Janji.
Janggal rasanya.
Aku memegang kata-kata.
Namun, hanya tinggal kata-kata.
Jika kata-kata tak dikotakan.
Inilah dikatakan karma kehidupan.
Aku tetap di sini; dari kejauhan memandang.
Senyuman-senyuman nipis terukir di bibir.
Ya, sama-sama mengaminkan do'a.
Moga kalian terpatri kasih hingga syurga.
Oh, ya.
Aku turut mendoakan; ya, dari kejauhan.
Sambil tangan meraba-raba dada.
Parut luka merah kembali; berdarah.
Terpercik, memancut keluar dari tubuh.
Arghhh!
Jantungku meronta untuk melompat keluar.
Aku pegang erat-erat daging tubuhku.
Tidak!
Jantungku hanya satu.
Jantungku sayang;
Bukan dia pemilikmu, wahai sayang.
Dengar, jantungku sayang!
Dia yang membunuhmu suatu ketika dahulu.
Bukan itu sahaja, sayang.
Kau dirobek-robek, ditikam-tikam.
Jangan lupa sayang.
Kau hampir mati, hampir mati!
Diam-diam, sayang.
Diam-diam di dalam itu.
Jangan sayang, jangan melawan.
Aku tak ampuh menahan rontaanmu.
Boleh, sayang?
Temankan aku dalam kehidupan ini?
No comments:
Post a Comment