Saturday, 30 April 2011

suatu petang

dari berdiri
aku duduk
lalu berbaring. tangan letak di dahi
akal berfikir
apa nak jadi dengan aku
orang, beruang ataupun orang berwang
kata seseorang
"muka lawa pun tak guna, kalau otak tak berfikir"
katanya lagi
"bila suruh belajar, kau main; bila cakap bodoh, kau sedih"
aku diam
berdesing telinga aku saat itu
kupejamkan mata
ada air hangat mengalir
ah!
apa perlunya aku menangis
itu kenyataan
harus bersyukur
Maha Esa hadirkan seseorang
untuk sedarkan aku
yang masih di ambang selesa
syukur padamu Ya Allah
amaranMU ini menyentak rentak jantungku

p/s: ini peringatan untuk aku

oh!

aku dah mula addicted...
ZineSatuMalam macam dadah untuk aku...
masih dalam mood teruja...
sebab karya terpilih kali ni...
hehehehe...
sampai update banyak-banyak entri sekali gus...
apakah??
sebab lepas ni tak berpeluang dah...

aku perasan, bila aku banyak membaca;
terutama karya dalam ZineSatuMalam,
penulisan aku di blog ditegur kerana kasar...
apakah?
kenapa aku baca zine, ayat lagi fuhhh!! dari aku...
oh...
harap aku dapat maklum balas mengenai penulisan aku...
terima kasih, teman

fikir, 3

kau!!
mak, abah hantar kau jauh-jauh...
suruh kau belajar....
tapi,
apa kau buat??!
jawablah!!!

kelas kau ponteng,
alasannya sakit...
padahal mabuk bercinta,
keluar berdating!!!
duit poket pun mak, abah bagi,
ada hati nak tanggung hidup kekasih...
ada niat nak beli ini, beli itu,
konon nak tunjukkan rasa sayang...
boleh jalanlah!!!

kalau kau balik ke kampung halaman,
ingat nak menjenguk tanya khabar...
rupanya bawak berita 'ini rezeki, mak, abah'
rezeki hotak kau!!
bila perut kau memboyot,
jantan mana kembungkan kau?

kau sedar tak?!
kau hancurkan hati mak...
kau pijak-pijak maruah abah...
celaka lah kau!
bukan setakat arang kau conteng,
tapi,
tahi kau palitkan!!

 p/s: ambil buat pengajaran,
abaikan penggunaan bahasa kasar aku...
maaf

aku sayang kau

kau tahu tak?
aku sayang kau
kau tahu tak?
aku selalu fikir
apa kau suka dengan aku?
maksud aku;
perangai
diri aku
perbuatan aku
apa kau benci dengan aku?
mungkin
aku buat kau kecil hati
aku pernah marahkan kau
aku guris perasaan kau
maafkan aku
andai aku
tak mampu jadi yang terbaik
tapi bagi aku
kau serba-serbi terbaik
kerana
kau cermin aku
kau pantulkan salah aku
supaya aku baiki diri
menjadi lebih baik
terima kasih TEMAN
aku sayang kau
kerana kau TEMAN, SAHABAT, KAWAN

p/s: aku rindukan teman-teman aku...
yang mengajar aku erti kehidupan...

saya nak join bloglist aziluzdanhidupnya

benda pertama yang saya terpandang bila buka blog aziluz ialah wow!!! sungguh berani dan misteri, aku berani untuk join dia jadi gila 
dan
pada pendapat saya aziluz ialah seorang perempuan

kalau kau nak join bloglist aziluzdanhidupnya boleh klik sini

Friday, 29 April 2011

tiada lagi

tak akan menitis air mata tanpa sebab; dua sahaja sebab antara sedih atau gembira

sia-sia sudah
kita jalin cinta
bila hati selalu berbeda
sampai kapan lagi
ku harus menahan
rasa kecewa di dalam dada
seandainya kita
masih bersatu
tak mungkin kan menyatu
walau masih ada sisa cinta
biarkan saja
berakhir sampai di sini
tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa dirimu

 lebih baik sendiri, dari terluka... [kau ingat senang ke nak jaga hati orang lain]

tiada lagi
kata cintaku
takkan lagi ku bersamamu
biar ku simpan semua
kenanganku bersamamu
sampai kapan lagi
ku harus menahan
rasa kecewa di dalam dada
seandainya kita masih bersatu
tak mungkin kan menyatu
walau masih ada sisa cinta
biarkan saja berakhir sampai di sini
tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa dirimu
tiada lagi kata cintaku
takkan lagi ku bersamamu
biar ku simpan semua
kenanganku bersamamu
tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa dirimu
tiada lagi kata cintaku
takkan lagi ku bersamamu
biar ku simpan semua
kenanganku bersamamu

 sendirian, tapi bebas melayani kehendak hati tanpa merunsingkan akal fikiran...

p/s: akal berfikir, hati merasa...
biar masa menentukan,
andai itu suratan takdir,
belajar menerima rencana ILAHI...

Thursday, 28 April 2011

kami blogger utagha

sejak dah dedahkan identiti..
baru lah boleh aku nak join apa-apa yang blogger anjurkan...
support baek punya untuk cik gadis kampung separa bandar...
beliau membuat usaha menyatukan blogger dari utara...
tengok sini

cek mai dari perlis [baca: peghelih]
tapi cek study dekat terengganu [baca: ganu]
jauh kan?
eh, nak tulis apa lagi?
kurang idea la...
panggil fatin je...
cukuplah, kan?