Tuesday 21 June 2011

.selamat hari abah


Aku dah makan pelempang abah,
merah pipi aku yang gebu,
tunggu masa untuk gigi berterabur,
sebab tinggikan suara bila bercakap dengan orang tua.

Aku dah kena libas dengan getah paip abah,
peha aku macam disiat kulit,
pedih yang amat,
sebab balik lepas Maghrib.

Aku dah kebal dengan rotan abah,
berbalur belakang badan,
kulit dah lali dengan minyak gamat,
bila liat nak bangun Subuh.

Aku dah kena panah dengan jelingan abah,
tak lupa juga dengan suara abah bak guruh berdentum,
bila malas buat kerja rumah.

Abah seret aku keluar rumah,
macam orang kena rasuk,
tak peduli rintihan dan jeritan aku,
bila tahu aku bercinta.

Dah berbakul-bakul abah kutuk aku,
Ini masin, itu tawar,
bila aku masak tak sedap.

Dulu aku fikir,

Mengapakah?
Kenapakah?
Apakah?
Aku ini anak buangan kah?
Aku ini mangsa dera kah?
Abah tak sayangkan aku kah?

Kah kah kah…

Kini aku ketawa berdekah-dekah,
Kalau dulu tak kena belasah sampai macam tu,
Tidaklah abah bangga dengan diri aku sekarang.

Abah boleh senyum.

Anak daranya jadi orang,
Bukan lalang, sawang mahupun beruang.

p/s: along sayang abah sampai bila-bila

3 comments:

famjad89 said...

love it very much.. haha.. teringat ayah..

budak kecik said...

masa tu kita masih boleh dibentuk. sbb tu abes semua bntuk keganasan dh rasa. haha

tp kalu skrg baru nk pukul, mmg sadis la sbb skrg ni kita dh jd besi yg susah utk dibntuk lg. kan?

dindingkosong said...

famjad: nanti akan post zine baru..

budak kecik: ya betul, sekurang-kurangnya dari situ, aku belajar menghargai kedukaan masa ini, kerana aku percaya akan ada manisnya dalam masa akan datang...