Wednesday, 10 August 2011

rindu mak

di dalam sendu yang teramat
kulihat senja yang berlabuh
dan malam pun melepas layar
kaku aku di sni
bersama  harapan terbakar
siap di antara kita
yang dulu memula sengketa
pastinya diriku bagimu
yang engkau anggap punca
biarpun ketara engkau
yang mula
bukan sekali kau suarakan kebimbangan
pada cintaku
kau tak mampu bersendirian tanpaku
itu semua lembut lidah manis madah
penuh helah yang pastinya
aku adalah sandaran
bagai hilang semangat diri
keyakinanku terlebur kini
sesungguhnya
kau ku sanjung tinggi
bererti hanya kau di hati
sayangnya kejernihan cinta yang setia 
kau keruhkan warnanya


p/s: dulu karaoke lagu ni dengan mak kat laut...masa tolong mak jual satay...rindunya...sambil menjual, terpandang kerlipan lampu-lampu neon PTP...ada cerita, ada sejarah...ada sesuatu di situ...

Monday, 8 August 2011

bukan hubungan biasa

sebut pasal norkiah dalam Masam-masam Manis P. Ramlee;
teringat abah..
bila dibuai bayu laut dengan aroma satay dibakar;
rindu dekat mak..
terpandang gajet-gajet mahal, i Phone, Galaxy Tab;
terfikir yang pertama..
lalu sebelah MyVi putih;
zasss!! fikir yang kedua..
setiap kali nak makan otak-otak;
yang ketiga menjengah fikiran..
terdengar suara bayi menangis;
tersenyum ingatkan yang keempat dan si comel..
nak makan sambal udang;
kuat betul ingatan pada yang kelima, si kembar..
sebut pasal UPSR, kerja rumah;
teringat keletah yang keenam..
ajar mengeja dan membaca;
itulah si kecil yang ketujuh..
suatu hubungan lebih dari nama..
mengalir dalam darah merah pekat..
bersama jantung berdetak..
dengan hembusan nafas seirama..
silaturrahim atas nama Ar-Rahim..
anugerah tak ternilai dariNYA untukku..

p/s: sekarang cuaca di sana mendung dan hujan...alam seakan mengerti perasaan manusia di sana dan juga aku..mendung kelabu..rindu serindu rindunya..

Friday, 5 August 2011

coretan di tengah malam

redhakan apa yang terjadi
ku undur diri
kebumikan harapan
manusia di sana
bersama senyuman
cuma titis air mata menemani
moga kamu mengerti
ada yang lebih baik
bukan aku
yang jenis bersaing
bukan aku
yang jenis merampas
biar aku kalah
pada pandangan manusia
biar aku lemah pada pandangan dia
tapi, aku percaya pada takdir ILAHI
percaya pada diri sendiri

p/s: Ya Tuhan, berikan aku kekuatan untuk mengundur diri.


Thursday, 4 August 2011

merisik?

8 purnama
bermacam dugaan ditempuh
harus ambil jadi pengalaman
aku
kini sendiri
dengan lagu-lagu di radio
yang mengejek
hati
nak ku tolak
tapi tak mampu
nak ku terima
tiada kudrat
manusia di sana
mata penuh harapan
hati berbunga-bunga
nantikan jawapan
cuma
aku biar detik berlalu
aku biar masa menentukan
jawapan bukan dengan aku
ada pada Dia
aku pasti, Dia akan beri jawapan yang tepat
semoga aku tak terkilan
manusia di sana 
tidak aku hancurkan hati mereka

p/s: umur makin meningkat. tanggungjawab makin bertambah. persoalan makin banyak.

