Monday, 20 June 2011

.sedar silap di mana

mak pesan;
biar muka tak lawa,
tapi ada ilmu rumah tangga,
memasak, mengemas,
bukan rumah tunggang terbalik,
mengalahkan tongkang pecah,
seteruk sarang tikus.

abah pesan;
biar muka tak lawa,
tapi ada budi bahasa,
muka senyum selalu,
hormatkan orang tua,
bukan sombong,
tarik muka empat belas.

mak pesan;
duduk tempat orang,
pandai-pandai bawa diri,
berkawan dengan semua,
jangan memilih pangkat, darjat.

abah pesan;
berkawan tu boleh,
bercinta pun boleh,
cuma jangan di tempat gelap,
jangan di lorong sunyi.

aku ambil semuanya;
nasihat mak,
nasihat abah.
aku berkawan dengan semua,
duduk lepak-lepak,
minum di kedai,
lampu jalan, lampu kedai,
ada di kiri kanan,

apa yang aku beringat;
biar muka tak lawa,
pandai jaga maruah,
maruah diri, maruah keluarga.

apa yang aku beringat;
biar orang kutuk,
janji Tuhan tahu,
yang aku betul-betul tak buat.
biar orang kata,
aku tetap tutup mulut.
aku tetap aku,
dengan cara aku,
tapi aku masih sedar batas-batasnya.

apa yang aku sedar dan faham;
biar orang mengata,
jangan kita tumpang semangkuk,
fikir dulu sebelum cakap,
kalau benar kita salah,
apa orang kata jadikan pedoman,
kalau kita pihak yang benar,
diamkan,
manusia letih,
mulutnya diam sendiri,
kerana;
tak semuanya kita betul,
tak semuanya kita benar,
kita tak sempurna,
tapi belajarlah menjadi lebih baik.


p/s: kehidupan yang menekan sekrang memaksa aku lebih banyak berfikir untuk menjaga hati manusia di sekeling, walaupun hati sendiri luka berdarah. kerana aku sedar aku bukan sempurna. kerana aku fikir, berdosanya aku melukakan hati orang lain tanpa sedar. buat manusia di sebelah sana, aku doakan kau punya sahabat jauh lebih baik dari aku, kerana aku ini hanya menyusahkan kalian.

5 comments:

famjad89 said...

igt pesan mama..igt pesan abah..
igt pesan nabi..igt pesan Allah...
pesankan pada diri...
segalanya ujian Ilahi..

keluh kesah jadi keringat..
badan letih otak penat..
jangan fikir masalah sangat...
nanti badan turun berat...

gelak tawa penawar duka...
banyakkan senyum kesatkan mata...
jangan sedih jom bergembira...
kerna Allah bersama kita..

insyaAllah...

dindingkosong said...

famjad: perli ni bab turun2 berat..tapi serius, bila berbaring pun dah terasa tulang rusuk aku kat lantai..gila hebat penangan kawan kan?

Unknown said...

kdg2 diri terluka lebih baik kn dri melukakan.

bykkan bsabar.Allah sygkn kamu la tu.tu yg diuji begini

.drakula. said...

ujian yang selalu kembali bila kita tiada bersedia....

yusuf mujahidin ™ said...

hidup ini walau tk selalunya indah namun ianya utk dinikmati

:)