mari kita fikirkan sama-sama...
kerana sayang;
si ayah sanggup memerah keringat,
keluar subuh, pulangnya maghrib,
mencari rezeki,
buat anak dan isteri...
kerana sayang;
si ibu sanggup mengendong perut,
sembilan bulan lamanya,
nyawa bagai telur di hujung tanduk,
melahirkan zuriat...
kerana sayang;
si kekasih berusaha,
walaupun lamanya terseksa,
untuk membaiki hubungan,
kekalkan jadi lebih baik...
kerana sayang;
kawan sanggup berkorban,
dari timur pergi ke utara,
semata-mata memberi semangat,
buat kawan dalam kesakitan...
kerana sayang;
semua boleh jadi...
p/s: kalau sayang itu membawa kita menjadi lebih baik, baguslah..
andainya sayang itu buat kau jadi buta, bodoh;
aaargghh!!
sudahlah, aku malas nak mencarut apa-apa...
kau ada akal, fikir!
9 comments:
bru lpas solat.. membaca entry.. subhanaAllah... sabar2..k? sbb tu.. sygkn org.. biala krn Allah.. if sblm ni x.. then.. skrg ni kenala sygkn Allah... insyaAllah.. hati jd lbih tenang..sabar ye dinding.. (macam cakap dengan dinding..best2)
sayang juga boleh menjadi pencetus kepada kebencian
famjad89: memang sayang kerana Allah, tapi di sini aku tekankan context luasnya kasih sayang...kasih sayang will generate power for you to move on, doing everything for your lover
duniakuAbstrak: aku setuju!
btol2.. tapi lover kite sape? ak prnah kecewa krn kekasih...so..akn nchatkn ko xyhla kerana sayangkn kekasih.. cintakan Allah..pasti ko xkecewa... hehe.. doing everything 4 ur lover tak guna gak..if dy xhrgai.. so..move on bukan dgn power of love manusia.. dptkn cinta Allah.. nanti Allah bg yg trbaek...
konsep syg begitu luas skopnya..smua itu pilihan manusia, tiada siapa yg memaksa..seperti apa yg dikatakn..kita mempunyai akal, fikirlah, jgn kerana terlalu ikutkn nafsu hati mula berkocak..apa2 pun cuba kembali kpd Yang Maha Esa.. =)
lya89na: yeah, terima kasih...
famjad89: aku cakap kasih sayang akan generate untuk kita move on, tapi semunya berteraskan keimanan pada Allah S.w.t...aku tak cakap move on kerana kasih sayang dari manusia...
kerana sayang. arghh!
hee
luna: kerna kamu, ku lepaskan dirimu...
arghhh!!!tersampuk FT pulak...
Alhamdulillah.. baguslah.. semoga ko sntiasa dlm keadaan zikrullah dan zikrulmaut.. ak doakan smoga ko sntiasa dpt rahmatNya dan diredhaiNya.. bertuah mak abah ko..
Post a Comment