Allahuakbar!
Allah.
Allah.
Bukan.
Bukan aku mengeluh.
Mulut menzahirkan kerinduan.
Rindu pada Sang Pencipta alam semesta.
Bilakah?
Bagaimanakah?
Di manakah?
Siapakah?
Apakah?
Bilakah,
Saatnya ajalku datang menjemput?
Bagaimanakah,
Izrail datang menyapaku?
Di manakah,
Roh dan jasad bakal terpisah?
Siapakah,
Mendoakan kesejahteraanku di alam sana?
Apakah,
Cukup bekal amalan yang akan dibawa?
Maka,
Beransurlah kaki menapak pulang.
Menyucikan diri.
Menghadap Yang Maha Esa.
Panggilan ke-4 untuk hari ini.
Kerana.
Masih belum pasti.
Masih belum terjawab.
Adakah sempat untuk aku.
Menajawab panggilan ke-5.
P/S: Kerana kehidupan bermula dengan azan/iqamah, dan tamat dengan solat (2 rakaat tanpa rukuk mahupun sujud). Bukankah singkat waktu antara azan, iqamah dan solat?
No comments:
Post a Comment