Sunday 1 May 2011

di awal pagi

bila rentak jantungku tersentak
haemoglobin mengalir deras
membawa bekalan oksigen
nafasku tercungap
aku bangkit. duduk di birai katil
mata tembus ke jendela yang terkuak
ahh!
indahnya nikmat ciptaan Tuhan
terbentang luas lautan
entah apa khazanah dalam isi perutmu, lautan
tak pernah aku terokai
huh!
inilah akibat malas berfikir
ku letupkan jari-jemari
menggumam bibir
seraya di hati terlintas
"akan ku buktikan pada seseorang itu"
yang kata-katanya 
bukan pisang goreng;
kurang sedapnya bila sejuk
tapi ibarat sambal belacan;
walau berair mata, berasap telinga
masih sedap, masih dicari
kerana apa?
kerana kata-katanya menyeru bangkitnya
semangat yang lena dalam diriku

p/s: kebangkitan semangat untuk maju...terima kasih teman

4 comments:

Niya Adriane said...

kuatkan semangat babe!

famjad89 said...

good luck and all the best.. be the best among the best to get the best and leave the rest..

Duniakuabstrak said...

kemudian secara tiba-tiba datanglah seekor beruang lalu menggigit lalu membaham, maka tamatlah riwayat kesan degil

pagi-pagi dah sedih..lempang nak?

dindingkosong said...

cik qaseh: ya!tengah usaha
famjad89: thanx again
duniakuAbstrak: argh!apakah?aku tak sedih, kau patut bangga aku bangun melwan si degil itu...hehehehe