.
minggu demi minggu.
bulan demi bulan.
menuntut kesabaran yang tinggi.
ujian demi ujian.
cekal lah wahai hati.

[sumber: google]
gambar ini sebenarnya nak maksudkan, lagi 8 bulan baru boleh nak fikir bab-bab cintan-cintun, nikah kahwin segala bagai. sebabnya lagi 8 bulan baru habis belajar. lepas tu entahkan dapat kerja atau tak. mudah-mudahan dapatlah kerja. dalam 8 bulan ni jugak la ujian datang menimpa. menempuh tahun akhir dengan ujian, dugaan, tohmahan, fitnah, bukannya senang. mengalir air mata darah pun, manusia di sekeliling takkan pernah tahu apa sebenarnya dalam hati ini. 

p/s: awak tahu kan saya menulis untuk siapa. sabar sajalah menempuh tahun akhir dalam masa 8 bulan lagi. untuk yang membaca, entri 8 bulan ini entri berkenaan diri sendiri, tiada kaitan dengan manusia di sekeliling sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati. sekian.

Thursday 3 November 2011

kisah.4.

gadis cuba kuat. dilaluinya hari-hari yang mendatang dengan penuh keazaman tanpa menoleh ke belakang. sejarah cintanya dilipat kemas dalam sudut hati paling dalam. namun, jejaka datang menguis lipatan itu perlahan-lahan.
'tak apalah, kawan sahaja. ada jodoh, adalah.'
gadis memujuk hatinya. gadis akui, rasa sayang itu masih ada. tapi dia sendiri was-was. berbagai-bagai kemungkinan boleh terjadi andai pilihan diambil sekarang. lebih baik memilih jalan tengah, selamat. kalau katakan ya, mungkin boleh terputus lagi di tengah jalan. kalau katakan tidak, mungkin menyesal seumur hidup. melepaskan pun tidak, menarik ke dalam dakapan pun tidak. itulah pilihan gadis.

**************************************************************

'awak tengah buat apa? saya ada masalah ni.'
gadis serba salah apabila mendapat mesej pesanan ringkas dari jejaka. gadis punya janji untuk makan malam di luar bersama keluarga. gadis tak mahu biarkan jejaka keseorangan menghadapi masalah. meskipun hanya sebagai kawan, gadis cuba untuk ada di sisi jejaka. tapi gadis juga tak mahu berkelakuan kurang sopan jika memungkiri janji. lalu gadis curi-curi menghantar mesej pesanan ringkas kepada jejaka ketika sedang makan malam bersama keluarga. gadis hampir dimarahi abah kerana berkelakuan begitu, tapi apakan daya untuk gadis pada masa itu. 
'tutttt...tutttt...tuttt...'
sampai sahaja di rumah, gadis cuba menghubungi jejaka, tetapi tidak berjawab. 
'tidurkah dia? atau marahkan aku kerana biar dia keseorangan?'
gadis cuba menghubungi jejaka sekali lagi. tetap tidak berjawab, dan yang tertera di skrin adalah 'call waiting'. si gadis menunggu dan terus menunggu untuk menghubung jejaka. hampir satu jam menunggu, jawapan yang sama, 'call waiting'.
'boleh la kalau nak call sekarang.'
mesej pesanan ringkas dari jejaka. gadis sudah merasakan moodnya kurang baik, tapi digagahkan juga untuk menghubungi jejaka.
'maaf, tadi masa bersedih, kawan baik yang perempuan call. borak-borak. masa awak call, saya tak sampai hati nak end call dengan dia sebab dia tengah buat luahan perasaan. dia tu macam tahu-tahu saya tengah sedih. dah banyak kali macam tu. tepat je masa dia call saya.'
ada air hangat meluncur di pipi gadis. hatinya bagai ditoreh-toreh. berdenyut-denyut rasanya. sehinggalah selesai luahan hati dari jejaka mengenai masalahnya, gadis berjaya menyembunyikan perasaannya. ingin diluahkan rasa hati, tapi apa perlunya. hanya kawan kan? sekali lagi bermacam-macam persoalan menerjah ruang mindanya.
'kalau mahukan aku kembali, mengapa gembira sahaja menerima call dari dia?'
'selalu macam aku yang terhegeh-hegeh pada dia. untuk kembali bersama.'

persoalan demi persoalan menerpa. terbiar tanpa jawapan, dan sekali lagi bintang di langit menjadi saksi. tapi, yang di sana tidak lagi mengira bintang di langit malam itu. tidur tanpa rasa apa.


