Sunday, 19 June 2011

ku nantikan KARMA

detik-detik ku lalui kini
gelap dan sunyi sepi
meraba-raba aku di sisi
tergapai-gapai, tercari-cari

ku sedar siapa aku
sekadar angin lalu
yang tiba tak diseru
yang pergi kerna tak perlu

aku bukan sempurna
tentang itu aku tak buta
aku tahu dan tak alpa
masih waras tak menambah dosa

jangan cakap belakang
jangan kutuk belakang
kalau berani, cakap bertentang
jangan hanya duduk bersidang

kau, aku hormatkan
hanya kerana umur bukan pada perbuatan
bukan juga pada pengalaman
kerana kau mulut manis muka macam cipan

pelik dan jelik
semuanya tunggang terbalik
ya, aku bodoh kau cerdik
cerdik, cerdik dan cerdik

oh, cerdik rupanya
kalau cerdik, begitu hubungan kau dengan manusia?
bukan nak tegur salahnya, tapi kau mengata
berbakul-bakul kau tambah dosa

p/s: jangan ingat kita boleh bahagia atas penderitaan orang lain.
aku cukup takut dengan perkataan KARMA.
apa yang kita buat pada orang, mampu berbalik pada diri sendiri, cuma tak tahu bila dan bagaimana. sedarlah, ingatlah, hidup kita tak akan selalu selesa dan berada di atas.
setiap hambaNYA akan diuji pelbagai cara.

4 comments:

famjad89 said...

yup... dalam quran atau hadis pun ada sebut.. sesape yg brbuat kebaikan kerna Allah.. Allah akan menambah kbaikan dlkm dirinya.. insyaAllah

yusuf mujahidin ™ said...

doakan yg sebelah sana tu bertaubat dan diampunkn dosanya..

blajar utk memaafkan. hati akan lebih tenang. insyaAllah.

sebab tugas menghukum tu kerja Allah

raihanmaskuriy said...

erm. aku tak tahu apa yang berlaku. tapi, aku takut untuk mengeji jelik nya orang. sebab ia membuatkan aku nampak jelik nya aku pada cermin aku sendiri. karma? it reflects us back kan? huhu

dindingkosong said...

famjad, yusuf, serenity:
aku belajar utk redha, menerima dan memaafkan, tapi itu sukar dan aku perlukan masa. tapi bukan bermaksud utk tak nak memaafkan, aku cuba, mmg sekarang aku cakap aku dah maafkan, tapi hati masih ada rasa jahat, itu yang aku cuba usirkan. bukan niat di hati utk menghukum manusia lain, cuma utk sedapkan hati sendiri yang hidup punya karma. terima kasih atas nasihat kalian, aku cuba utk berubah, lebih ikhlas dalam kehidupan.