Bila anak mak bawa pulang buku rekod kemajuan.
Bila nama anak mak diumumkan di perhimpunan sekolah.
Bila nama anak mak terpampang di papan kenyataan.
Mak menangis kegembiraan lah.
Buku rekod kemajuan anak mak hijau semuanya.
Tiada langsung tanda merah.
Lagi untung bila anak mak antara top 5 dalam kelas.
Mak tersenyum bangga.
Di perhimpunan anak mak dipanggil ke hadapan.
Pelajar contoh, kata cikgu.
Keputusan cemerlang, dispilin bagus.
Pengorbanan mak berbayar.
Anak mak cemerlang dari semua segi.
Sopannya ada, berbudi pekerti.
Agama pun cantik.
Semoga anak mak jadi orang berguna.
Sekadar gambar hiasan |
Pernah anak mak buat mak menangis bukan kegembiraan?
Mak menangis sedih.
Mak menangis kecewa.
Mak menangis malu.
Mak menangis tertekan.
Fikir-fikirkanlah.
Jika sebegitu mak menangis,
Pohonlah ampun maaf.
Mak mungkin terguris juga terluka.
Bila mana anak mak mungkin terkasar bahasa.
Mahupun sedikit degil ataupun keras kepala.
Mungkin juga harapan mak;
Yang tinggi menggunung itu,
Hancur berkecai.
Dek kerana anak mak tak mampu tunaikan.
Mak hanya nak tengok anak mak berjaya.
"Anak mak, mak bukan nak tumpang kejayaan anak mak.
Tapi jika anak mak berjaya, mak tahu, anak mak yang akan senang nanti."
No comments:
Post a Comment