Monday, 4 February 2013

itu normal.

mengapa diberi dua telinga?
supaya kau mendengar.

mengapa diberi dua mata?
supaya kau memerhati.

mengapa diberi akal?
supaya kau memikirkan.

mengapa diberi hati?
supaya kau berperasaan.

tapi,

memang kau mendengar,
hanya dengan sebelah telinga.

memang kau memerhati,
namun membutakan mata hati.

memang kau berfikir,
kau fikir kau betul semuanya.

memang kau merasa,
rasa angkuh penuh egois.

*sadarkah kau, mungkin sekarang gagah menggapai awan,
mana tahu suatu hari nanti merangkak sayu menyembah tanah.

Itu normal. Manusia masa kini.

Sunday, 3 February 2013

A picture worth a thousand words. #1



When a female is used to getting hurt, 

she won't know how it feels when a man starts to appreciate her, 

so, 

she ends up pushing him away.


Photo: When a female is used to getting hurt, she won't know how it feels when a man starts to appreciate her, so she ends up pushing him away.
Push & walk away. 

Saturday, 2 February 2013

Kata kau, Kata aku.

kata kau; aku yang melanggar janji.
kata kau; aku lupakan semuanya.
kata kau; tiada lagi sayang di hati kau.
kata kau; aku lah puncanya.

kata aku; bukan, itu semua olok-olok.
kata aku; masakan aku lupa, kau yang menduakan.
kata aku; siapa sebenarnya yang hilang sayang di hati?
kata aku; ya, selalunya aku puncanya.

kata kau; mengapa sebar propaganda?
kata aku; mengapa percaya fitnah?

kata kau; haruskah mengada-adakan cerita?
kata aku; itu rekaan, menutup hati yang lara.

kata kau; banyak lagi topik boleh diutarakan.
kata aku; apa yang kau cuba katakan?

kata kau; sesal. seumur hidup akan penuh penyesalan.
kata aku; sebelum bertindak, sebelum percaya, silakan bertanya.

kata kau; tak guna bertanya, jika sudah terbukti di depan mata.
kata aku; itulah, ego tinggi melangit. malu tak bertempat. "Malu bertanya, sesat jalan."

Kini, kau bukan sesat dalam perjalanan, tapi hidup penuh penyesalan. 
Perahu terlajak boleh diundur, tapi,
Terlajak menyunting, jika tak ditanam dan dibaja, layu akhirnya. 

Wednesday, 30 January 2013

Janji.

Janji.

Janggal rasanya.
Aku memegang kata-kata.
Namun, hanya tinggal kata-kata.
Jika kata-kata tak dikotakan.
Inilah dikatakan karma kehidupan.

Aku tetap di sini; dari kejauhan memandang.
Senyuman-senyuman nipis terukir di bibir.
Ya, sama-sama mengaminkan do'a.
Moga kalian terpatri kasih hingga syurga.
Oh, ya.
Aku turut mendoakan; ya, dari kejauhan.
Sambil tangan meraba-raba dada.
Parut luka merah kembali; berdarah.
Terpercik, memancut keluar dari tubuh.
Arghhh!
Jantungku meronta untuk melompat keluar.
Aku pegang erat-erat daging tubuhku.
Tidak!
Jantungku hanya satu.
Jantungku sayang;
Bukan dia pemilikmu, wahai sayang.
Dengar, jantungku sayang!
Dia yang membunuhmu suatu ketika dahulu.
Bukan itu sahaja, sayang.
Kau dirobek-robek, ditikam-tikam.
Jangan lupa sayang.
Kau hampir mati, hampir mati!

Diam-diam, sayang.
Diam-diam di dalam itu.
Jangan sayang, jangan melawan.
Aku tak ampuh menahan rontaanmu.
Boleh, sayang?
Temankan aku dalam kehidupan ini?

Tuesday, 28 August 2012

Jiwa Anis.

Malam tidak berpurnama;
Fajar tiada kejora.
Andai ku bercinta lagi
Suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya
Yang masih belum kau huni...