Tuesday 1 November 2011

kisah.3.

'cantik cincin tu.'
perlahan gadis berkata bila dia bertemu kembali dengan jejaka ketika majlis konvokesyen.
'oh, itu junior yang bagi.'
gadis mengangguk perlahan. senyum.

*************************************************************************
[gambar di mukabuku; sepasang tangan yang tiap-tiap jari manis tersarung cincin silver.]
jelita 1: cantik cincin. ehem-ehem.
jelita 2: kan si manis yang bagi.
jelita 1: tahu tu. tapi yang satu lagi.
jelita 2: hehehe.

'oh. satu junior bagi. satu lagi? hm. junior la sangat kan. sampai hati kau. cincin yang aku bagi, tak tersarung pun di jari manis kau. macam tu kau nak suruh aku kembali pada kau? bukan aku yang ego. bukan aku. kadang-kadang terlalu banyak rasa curiga aku pada kau. hm.'
keluh gadis perlahan. hatinya bagai disiat-siat bila melihat gambar itu. meskipun jejaka tidak meninggalkan sebaran komen, tapi pedih berdenyut-denyut rasa hati gadis. 

'betul telahanku. semasa kita berkasih-sayang, si dia muncul antara kita. kata kau, si dia kawan sahaja. ya, kawan sahaja. sampai aku temui sesuatu. kita berpisah. lalu kau bersama si dia, kan jejaka. tahniah kepada si dia, yang memang ingin menggantikan tempatku di hati kau. impian si dia jadi kenyataan.'

bisik gadis, antara kedengaran dan tidak.

'dari dulu lagi, aku kalah pada si dia, kan jejaka. hanya sebagai kawan dan teman, si dia mampu menarik kau pergi kepadanya. ternyata aku kalah. sudah terang lagi bersuluh. setiap kali berantakan, aku tinggalkan kau, jejaka, tapi si dia setia menantimu. itulah aku katakan, kalah aku kepadanya.'
perlahan-lahan gadis menyeka air matanya.

'tapi mengapa kau mahukan aku kembali pada kau? sedangkan cincin tanda tidak tersarung pada jari manismu wahai jejaka. aku masih dihantui persoalan-persoalan yang semakin bersarang di minda.'

akhirnya gadis terlena berbantalkan lengan sambil air jernih mengalir di pipinya. bukan mimpi indah menemani, tapi bayangan silam yang ngeri menerjah ketika gadis mati sekejap.


puisi pelangi lapan warna.

jantung bergetar laju.
hati rasa berdenyut-denyut.
nafas tak tentu arah.
sakit.
hm.
memandang dari jauh.
dia yang terukir senyuman.
terima kasih untuk rasa sakit ini.
kau pelangi lapan warna.
dongeng kan.
mana ada lapan warna.
tapi,
percayalah.
kau warna yang ke lapan itu.

Monday 31 October 2011

pelangi lapan warna.

kisah ini ditulis bersama

PART 3

‘Abang, sayang rindukan abang. Sangat-sangat.’
Secara tak sengaja Laila terbaca mesej pesanan ringkas yang singgah ke telefon bimbit yang bukan miliknya. Niat di hati hanya ingin membelek-belek gambar yang tersimpan di galeri, gambar kenangan manis. Berderau darahnya. Tak pernah Laila menggelar jejaka kesayangannya dengan panggilan abang, cukup sekadar ber’saya’ dan ber’awak’.

‘Sayang? Abang? Ya Allah, dugaan apakah ini?’
Lalu Laila meletakkan kembali telefon bimbit yang bukan kepunyaannya di atas meja. Air mata diseka, selendangnya dibetulkan. Cuba berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Laila nak balik. Tak sedap badan lah. Mungkin penat sangat.”
Insan yang baru duduk di hadapannya hanya mengangguk perlahan sambil memesan supaya Laila rehat secukupnya.

