Satu, kasih nan abadi
Tiada tandingi
Dia yang yang satu
Dua, sayang berpanjangan
Membawa ke syurga
Kasihnya ibu
Tiga, lapar dan dahaga
Rela berpayahan
Setianya ayah
Ada air hangat mengalir di pipinya. Matanya dipejamkan. Saat mata terbuka kembali, cahaya putih menerjah masuk menembusi kornea. Ah!! Silau. Bila semuanya pulih, dirinya seolah-olah sedang menyaksikan tayangan filem hitam putih. Hanya ada dua warna itu di skrin.
Mak masuk ke biliknya. Memanggil namanya berkali-kali. Mengejutkan dia dari lena yang panjang. Namun, dia tetap kaku. Tidak bergerak. Mak berlalu pergi. 3 saat kemudian, mak muncul kembali dengan rotan di tangan.
“PIAP!!”
“Aduhhhhh, maaakkk. Sakitttt.”
Barulah kelopak matanya yang bagai dilekatkan dengan gam UHU terbuka luas. Bola matanya sudah nak tersembul keluar. Mak hanya menghantar kata-kata melalui isyarat mata, “solat subuh”. Oh, terima kasih mak, kalau tak, pasti subuh gajah [solat subuh sekitar jam tujuh] nanti. Paling teruk, mungkin subuh dinasour [terlepas terus solat subuh, sebab dinasour kan dah pupus].
Itu mak.
Saat drama di televisyen sampai ke puncak klimaks, tiba-tiba skrin yang berwarna-warni tadi bertukar menjadi hitam pekat. Gelap. Bisu tanpa bunyi.
“Apakah? Blackout? Atau aku buta, pekak secara tiba-tiba?” bisik hatinya.
Abah menghampiri.
“Dah baca buku?” dia geleng kepala.
“Dah siapkan kerja sekolah?” die menggeleng lagi. Kali ini lebih laju. Laju mengalahkan kipas siling di ruang tamu itu.
Lalu, azan zohor berkumandang. Abah berlalu pergi. Ke suraulah gamaknya. Dia terus melayani nafsu yang membuak-buak untuk mengetahui pengakhiran drama yang ditontonnya tadi. Tidak sampai setengah jam,
“PIAP!!” satu lagi libasan pada betisnya untuk hari itu. Kali ini libasan getah paip pula.
“Solat zohor pun belum, asyik tengok drama. Suruh belajar pun tak bergerak-gerak lagi. Apa nak jadi dengan kau?”
Dia menggosok-gosok betisnya yang pedih. Sudah berbirat akibat libasan getah paip.
“Nak abah ambil penukul ke? Sekali ketuk, sekali jalan?”
Itu abah.
Oh, jauh sudah fikirannnya melayang. Kembali ke zaman perubahan hormonnya, sepuluh tahun dulu. Dia bangun, lalu berwudhuk. Telekung putih pemberian mak disarungkan. Solat fardhu 3 rakaat ditunaikannya. Usai mengaminkan doa, dia sekali lagi memanjatkan kesyukuran padaNYA, kerana dididik dengan sempurna oleh mak, abah. Kalau bukan kerana libasan rotan mak dan paip getah abah, sudah pasti dia tersasar jauh dari landasan. Kalau bukan kerana mak, abah, mungkin dia di jalan hitam, umpama bohsia: jangan pilih jalan hitam.
“Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan mak , abah kepadaku.”
“ Terima kasih mak, abah, didik orang jadi orang, bukan beruang”
p/s: ini bukan cerita sebenar. olahan dari pengalaman.
19 comments:
macam pernah baca tapi dimana ya?
KHRLHSYM: apakah? biar betul? ni panas lagi. lenguh tangan menulis pun tak hilang. baru je siap tak sampai setengah jam.
di facebook. kehkehkeh kat zine satu malam nama minah tu fatin scm post.kehkehkeh
KHRLHSYM: oh, plagiat la tu. huhu
saya punya private pm, pasal taknak bagi orang baca dulu. kehkehkeh
KHRLHSYM: apakah??tak aci...huhu...ok, tunggu esok pagi...
dinding , aku dah rasa kena dgn paip getah abah aku. saya syg mak abah saya:]
si hitam manis: manis kan pengalaman tu. lagi manis kalau kita berjaya sebab didikan mak abah.hehe
org dulu2 mendidik anak sgt berbeza dgn zaman sekarang...
zaman sekrang nak pujuk anak bg ipad, iphone, PS...tu yg anak kurang menjadi tu..kan?
haha..dlu kne lg trok..
'krn mrk kte jd manusia...
krn mrk kte berjya..
ksih mrk hingga ke syurga...
syg mrk merasa bhagia..
^_^
EqbalZack: a'ah, kenyataan tu. lain orang lain cara. tapi, memang terbukti cara dulu memang berkesan.
famjad89: ya. nak kongsi kisah kau kat dinding ni?
terbaik!! aku dulu kena dengan batang penyapu pun pernah.. macam2 lagi la.. sampai badan aku ada kesan luka macam pergi perang..tapi didikan dulu yang buat aku jadi apa yang aku ada sekarang..walaupun tak sehebat orang lain..tapi cukup untuk aku katakan aku dapat jadi insan yang baik di sisi Allah..
white zorro: alhamdulillah. lama kau tak datang jenguk sini.
tok sey wey.. kisah aku..hidup aku.. xmaw share2.. hehe.. walaupun sharing is caring..bia la..
jangan dibuka lembaran lama,
memori terpalit membawa nestapa,
hati sakit trbuka luka,
penawarnya hanya air mata...
apa yang parents dh bwt..ak igt n xsalahkn dyorg.. just xnk igt..pahit manis tu sbb lbih pahit dr manis..lebih cuka dari gula..
^_^ life starts now!! running towards the light.. Allah please help Me!!
kadang-kadang sesetengah anak salah faham bila mak ayah rotan dorang. kata tak sayang dorang la.tapi kita kena tengok dari sudut dorang juga kan. tu salah satu didikan supaya kita tak mudah sangat alpa dengan sesuati perkara yang boleh melalaikan kita.
cara didikan anak zaman sekarang dan dulu dah jauh berbeza.
saya pun sayang mak ayah saya =)
dulu kita selalu marah bila kena pukul.
tapi bila dah besar, baru kita rasa bersyukur kena pukul
rindu aku ker? buat entry banyak2..nanti aku komen okay? ha3
famjad89: ikut kau lah. aku cuma tanya. nak kongsi ke dengan reader lain. nanti kau asyik cakap "tahi yang kau dapat"
freesia: mak, abah nak didik kita, bukan dera kan? sebab tu hidup lagi sampai sekarang. hehe.
amare: manusia memang macam tu, kan?
white zorro: kau terlupa follow satu blog ni. aku dah tulis di shoutmix blog tu. carilah.
DK: sudahlah.. k? kau terasa ke aku bg frasa "tahi" tu? nak ak explen ke? xprlu kn? nnt ak post kt blog psal ni..k?
Post a Comment