“Saya lakukan semua ini kerana awak. Saya sanggup berkorban apa sahaja. Saya tak mungkin boleh hidup kerana awak. Awaklah segala-galanya bagi saya.”
Ya, apa sahaja yang jejaka lakukan, semuanya kerana gadis. Tak kiralah apa pun.
‘Awak silap jejaka. Silap. Salah semua ini.’
Ayat-ayat itu sekadar terluah dalam hati gadis, tak mampu dilontar keluar. Kerana dia tahu, jejaka tak akan dapat menerimanya.
Manusia di sekeliling semuanya memuja jejaka. Mana tak nya, jejaka ibarat pemuda impian setiap wanita. Jejaka lah yang terbaik dari semua segi. Wanita lain memandang layanan jejaka pada gadis umpama puteri, membuatkan mereka terlalu cemburu.
Tetapi, dalam hati gadis, berperang seluruh rasa. Gembira? Sedih? Kecewa?
Mengapa perlu dia rasa begitu? Hah! Soalan yang bagus.
“Seorang anak lelaki tak boleh membelakangkan keluarga, terutama IBUnya hanya kerana seorang wanita bergelar kekasih.”
“Seorang hamba Allah tidak layak berniat melakukan sebarang pekerjaan kerana seorang wanita yang belum tentu jodohnya.”
“Seorang anak sulung tak bagus mendahulukan seorang wanita yang bukan muhrimnya lebih daripada adik-beradiknya sendiri.”
Seringkali gadis berfikir, termenung seorang diri. Apakah dirinya yang terbaik buat jejaka? Pasti tidak. Kerana jejaka sentiasa melebihkan dirinya berbanding keluarganya sendiri. Jika diri gadis itu bagis, pasti dia mampu untuk mendorong jejaka ke jalan yang lurus, ke jalan yang bagus. Sedangkan gadis dan jejaka tiada siapa tahu tentang takdir dan ketentuan Ilahi pada masa hadapan.
‘Inilah jalan terbaik. Berpisah. Andai ada jodoh, ada lah. Andai tidak, aku redha. Ibunya, ayahnya, adik-beradiknya lebih memerlukan dia, menuntut tanggungjawab darinya. Bukan aku, wanita yang bukan muhrimnya.’
Assalamualaikum, buat jejaka yang berada di kejauhan.
Telah aku berfikir dan beristikharah. Dan aku temui jawapan ini. Ya, memang kita berkasih-kasihan dan ingin menjadikan hubungan ini halal dengan hubungan pernikahan. Tetapi, aku tidak mahu kau menjadi anak derhaka pada ibumu, pada keluargamu. Sedangkan kita belum punya sebarang pertalian, kau sudah membelakangkan keluargamu, aku terfikir, andai kata kita sudah menikah, apa agaknya nasib keluargamu. Mana adil jika kau bersama mereka sewaktu susah, dan hanya bergembira dengan aku. Kalau sekarang pun kau melakukan sebarang pekerjaan kerana aku, di mana keredhaan Allah SWT dalam perhubungan ini. Fikirlah. Fikirlah. Ternyata aku bukan yang terbaik kerana tak mampu mengukuhkan hubunganmu dengan ibumu, sebaliknya merosakkan lagi. Aku menjadi parasit dalam hubungan keluargamu sendiri. Buat yang terakhir, ubahlah satu kesilapan dirimu iaitu lakukan segalanya kerana Allah, bukan kerana aku. Aku hanya hamba Allah SWT yang masih bergantung harap padaNYA, yang memerlukan rahmatNYA.
No comments:
Post a Comment