‘Cukuplah aku sebagai perempuan diperkotak-katikkan. Cukuplah sampai di sini sahaja kebodohanku. Kenapa kau bodoh Laila? Kenapa kau buta Laila? Betul kata bonda. Jangan percaya pada lelaki. Oh, bonda, Laila rindukan bonda.’

Langkah kakinya dihayun pantas. Timbul rasa di hati ingin lari laju-laju dari tingkat 8 bangunan sebelah lalu terjun ke bawah yang siap sedia dinanti oleh tilam spring. Kerana saat dirinya di udara adalah ruang di mana Laila akan tinggalkan segala kesedihannya di atas, dan bila mendarat di bumi, segala hubungan kasih sayang dengan insan tersebut tidak pernah berlaku sama sekali. Tapi Laila sedar. Itu hanya angan-angan.

Laila harus kuat menempuh kehidupan yang penuh warna. Sama ada merah dengan rasa ghairah, jingga dengan rasa riang, kuning dengan rasa setia, hijau dengan rasa iman, biru dengan rasa tenang, indigo dengan rasa bergaya, ungu dengan rasa semangat, putih dengan rasa suci atau hitam dengan rasa berbalam-balam. 

**************************************************************************
‘Laila, mengapa jadi begini? Tiada lagikah ruang di hatimu untukku?’
Dia menyendiri, mengira bintang-bintang selatan. Harapannya Laila juga sedang mengira bintang-bintang utara.

‘Kau tu yang bodoh, tolol wahai lelaki. Laila begitu baik, sempurna di mata manusia lain, mengapa kau hancurkan hati suci dia? Kerana nafsu kau? Kerana kau nak test market konon?’
Suara ghaib sedang mentertawakan dirinya. Akibat kebodohannya, mahu tunjuk lagak yang dia itu jejaka terhangat di pasaran, dia itu sekali petik sepuluh yang mari. Nah, kini rasakan! Bagaimana Laila pecah dadanya, dirobek hatinya kerana dipermainkan, kini dia harus menerima balasan.

‘Kau kan kacak, berduit. Cuba kau pikat perempuan lain, mesti dapat. Takkan kau nak serious terus dengan Laila tu. Kita muda lagi lah kawan. Dah rasa nak kahwin nanti, pilihlah yang terbaik. Kau pasti takkan menyesal bila dapat yang terbaik antara yang terbaik. Hahahaha!!!’

Itulah antara ayat-ayat yang menjadi perangsang dirinya betindak kejam pada hati Laila. Laila terus ditipu dari hari ke hari. Laila terus tersenyum bersama harapan palsu yang dia ciptakan.

‘Laila, aku berdosa pada kau. Sungguh, memang aku berniat untuk acah-acah sahaja dengan yang seorang lagi. Tapi kau tetap di hati aku, Laila. Kau satu dalam sejuta. Kau yang terbaik untukku.’
Dia megeluh lagi. Memang salahnya, punca darinya yang menyebabkan segala kucar-kacir begini.

*************************************************************************
Laila tenang dan selesa bila berada dalam dakapan bonda. Bonda lah segala-galanya buat Laila kini. Setelah ujian yang tidak terduga melanda dirinya, Laila mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Menjauhkan diri dari masalah bukan tindakan yang bagus, tapi Laila perlukan sedikit ruang supaya tidak membuat keputusan dalam keadaan terburu-buru. Kata satu pepatah ini ‘sesuatu yang dimulai dengan rasa marah, akan berakhir dengan rasa malu.’
Sekali lagi, petang itu Laila menapak perlahan-lahan ke pondok di tepi sawah itu. Berbekalkan diari ungu kesayangannya, Laila membelek satu per satu muka surat.

‘Melarikan diri dari kesibukan tugasan, aku dan dia ke Muzium Negeri. Janggal bukan? Ah! Biarlah. Kami masih mahasiswa, tiada duit yang menggunung tinggi, aku pun tak mahu menumpang kesenangan dia, RM2 tak terlalu banyak jika digunakan untuk sehari suntuk melawat perkara bersejarah. Uniknya, percintaan luar biasa. Mana ada pasangan lain yang buat macam aku dan dia. Keh keh keh. Boleh disimpan memori ini untuk anak cucu nanti. Oh, ke hadapan benar aku berangan. Entah ya, entah tidak aku menjadi surinya. Tapi tak salah kan kalau aku berharap?’

