Tuesday, 21 June 2011

.selamat hari abah


Aku dah makan pelempang abah,
merah pipi aku yang gebu,
tunggu masa untuk gigi berterabur,
sebab tinggikan suara bila bercakap dengan orang tua.

Aku dah kena libas dengan getah paip abah,
peha aku macam disiat kulit,
pedih yang amat,
sebab balik lepas Maghrib.

Aku dah kebal dengan rotan abah,
berbalur belakang badan,
kulit dah lali dengan minyak gamat,
bila liat nak bangun Subuh.

Aku dah kena panah dengan jelingan abah,
tak lupa juga dengan suara abah bak guruh berdentum,
bila malas buat kerja rumah.

Abah seret aku keluar rumah,
macam orang kena rasuk,
tak peduli rintihan dan jeritan aku,
bila tahu aku bercinta.

Dah berbakul-bakul abah kutuk aku,
Ini masin, itu tawar,
bila aku masak tak sedap.

Dulu aku fikir,

Mengapakah?
Kenapakah?
Apakah?
Aku ini anak buangan kah?
Aku ini mangsa dera kah?
Abah tak sayangkan aku kah?

Kah kah kah…

Kini aku ketawa berdekah-dekah,
Kalau dulu tak kena belasah sampai macam tu,
Tidaklah abah bangga dengan diri aku sekarang.

Abah boleh senyum.

Anak daranya jadi orang,
Bukan lalang, sawang mahupun beruang.

p/s: along sayang abah sampai bila-bila

Monday, 20 June 2011

.sedar silap di mana

mak pesan;
biar muka tak lawa,
tapi ada ilmu rumah tangga,
memasak, mengemas,
bukan rumah tunggang terbalik,
mengalahkan tongkang pecah,
seteruk sarang tikus.

abah pesan;
biar muka tak lawa,
tapi ada budi bahasa,
muka senyum selalu,
hormatkan orang tua,
bukan sombong,
tarik muka empat belas.

mak pesan;
duduk tempat orang,
pandai-pandai bawa diri,
berkawan dengan semua,
jangan memilih pangkat, darjat.

abah pesan;
berkawan tu boleh,
bercinta pun boleh,
cuma jangan di tempat gelap,
jangan di lorong sunyi.

aku ambil semuanya;
nasihat mak,
nasihat abah.
aku berkawan dengan semua,
duduk lepak-lepak,
minum di kedai,
lampu jalan, lampu kedai,
ada di kiri kanan,

apa yang aku beringat;
biar muka tak lawa,
pandai jaga maruah,
maruah diri, maruah keluarga.

apa yang aku beringat;
biar orang kutuk,
janji Tuhan tahu,
yang aku betul-betul tak buat.
biar orang kata,
aku tetap tutup mulut.
aku tetap aku,
dengan cara aku,
tapi aku masih sedar batas-batasnya.

apa yang aku sedar dan faham;
biar orang mengata,
jangan kita tumpang semangkuk,
fikir dulu sebelum cakap,
kalau benar kita salah,
apa orang kata jadikan pedoman,
kalau kita pihak yang benar,
diamkan,
manusia letih,
mulutnya diam sendiri,
kerana;
tak semuanya kita betul,
tak semuanya kita benar,
kita tak sempurna,
tapi belajarlah menjadi lebih baik.


p/s: kehidupan yang menekan sekrang memaksa aku lebih banyak berfikir untuk menjaga hati manusia di sekeling, walaupun hati sendiri luka berdarah. kerana aku sedar aku bukan sempurna. kerana aku fikir, berdosanya aku melukakan hati orang lain tanpa sedar. buat manusia di sebelah sana, aku doakan kau punya sahabat jauh lebih baik dari aku, kerana aku ini hanya menyusahkan kalian.