Di wajah Anis, tiada sebarang reaksi kala mendengar bait-bait lagu kumpulan Mojo ini. Senyuman? Kerutan? Sedih? Wajahnya tiada ekspresi. Padahal, lagu inilah yang diputarkannya saban hari. Kata orang, melalui lagu, dapat kita cungkil apa perasaan di hati. Kenapa Anis pilih lagu ini? Kecewa bercinta? Setahu Ija, Anis tak pernah ada kekasih. Kawan lelaki Anis semuanya Ija kenal. Memanglah sejak kebelakangan ini Anis jadi diam. Ija pernah tanya, tetapi kata Anis, dia sedikit letih sebab baru mula bekerja. Jawapan tu memang logik. Baru mula menapak di kota metropolitan ini, memang tak mudah. Berkejar ke sana sini. Sesat memanjang.

'Hai. Saya Ejam. Boleh kenal?'
'Huh? Maaf. Tak kenal.'
'Sebab tu saya tanya, boleh kenal?'
'Err. Mana dapat nombor telefon saya ni?'
'Kawan awak bagi.'

SMS dua tiga patah, kemudian Anis senyap. Anis tenggelam dalam kesibukannya mencari pekerjaan setelah bergraduat. Nama Ejam langsung tak terlintas di fikirannya. Ejam pun menyepi, mungkin kecil hati salam perkenalannya tak berbalas.

"Anissss. Hai sayang. Aku dah dapat kerja, eksekutif bahagian Perkhidmatan Servis Pelanggan, kat bank. somewhere in KL."
"Hah! Tak menyempat nak bagi salam naaaa. Assalamualaikum Cik Hafiza ku sayang. Tahniah. Alhamdulillah, rezeki kau dah sampai."
"Hahaha. Ok. Ok. Wa'alaikumsalam. Teruja sangat nak kongsi dengan kau. Hehe."
"Aku belum dapat berita lagi. Temuduga banyak lah yang aku dapat. Apa lagi, lepas ni aku boleh pawww kawan aku ni la. Hehe."
"No probs. Datang KL, kita hang out sama-sama, ok?"

'Ijaaaaaaaaa, hehe, aku dapat kerja kat KL, dekat area kau jugak. Aku stay dengan kau boleh?'
'Anissssssss, datanglah, duduk sebilik dengan aku. Yeay!! Boleh nak manja-manja macam dulu. Kekeke'
'Orait, I'll be in KL the day after tomorrow. Amek aku, boleh?'
'Of course aku pegi amek kau. Don't worry babes. Yeahhh, besties time, here we goooo!'

Bermulalah kehidupan Anis di kota kesibukan ini. Manusia berpusu-pusu mencari rezeki. Dari rumah sewa Anis dan Ija, perlukan 15 minit menaiki tren. Seperti biasa, Anis keluar bekerja 40 minit awal bagi mengelak kesibukan. Sambil menunggu ketibaan tre, Anis menyemak SMS yang tidak dibalasnya semalam. Tiba-tiba mata Anis tertancap pada SMS Ejam, SMS 2 bulan lepas yang tidak dibalasnya. Pandangannya cuma kosong.

"Ah, lambat pulak tren hari ni." ngomel Anis seorang diri.

Lalu, tangannya bergerak membalas SMS Ejam. Buat mengisi masa. Lagipun, kasihan pula, SMS Ejam dibiarkan tak berbalas.

'Hai awak, maaf, saya sibuk sikit hari tu. Cari kerja. Ini sekarang bolehla nak bernafas sikit sebab dah dapat kerja. Maaf ya.'

Senyap. Tiada balasan.

"Ah, okey. Salah aku jugak. dah 2 bulan baru nak balas SMS dia."
"Ok, tren dah sampai. Mari mulakan perjalanan & pekerjaan dengan senyuman. Senyummmm Anissss, Bismillah...."

Kaki Anis melangkah masuk ke dalam tren, dan rutin hariannya berjalan seperti biasa.

'Anis, aku amek kau kat tempat kerja. Kita dinner kat luar hari ni. Ok?'
'Wow, kau nak belanja ke Ija? Dah dapat gaji eh? Hehe.'
'InsyaAllah, nanti aku story. Hehehehe =)'

SMS dari Ija, buat Anis rasa tak keruan menunggu jam 5.30 petang. Tamat sahaja masa bekerja, Anis menunaikan solat asar di surau pejabatnya dan turun ke lobi. Tiba-tiba, Anis menerima SMS.

"Sure Ija dah sampai ni."

Bergegas Anis menuju ke pintu utama bangunan, dan melihat Ija sudah menanti.

"Ok, kita makan kat seoul Garden hari ni. Aku belanja. Sebab aku baru dapat bonus. Hehehe. Lepas tu kita balik rumah parents aku boleh? Tidur sana. Esok weekend. Bolehhhhh takkkk sayangggg?"