Air mata menitis di pipi. Saat manis itu menjelma di minda Laila.

‘Mengapa jadi begini? Kesetiaan yang aku berikan, kesedihan yang dia balas. Hmmmm.’

‘Petang itu, aku dan dia ke pantai. Mendengar irama dan lagu dari ombak dan pantai. Umpama aku dan dia, tak dapat dipisahkan lagi. Duduk di atas pasir sambil mencoretkan nama kami berdua, lalu dibentuk corak hati mengelilingi nama kami. Oh, bahagianya. Sambil memerhatikan matahari terbenam, indah sungguh panorama itu.’

Laila tak mampu lagi meneruskan pembacaannya. Matanya kian kabur, takungan air mata kian memberat. Tunggu saat mahu gugur ke pipi gebu Laila. Akhirnya Laila bangun dari pangkin, menyarungkan selipar lalu menapak perlahan-lahan ke teratak mawaddah, tempat berteduh Laila dan bonda. Tak lama lagi azan Maghrib bakal berkumandang, pasti bonda sedang menanti Laila untuk solat berjemaah. Tak ada yang lebih baik darinya jika dapat berimamkan bonda ketika bersolat. Dulu Laila pernah memasang impian;

‘Selain abah dan bonda yang mengimamkan Laila bersolat, Laila mahu awak yang imamkan solat Laila nanti, ya?’

Kini, impian hanya tinggal impian. Laila harus tabah. Kata orang kalau jodoh, dugaan macam mana sekalipun, pasti kalian akan bersama.  

Dari kejauhan, bonda sedar ada sesuatu yang mengganggu fikiran gadis suntinya itu. Dari tindak-tanduk Laila, kerutan di wajahnya, senyum yang tiada seri, bonda tahu Laila sedang berdepan dengan cabaran kehidupan.

‘Sabarlah sayang, bonda tahu, Laila kesayangan bonda ini kuat hatinya, tegar keyakinannya. Meskipun dilambung badai, pasti Laila mampu mengharunginya.’

p/s: klik sini untuk part 1
      klik sini untuk part 2
      klik sini untuk part 4

gua bengang ni beb!

petang ni banyak persoalan di minda.
tolong jawab boleh?
1. kenapa gua STRESS sangat?
2. kenapa lu tu selalu bikin gua panas hati, bagi gua jeles.
3. gua ni pun satu, kenapa gua jeles sangat! gua bengang la!
4. lu nak kawan boleh, tapi jangan bagi gua nampak lu boleh x?
5. lu nak ganti tempat gua ke, nak rampas dari gua ke, make sure gua salah dan lu betul, ok?

Sunday 30 October 2011

kisah.2.

