aku tengok seorang demi seorang...
CUPP!!!
bukan aku usha awek cun, ataupun mamat-mamat stylo, tapi aku perhatikan karenah mereka...
bukan setakat karenah, aku tengok jugak apa diorang buat dalam kehidupan...
rokok...
ada yang pakai baju semartt giler, muka handsome, tapi merokok, lepas tu, puntung rokok tu kau buang je kat atas lantai kaki lima... dah sedia banyak-banyak tong sampah tu, apa guna??? jadikan tempat buangan otak kau tu aje lah kan??? dah itu pun tak boleh fikir...
ikukan hati aku, mahu je aku sumbat rokok macam ni dekat orang yang buang puntung rokok rata-rata tu...biar tersumbat otak tu dengan asap...dah ada akal tapi tak nak guna...huh!
tempat parking...
dah hujung minggu, ramailah yang pasang niat nak pergi beli barang dapur sikit sebanyak kan... kalau kat shopping complex tu, faham-faham ajelah, nak cari parking tu, berjanggut lamanya... dah 4-5 kali round baru la jumpa, tapi, ini bikin PANAS!!! sebab apa?? sebab 2 box parking tu, memuatkan 1 kereta sahaja...park kereta over the limit dari box kau, sampai masuk box sebelah...deii!! kau tak ada akalkah, atau akal kau setaraf dengan taya kereta kau yang parking sebegitu rupa?? menyusahkan orang lain tahu tak??
kalau aku jumpa lagi yang parking 1 kereta tapi guna 2 box, aku nak spray lambang macam dalam gambar tu...nak tunjukkan dia betul-betul serupa dengan lambang tu...sebab tu cara parking pelik...
nak cari parking, dah 1 hal...bila dah jumpa kosong, ada pulak troli tersadai dekat tempat parking tu...tak ke menysahkan...kalau ada banyak lagi parking lain takpe lah jugak...kalau dah terdesak sangat, terpaksa la turun alihkan troli, baru parking kereta...cuba kau jadi kereta-kereta kat belakang yang tengah queue tu...agak-agak hati mendidih tak?? siap menyumpah kot... "eh, apehal yang pergi turun tolak troli tu dulu, nak parking, parking ajelah...lembap macam sipot betol laa!!!" ok, kalau kau tak nak jadi mangsa queue lama-lama macam tu, adakan sikit kesedaran sivik, lepas kau dah puas shopping, dan nak balik, sila letakkan troli di tempat yang sepatutnya...jangan kau pun jadi mangkuk tingkat macam mamat ke minah yang tinggal troli kat tempat parking kereta tu...
tengok...tu lah yang aku maksudkan...
senang cakap, ada akal tu, fikirlah...kita bukan binatang yang ada otak, tapi tak dikurniakan akal...
dah fikir, aplikasikan, jangan biar otak kau tersumbat...
5 comments:
nice one..
blogger baru?
bila aku lihat gmbr profail kau, aku terfikir, kau suka nuklear atau benci nuklear?
platipus: aku cuma memerhati sebelum ni...=)
dakwat basah: aku nak jadi mcm nuklear, ada masa aku boleh menyumbangkan sesuatu utk kebaikan, tp jgn sampai aku jadi kesan buruk dlm hidup...=P
manusia tanpa adab sopan dan keprihatinan begitu lah jadinya
duniaku abstrak: semoga kita tak menjadi begitu...tegur dan jangan ulangi benda yang sama...kalau tegur, tapi ulang, itu bebal namanya...
Post a Comment