Sunday, 13 November 2011

kasih sayang.

kenapa menangis untuk benda yang sedih dan terluka. sedangkan ramai yang menyayangi. Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan rasa itu olehMu, yang menyedarkan aku tentang kasih sayang melimpah-ruah di segenap denyut nadi aku. yang selama ini tak pernah aku ambil pusing. terima kasih Ya Allah, untuk rasa sakit yang membuka pandanganku.
 
 keluarga tak pernah lekang dari sisi. keluarga tak pernah menyalahakan. keluarga sentiasa menghiburkan.

pada seorang insan, yang mengajar aku tentang kehidupan, terima kasih kerana tak pernah berhenti menyayangi aku. hanya Tuhan mampu membalas segala kebaikanmu. Allah hadirkan rasa sakit itu, supaya terbuka mataku untuk menilai kesakitan, penderitaan yang kau lalui. sesungguhnya, kau memang tabah. Allah hadirkan kau padaku, sesungguhnya itu anugerah paling bernilai yang selama ini aku tak pernah hargai.
abah, mama, angah, adik

4 comments:

Titisan Hujan said...

tiada yg lebih berharga melainkan saat2 bersama keluarga

dindingkosong said...

titisan hujan: benar, kawan.

Abg Stalker said...

kesakitan itu penghapus dosa.x kesah la sakit yg nmpk dgn mata kasar atau x. :)

dindingkosong said...

abg stalker: mudah2an dosaku diampunkan..