hidungnya dicuit manja, lalu gadis mendongakkan muka. memandang wajah jejaka dengan penuh rasa kasih, tapi sedikit hairan apabila jejaka tak henti-henti ketawa.
'apa yang kelakarnya?'
jejaka menghulurkan tisu, lalu fahamlah gadis, tadi itu bukanlah cuitan manja tapi cuitan mengenakannya. hidungnya sudah comot dengan sos cili dek kerana kenakalan jejaka.
hari ini hari lahir gadis. jejaka membawa gadis keluar makan. makan biasa-biasa sahaja, ya lah, mereka kan masih belajar. majlis kecil tapi cukup bermakna buat gadis dan jejaka. cuma dengan sepotong blueberry cheesecake berharga RM 4.80 dan hidangan 2 ketul ayam untuk meraikan ulangtahun gadis, kesayangan jejaka.
*************************************************************************
'ah! bila tak berantakan, semuanya indah. huh!'
gadis mengusir pergi bayangan ketika usianya mencecah 21 tahun. sungguh dia benci setiap kali memori-memori indah itu menerjah mindanya. sakit!
'baru kini kau nak rasa sakit ya, gadis? itulah yang jejaka alami. nah! rasakan bagaimana pahitnya jejaka menempuhi kehidupannya!'
suara halus mengejeknya. tiada linangan air mata di pipi, sebaliknya mata gadis seolah berapi, umpama menyimpan dendam kesumat.
'pergi! pergi kau suara tak guna! jejaka, kau memang memusnahkan hidup aku!'
gadis sudah seperti dirasuk. habis barang-barang di mejanya berselerak akibat amukannya. 
'akui sahaja kau masih sayangkan dia, kau masih cintakan dia. jangan terlalu ego. semua manusia buat silap. kau atau dia, sama-sama silap.'
suara itu seolah-olah memujuk dan juga menghentam gadis.
gadis menjadi lone ranger. ke mana sahaja berseorangan. tidak peduli pandangan manusia di sekeliling lagi. dia penat hidup menjadi taat pada perintah manusia, kerana terlalu taat dan patuh, inilah akibat yang perlu gadis tanggung. gadis cuma mahu menjadi hamba yang taat pada suruhan Tuhan. bukan lagi mendengar kata-kata manusia yang tak pernah memahami isi hatinya.
'isi hati? hmmm.. hanya jejaka yang tahu apa mahuku, bila rajukku, sedih sakitku.'
keluh gadis bersendirian. mahu menghubungi jejaka, tiadalah kekuatan yang ada pada gadis. baginya, cukuplah dia melukakan, merobek tangkai hati, menghancurkan cinta jejaka dahulu.

*******************************************************************************

gadis mendapat tahu yang jejaka sudah in a relationship. bergetar hebat hatinya di kala itu. hanya kepada Tuhan, gadis merintih.
'memang patut pun, memang layak dia mendapat yang lebih baik dari aku. kerana jejaka memang yang terpaling hebat, aku bukan sesiapa untuk dia.'
begitulah rintihan gadis, menghamburkan segala kesedihannya sambil memujuk hati yang lara.
'jejaka, kau pernah katakan untuk menunggu aku. tapi mana janjimu?'
'oh, aku tidak layak buatmu, jadi memang tak patut kau menunggu aku, bukan?'
dari sehari ke sehari, gadis semakin murung. semakin tertekan menerima ujian. inilah yang dikatakan karma, apa yang gadis lakukan pada jejaka suatu masa dahulu kini berbalik pada dirinya. tenggelamlah gadis bersama linangan air mata dan jeritan batinnya. tubuhnya susut, pipi cengkung tak dipedulikan gadis. hidupnya bagai tiada arah tujuan. gadis cuma bertunjangkan keluarga dan imannya yang senipis kulit bawang untuk meredah hari-hari mendatang.

*********************************************************************************

'gadis, aku terlalu takut untuk menghubungimu. telah kau katakan, kau benci padaku. bonda juga berkata kau perlukan ruang untuk bersendirian.'
jejaka cuba menahan perasaan ketika terfikirkan gadis. sungguh, dia amat menyayangi gadis. semua yang berlaku, salahnya juga. tidak sabar. suka menguji gadis. tapi, apakan daya, cuma sedikit perhatian yang dia mahukan saat itu.
'bip! bip!'
satu pesanan ringkas menerpa ke peti mesej di telefon bimbit jejaka.
'abang, sayang rindukan abang'
bait-bait kata dari si dia, bukan dari gadis seperti yang jejaka harapkan. telefon bimbitnya dicampak lemah ke atas katil setelah pesanan ringkas itu dibalas;
'ya, abang pun begitu'

dan malam itu, sekali lagi jejaka berdiri di balkoni sambil mengira bintang di langit. tanpa disedari gadis juga melakukan perkara yang sama si sebelah sana. langit, bintang dan bulan yang sama menyaksikan butiran air mata mengalir di pipi jejaka dan gadis. sampai bila harus langit gelap, bintang yang kurang kerlipannya dan bulan yang suram cahayanya harus menjadi saksi bisu antara jejaka dan gadis. mungkin sampai bila-bila, bila orang kata 
'bukan jodoh jejaka dan gadis'
kata-kata itu satu doa, bukan?
 
lalu, desiran angin menghembus, menampar pipi sang pencinta yang tidak pasti dengan kasih sayang mereka.

p/s: klik sini untuk kisah.1.