Sunday, 19 June 2011

ku nantikan KARMA

detik-detik ku lalui kini
gelap dan sunyi sepi
meraba-raba aku di sisi
tergapai-gapai, tercari-cari

ku sedar siapa aku
sekadar angin lalu
yang tiba tak diseru
yang pergi kerna tak perlu

aku bukan sempurna
tentang itu aku tak buta
aku tahu dan tak alpa
masih waras tak menambah dosa

jangan cakap belakang
jangan kutuk belakang
kalau berani, cakap bertentang
jangan hanya duduk bersidang

kau, aku hormatkan
hanya kerana umur bukan pada perbuatan
bukan juga pada pengalaman
kerana kau mulut manis muka macam cipan

pelik dan jelik
semuanya tunggang terbalik
ya, aku bodoh kau cerdik
cerdik, cerdik dan cerdik

oh, cerdik rupanya
kalau cerdik, begitu hubungan kau dengan manusia?
bukan nak tegur salahnya, tapi kau mengata
berbakul-bakul kau tambah dosa

p/s: jangan ingat kita boleh bahagia atas penderitaan orang lain.
aku cukup takut dengan perkataan KARMA.
apa yang kita buat pada orang, mampu berbalik pada diri sendiri, cuma tak tahu bila dan bagaimana. sedarlah, ingatlah, hidup kita tak akan selalu selesa dan berada di atas.
setiap hambaNYA akan diuji pelbagai cara.

Saturday, 21 May 2011

.imperfection

you know why "shrek" is the best fairytale?
'coz in some fairytales the prince and princess are perfect..
but in SHREK,
it teach us that imperfect people can still have their own happy endings..
 dalam hati ada taman
ya. berbunga-bunga sekarang
cuma kau dan aku
tahu kisah ini
janji kita
ini janji kita kan?
kau dan aku. sampai tua begini
20112008

Wednesday, 18 May 2011

jiwa.

kosong.
jiwa aku kosong
mengertilah
bukan ini yang aku harapkan
aku pergi
pergi. membawa diri
mencari hilangnya jiwa. hilangnya rasa

nikmat CINTA dalam hati
ditarik kembali olehNYA
dek dosa-dosa yang menyelaputi hati
kian hitam
 
sedarkah kau
andai ini berlarutan
yang terseksa itu kau
lepaskan. segala yang kau genggam
izinkan. aku melangkah pergi
mengutip sisa-sisa kekuatan dalam diri
menapak kembali di titian keimanan

Ya Allah, ampuni hambaMu ini
aku tersasar dari landasanMu
Kau titipkanlah ketabahan
dalam hatiku. dalam diriku
sesungguhnya aku ini lalai
lalai. leka. alpa

p/s: jiwa keruan. jiwa kacau. ini entri tulus dari hati.

Tuesday, 17 May 2011

cekgu.


Berwajah garang, bercakap lantang
Sentiasa tenang, selalu menasihatkan
Yang cakap berkias
Yang cakap terus menusuk jantung
Itulah cikgu-cikgu
Ya
Cikgu yang mengajar
Tak kira ilmu di dunia
Mahupun hal selepas mati
Cikgu yang mengajar
Selok belok kehidupan
Hitam putih warna-warni
Cikgu
Terima kasih
Atas jasa cikgu mengajar
“selepas ibu bapa, cikgu yang perlu dihormati, dihargai.
sentiasa mendoakan cikgu.
tanpa cikgu, tidak kita berjaya hingga ke tahap ini.
kalau bukan kerana cikgu, tak mungkin ada seafarer”

p/s: lambat sehari. semalam seharian di ofis. sebab sebab apa tulis seafarer? sebab aku dalam industri itu.

Sunday, 15 May 2011

sebab along

"along, mak tak pernah berpeluang lalui zaman remaja macam along..."
"jadi, gunakan peluang ini sebaiknya.."
masa aku masuk matrik, mak abah aku hantarkan...
masa aku jejak kaki ke universiti, mak abah aku jugak yang hantarkan...
bukan aku tak pandai nak berdikari...
tapi, ini kata-kata mak;
"sebab along, mak tahu matrikulasi tu apa.."
"sebab along, mak merasa macam mana belajar di universiti.."
aku anak sulung..
jadinya, akulah yang menunaikan impian mak yang terbengkalai...
kenapa aku tulis begini?
ini sebabnya:
"mak tak tahu macam mana sebenarnya bidang along belajar.."
"sebab along, mak tahu port tu apa.."
"sebab along, mak sampai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.."
kini, aku melalui satu pengalaman..
yang amat bernilai..
harus aku tambahkan ilmu..
belajar, belajar dan terus belajar..
jangan selesa dengan kejayaan yang dimiliki hari ini

p/s: aku tengah praktikal di PTP..hari-hari mak telefon suruh kerja rajin-rajin, tapi jangan sampai  lupa solat...