Tuesday, 5 February 2013

bosan.

Argh!
Guling kiri, guling kanan.
Bosan.
Terlantang semula, pandang siling.
Bosan.
Toleh kanan. Nampak gunting. Capai.
Chap! Chap! Chap!
Buka gunting, tutup gunting.
Macam seronok.
Baiklah, 1, 2, 3 mula!
Gunting kuku.
Eh, tak berapa nak jalan.
Gunting jari.
Haaa. Ini baru betul.
Wow! Seronok. Hilang bosan.
Darah merah terpancut. Macam air terjun lah.
Selesai jari telunjuk.
Semakin ghairah rasanya.
Jari hantu, jari manis, jari kelingking.
Kembali ke ibu jari.
Besar sedikit. Banyak daya diperlukan.
Chap! Chap! Chap!
Habis selesai kelima-lima jari.
Oh, nampaknya sebelah kiri sahaja selesai.
Kanan sudah tak boleh digunting.
Bagaimana mahu mengaplikasikan mesin ringkas 2 bilah tajam ini.
Jemari comel di tangan kiri sudah habis.
Habis dicantas kerana bosan.
Ya, kerana bosan.

1 comment:

Unknown said...

Pun sedang bosan, ni. :D