Saturday 29 October 2011

kisah.1.

dulu, jejaka dan gadis itu pernah berkasih sayang. tapi itu dulu, ya, dulu. tinggal kenangan. kenangan-kenangan tercipta umpama daun-daun kering yang sengaja digugurkan oleh gadis. tak satu pun yang tinggal. lalu, jejaka mengutip satu per satu dedaunan kering itu, dikumpul, lalu diisi dalam kotak hati. sambil menitis air mata jejaka di pipi.
'ah! gadis, kaulah gadis paling ego di dunia, paling tak sedar diuntung'

gadis tetap tak menoleh ke belakang. mara ke hadapan dengan wajah bongkak. katanya memang dia bukan gadis yang perlu merayu, meulutut kerana terluka akibat cinta.
'gadis, semua orang buat silap. jangan lupa tu. satu hari nanti, kau akan sedar'

jejaka terlalu merana. hampir seluruh kehidupannya dirasakan kelam berbalam-balam. tiada lagi senyuman terukir di bibir. hanya air mata peneman di kala malam.
gadis tetap dengan egonya tinggi melangit. gadis akui, kadang-kadang ada terlintas ingatannya terhadap jejaka. dek egonya, ditepis jauh-jauh bayangan itu. baginya itu hanya menambah luka dan derita.

'gadis, gadis. kau sebenarnya menyeksa diri kau lebih teruk. akui sahaja yang kau masih sayangkannya.'

kerana tak mahu dikatakan menjilat kembali ludahnya sendiri, gadis diam menyepi, tak membuat sebarang tindakan untuk kembali berbaik. gadis mencipta senyuman di bibir. menipu! ya, menipu manusia di sekeliling. malah menipu dirinya sendiri. gadis tak sedar, penipuan itu memakan dirinya sendiri. gadis fikir, dia bahagia tanpa jejaka, dia gembira dengan kebangkitan semangatnya untuk hidup sendiri.
tapi, gadis silap!

'gadis, badan kau makin susut'
'gadis, kau diet kah?'
'wah! kurus sekarang'

kata-kata manusia di sekeliling, menyedarkan gadis. bahawa selama ini dia derita. gadis terduduk, silap percaturannya. kerana egonya. dia memang silap!

**********************************************************************************

langkah kaki jejaka berat. menapak perlahan-lahan ke dewan konvokesyen. dipandang sekeliling.
'gadis...aku tetap menanti kehadiran kau...'

seolah-olah ada yang menyeru namanya, gadis bangun lalu tersandar di dinding. berfikir sejenak. lalu dengan pantas bersiap dan menghala ke gerai-gerai jualan berdekatan.

'tahniah! selamat berkonvokesyen'
adakah jejaka bermimpi? menerima ucapan selamat dari suara yang memang dirinduinya? lantas berpaling, mujurlah masih waras akal fikiran. jika tidak, mahu sahaja dia memeluk empunya suara itu.

'untuk awak'
tak berkedip mata jejaka, namun huluran jambangan 6 kuntum mawar merah berserta patung semut berwarna ungu itu sedia disambutnya.

'awakkk...'
senyuman terukir di bibir gadis. mahu sahaja dia menyeka air jernih di tubir mata jejaka, namun dia sedar, mereka bukan seperti dulu.

'saya ingat awak tak datang'
gadis senyum lagi. sambil pandangan matanya dileretkan pada jejaka.

'saya perlu datang. untuk tunaikan janji saya pada awak. maaflah, sunflower sold out. jadi, saya gantikan dengan mawar merah dan semut ni, nampak unik, tak lah sama dengan pemberian dari orang lain.'

janji sudah gadis tunaikan. penantian jejaka juga berhasil.