Tuesday, 2 August 2011

entahlah.

ceria..senyuman..
semuanya mati hari ini..
yang tinggal suram..
entah kenapa..
tersentap tangkai hati..
sungguh aku tak tipu..
tapi kenapa?
apa perlunya?
aku tak ingin lagi..
tak ingin sejarah dulu berulang..
orang kata,
'bebal seorang itu bila tak ambil iktibar dari sejarah lepas'
biarlah hari ini penuh emosi..
semoga esok warna-warni pelangi menghiasi..
cuma..
aku masih berfikir..
mencari jawapan..
kepada soalan..
kepada diri sendiri..
merenung ke hadapan..
dengan cahaya yang berbalam-balam..
apakah pengakhiran cerita..
siapa kalah, siapa menang..
tapi bukan niat aku untuk bersaing..
tak perlu..
kalau ya jawapannya, iyalah..
kalau tidak kawapannya, tidaklah..
umur makin bertambah..
akal tak perlu seperti keanak-anakan..
biar waras..
biar matang..

p/s: kadang-kadang aku tenggelam dalam emosi. melayan perasaan. tanpa peduli orang lain. seronok juga begitu. tapi, aku pasti ada yang terasa dengan kehilangan aku. maaf. hari ini agak mendung untuk aku.

pada ketika..

Pada ketika kuserahkan cinta
Pada mu yang bernama manusia
Halus mulus berkata bicara
Rendah hati lunak manja
Apa saja indah belaka
Kata bagai gula gula
Manis bermadu bersalut jenak
Gembira tidak terkata
Dalam hati cuma ada dia
Orang kata….pun peduli apa
Setiap detik setiap saat ingin bersua
Sehari tak jumpa sesaat tak lupa 
Pada ketika kuserahkan cinta
Pada mu yang bernama manusia
Tergoda aku kelunakan bicara
Dalam buaian yang bergelora

Tiba-tiba
Gelodakan bencara ujian melanda
Terguris duka di waktu senja
Bicaramu tidak lagi seiya sekata
Bertapak terguris duka destapa
Dihati tercalar, parut di dada
Begini teman tempat bicara
Masa itu baru ku kira
Siapa aku dan dia
Tersiat, terkoyak hati melara
Retetan syairnya adalah dusta
 
Lalu…
Ku tercari cari pada siapa
Harus kuukirkan cinta di alam maya
Yg sukar lagi utkku letakkan percaya
 
Pada ketika kuserahkan cinta
Kembali pada MU yang bernama Allah
Setelah kuharungi pelbagai dugaan masalah
Pagi sayu ku bentangkan sejadah
Malam bening dua tangan kutadah
Yang lama telah ku lupakan kalimah
Kerana cinta itu sebenarnya adalah
Hanya pada MU Ya Allah
Setia ENGKAU menunggu kata-kata madah
Dari ku yang telah lupa sejarah
Sejarah manusia yang memang hamba Allah
Kerdil, hina dan kena berserah
Tersentak lamunan minpi indah
Berduka, kecewa teramat parah
Sedangkan ENGKAU tetap tidak marah
Aku cuai kerana cintaku lalai pada wajah
Wajah-wajah dunia dalam warna warni indah
Dan aku kembali mengulangi syahadah
Ampuni aku ini Ya Allah
Yang telah tersilap meletakan cinta gah
Kononnya segalanya dialah
Akhir aku tersungkur di pintu pasrah
Dengan KEKASIH ABADI yang bernama ALLAH

……pada ketika kuserahkan cinta…..

Ya Allah….ku pohon ampunan MU pada hari-hariku yg indah cerah ….sebelum menuju alam baruMU… Barzakh …

p/s: diambil dari sini.. 

Monday, 1 August 2011

wahai hati

tabah. teguh. sabar.
wahai hati.
dugaan itu silih-berganti.
bukan ajar untuk mengalah.
tapi untuk bangkitkan semangat.
air mata.
jangan menitis lagi.
bukan masanya tunjukkan kelemahan.
biar guruh berdentum.
biar kilat sabung-menyabung.
pejamkan mata. tenangkan hati.
perjalanan masih jauh.
di hadapan, cahaya masih berbalam-balam.
pasti sinar akan memancar.
ya. bukan mudah.
tapi, sabarlah sayang.
sabar. sabar. sabar.
senyum biar manis.
jangan menangis.
jangan rebah.
jangan tumbang.
ikut resmi buluh.
liuk-lentuk mengikut angin.
ribut, walau taufan.
tak mudah patah buluh itu.
dengar ya, wahai hati.
ikut resmi buluh.

p/s: Salam Ramadhan Al-Mubarak. semoga perjalanan ibadah suci kita diberkati.