"Fuuuuuu, bestnya. Ni aku makin sayang kau. Boleh je, Tapi kena singgah rumah, aku mana ada bawak baju spare."

"Mengada, baju kau ada lah kat rumah aku. Macam lah tak selalu balik rumah aku."

Sementara Ija memandu, Anis mengeluarkan handphonenya, lalu baru dia perasaan, tadi bukannya SMS daripada Ija, tetapi Ejam. Baru Anis ingat, dia ada menghantar SMS kepada Ejam pagi tadi.

'Tak pe Cik Anis. Saya faham. Awak sibuk. Tahniah, dah dapat kerja.'
'Anis je lah, tak payah nak cik-cik sangat. Saya dapat kerja kat KL ni.'
'Oh, jaga diri, ok. Faham-fahamlah KL tu.'
'Time kaseh, awak.'
'Sama-sama, sayang.'

"Oiii, apa senyum-senyum tu masa SMS. Boipren ka?"
"Amboiii. Tengah drive pon sempat lagi nak usha orang na. Mana ada boipren. Kawan ja."

Anis dan Ija bergurau sehingga terlupa pada SMS Ejam itu. Apatah lagi bila dah makan malam yang agak heaven bagi mereka berdua. Lagilah tak ingat pada dunia luar. Bila pulang ke rumah keluarga Ija, berbual sebentar dengan auntie dan uncle, terus mereka masuk tidur.


**********bersambung********

Thursday, 5 July 2012

#Edisi Mak Abah 3

Mak selalu menangis kan?
Bila anak mak bawa pulang buku rekod kemajuan.
Bila nama anak mak diumumkan di perhimpunan sekolah.
Bila nama anak mak terpampang di papan kenyataan.

Mak menangis kegembiraan lah.
Buku rekod kemajuan anak mak hijau semuanya.
Tiada langsung tanda merah.
Lagi untung bila anak mak antara top 5 dalam kelas.

Mak tersenyum bangga.
Di perhimpunan anak mak dipanggil ke hadapan.
Pelajar contoh, kata cikgu.
Keputusan cemerlang, dispilin bagus.

Pengorbanan mak berbayar.
Anak mak cemerlang dari semua segi.
Sopannya ada, berbudi pekerti.
Agama pun cantik.
Semoga anak mak jadi orang berguna.

Sekadar gambar hiasan

Pernah anak mak buat mak menangis bukan kegembiraan?
Mak menangis sedih.
Mak menangis kecewa.
Mak menangis malu.
Mak menangis tertekan.

Fikir-fikirkanlah.
Jika sebegitu mak menangis,
Pohonlah ampun maaf.
Mak mungkin terguris juga terluka.
Bila mana anak mak mungkin terkasar bahasa.
Mahupun sedikit degil ataupun keras kepala.
Mungkin juga harapan mak;
Yang tinggi menggunung itu,
Hancur berkecai.
Dek kerana anak mak tak mampu tunaikan.
Mak hanya nak tengok anak mak berjaya.
"Anak mak, mak bukan nak tumpang kejayaan anak mak.
Tapi jika anak mak berjaya, mak tahu, anak mak yang akan senang nanti."

Monday, 2 July 2012

#Edisi Mak Abah 2

Kalau kekasih merajuk,
Beria-ia kau pujuk,
SMS berlambak-lambak.

Kalau mak terasa hati,
Kau tak ada pun rasa simpati,
Kata kau, "dah berusia, sensitiviti memang tinggi."

Kalau kekasih ajak berjumpa,
Wangi-wangi, lawa-lawa kau hias muka,
Laju-laju kau terus menerpa.

Kalau mak rindu, suruh kau balik,
Jutaan alasan kau bagi, memang licik,
Janji je lebih, macam tin kosong kemik.

Kalau dah dapat gaji bulanan,
Kekasih kau bawa berjalan,
Ada tak kau fikirkan,
Duit gaji kau kirimkan,
Pada mak yang melahirkan.

Jangan lupa, jangan alpa,
Kekasih kau baru kenal sehari dua,
Tapi,
Mak kau yang melahirkan bersabung nyawa.

Jangan lalai, jangan leka,
Dengan janji kekasih yang direka-reka,
Sedangan bila mak berkata-kata,
Murkanya bikin kita anak derhaka,
Tapi kasihnya membawa ke syurga.


*Along sayang mama!