setelah mengucapkan salam perpisahan,
gadis berlalu pergi. menapak perlahan-lahan, sambil terbayang memori yang dicipta kurang 30 saat yang lalu. kali ini, gadis betul-betul sedar yang dia menderita. lalu, gadis redha untuk menerima karma, atas mengecewakan jejaka. air mata mengalir. gadis tak mampu untuk berpaling. langkahnya makin deras. kepalanya ligat berfikir untuk meredah kehidupan mendatang.
'maafkan aku jejaka, aku sentiasa bersalah, sentiasa ego, sentiasa degil. aku tahu kau layak menerima yang lebih baik dari aku. selamat berbahagia jejaka'

dari kejauhan, jejaka merelakan pemergian gadis dari hidupnya buat kesekian kali.
'gadis, ah, kau masih seperti dulu, degil, keras hati, egois. gadis, andai kau sudi pulang ke pangkuanku. aku sentiasa memaafkanmu.'

lalu, matahari yang menyaksikan kisah itu meminggir dari langit. memberi ruang buat jejaka dan gadis mengira bintang di langit sambil air mata mengalir di pipi, masing-masing terasing di antara hijab yang mereka ciptakan sendiri.  

p/s: sila komen. pertama kali buat cerita panjang ni, walaupun macam pendek. sebab tak pernah tulis sepanjang ni. hehe

Thursday 27 October 2011

dulu VS sekarang

DULU.
aku pernah tulis pasal ketuhanan.
lepas tu ada yang tembak aku.
aku menulis begitu,
'UMPAMA MELUDAH KE LANGIT'
konon dengan hidayah Tuhan segala bagai.
cakap tak serupa bikin lah konon aku ini.
tapi, salahkah?
manusia berubah bukan?
diberi peringatan dari Tuhan,
untuk kembali ke pangkal jalan.
itu maknanya doa aku dalam solat
'tunjukkan kami jalan yang lurus' itu termakbul.
setelah mendapat tentangan,
aku tak lagi menulis begitu.
cukup aku simpan di dalam hati.
aku tak mahu ludahan aku menitis atas muka.
SEKARANG.
aku menulis tentang perasaan.
perasaan aku yang aku rasai.
pengalaman yang aku lalui.
semuanya dari hati.
jari aku menaip-naip mengikut gerak hati.
apa ada di minda, terluah segalanya pada blog.
pun tetap ada yang membenci.
ada yang mengata.

oh, kalian.
ini blog aku,
luahan hati aku.
tak pernah aku catatkan nama-nama manusia 
yang mana aku coretkan mengenai kalian di blog ini.
aku cuma guna 'KAU', 'KALIAN'.

blog aku, 
aku punya suka la kan?
ada aku kisah pasal apa yang kau tulis 'IBARAT MELUDAH KE LANGIT?'

p/s: jadi di mana hak aku untuk menulis? perlu kah gaya bahasa aku sama macam kau? kau aku biarkan dengan cara kau. lalu, aku mohon biarkan aku dengan penulisan aku. matang atau tidak, kau bukan Tuhan untuk menghukum aku. aku juga bukan Tuhan untuk menentukan. kita manusia biasa, sama-sama biasa. jadi kau tak ada lebihnya dari aku untuk mengkritik apa yang aku tulis. KALAU TERASA PEDAS, MINUM AIR.

Tuesday 25 October 2011

kalau, kenapa.

kalau dah dapat yang terbaik,
kenapa nak berbalik?

kalau yang lama menyusahkan,
kenapa masih nak simpan?

kalau kata sayang, cinta,
kenapa masih ada tanda tanya?

kalau ada rasa cemburu buta,
orang lain begitu juga.

kalau rasa letih tak bermaya,
tak siapa memaksa.

kalau ini bayarannya aku terseksa,
biar begini terus sampai bila-bila.

Saturday 22 October 2011

masih jelas.


beralih musim ke musim
hati tetap serupa
tiada yang berubah
dari hari dikau pergi
dikau pergi

penjara
hidup ini penjara
tanpa ada simpati
kepada sang kekasih
yang dilanda
yang dilanda kehilangan


masih jelas setiap garisan halus
bila senyuman kau ukirkan untukku
masih jelas setiap lekuk penjuru
menghiasi wajahmu
waktu kau renung aku

ratib sendu
bergetar dalam kalbu
hingga menitis linang
dari kelopak mata
keranamu, keranaku dipisahkan

sudah suratan
takdir begini
segalanya sementara
selagi hayat ku masih ada
kau bertakhta di hatiku