Tuesday, 28 August 2012

Jiwa Anis.

Malam tidak berpurnama;
Fajar tiada kejora.
Andai ku bercinta lagi
Suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya
Yang masih belum kau huni...

Di wajah Anis, tiada sebarang reaksi kala mendengar bait-bait lagu kumpulan Mojo ini. Senyuman? Kerutan? Sedih? Wajahnya tiada ekspresi. Padahal, lagu inilah yang diputarkannya saban hari. Kata orang, melalui lagu, dapat kita cungkil apa perasaan di hati. Kenapa Anis pilih lagu ini? Kecewa bercinta? Setahu Ija, Anis tak pernah ada kekasih. Kawan lelaki Anis semuanya Ija kenal. Memanglah sejak kebelakangan ini Anis jadi diam. Ija pernah tanya, tetapi kata Anis, dia sedikit letih sebab baru mula bekerja. Jawapan tu memang logik. Baru mula menapak di kota metropolitan ini, memang tak mudah. Berkejar ke sana sini. Sesat memanjang.

'Hai. Saya Ejam. Boleh kenal?'
'Huh? Maaf. Tak kenal.'
'Sebab tu saya tanya, boleh kenal?'
'Err. Mana dapat nombor telefon saya ni?'
'Kawan awak bagi.'

SMS dua tiga patah, kemudian Anis senyap. Anis tenggelam dalam kesibukannya mencari pekerjaan setelah bergraduat. Nama Ejam langsung tak terlintas di fikirannya. Ejam pun menyepi, mungkin kecil hati salam perkenalannya tak berbalas.

"Anissss. Hai sayang. Aku dah dapat kerja, eksekutif bahagian Perkhidmatan Servis Pelanggan, kat bank. somewhere in KL."
"Hah! Tak menyempat nak bagi salam naaaa. Assalamualaikum Cik Hafiza ku sayang. Tahniah. Alhamdulillah, rezeki kau dah sampai."
"Hahaha. Ok. Ok. Wa'alaikumsalam. Teruja sangat nak kongsi dengan kau. Hehe."
"Aku belum dapat berita lagi. Temuduga banyak lah yang aku dapat. Apa lagi, lepas ni aku boleh pawww kawan aku ni la. Hehe."
"No probs. Datang KL, kita hang out sama-sama, ok?"

'Ijaaaaaaaaa, hehe, aku dapat kerja kat KL, dekat area kau jugak. Aku stay dengan kau boleh?'
'Anissssssss, datanglah, duduk sebilik dengan aku. Yeay!! Boleh nak manja-manja macam dulu. Kekeke'
'Orait, I'll be in KL the day after tomorrow. Amek aku, boleh?'
'Of course aku pegi amek kau. Don't worry babes. Yeahhh, besties time, here we goooo!'

Bermulalah kehidupan Anis di kota kesibukan ini. Manusia berpusu-pusu mencari rezeki. Dari rumah sewa Anis dan Ija, perlukan 15 minit menaiki tren. Seperti biasa, Anis keluar bekerja 40 minit awal bagi mengelak kesibukan. Sambil menunggu ketibaan tre, Anis menyemak SMS yang tidak dibalasnya semalam. Tiba-tiba mata Anis tertancap pada SMS Ejam, SMS 2 bulan lepas yang tidak dibalasnya. Pandangannya cuma kosong.

"Ah, lambat pulak tren hari ni." ngomel Anis seorang diri.

Lalu, tangannya bergerak membalas SMS Ejam. Buat mengisi masa. Lagipun, kasihan pula, SMS Ejam dibiarkan tak berbalas.

'Hai awak, maaf, saya sibuk sikit hari tu. Cari kerja. Ini sekarang bolehla nak bernafas sikit sebab dah dapat kerja. Maaf ya.'

Senyap. Tiada balasan.

"Ah, okey. Salah aku jugak. dah 2 bulan baru nak balas SMS dia."
"Ok, tren dah sampai. Mari mulakan perjalanan & pekerjaan dengan senyuman. Senyummmm Anissss, Bismillah...."

Kaki Anis melangkah masuk ke dalam tren, dan rutin hariannya berjalan seperti biasa.

'Anis, aku amek kau kat tempat kerja. Kita dinner kat luar hari ni. Ok?'
'Wow, kau nak belanja ke Ija? Dah dapat gaji eh? Hehe.'
'InsyaAllah, nanti aku story. Hehehehe =)'

SMS dari Ija, buat Anis rasa tak keruan menunggu jam 5.30 petang. Tamat sahaja masa bekerja, Anis menunaikan solat asar di surau pejabatnya dan turun ke lobi. Tiba-tiba, Anis menerima SMS.

"Sure Ija dah sampai ni."

Bergegas Anis menuju ke pintu utama bangunan, dan melihat Ija sudah menanti.

"Ok, kita makan kat seoul Garden hari ni. Aku belanja. Sebab aku baru dapat bonus. Hehehe. Lepas tu kita balik rumah parents aku boleh? Tidur sana. Esok weekend. Bolehhhhh takkkk sayangggg?"

"Fuuuuuu, bestnya. Ni aku makin sayang kau. Boleh je, Tapi kena singgah rumah, aku mana ada bawak baju spare."

"Mengada, baju kau ada lah kat rumah aku. Macam lah tak selalu balik rumah aku."

Sementara Ija memandu, Anis mengeluarkan handphonenya, lalu baru dia perasaan, tadi bukannya SMS daripada Ija, tetapi Ejam. Baru Anis ingat, dia ada menghantar SMS kepada Ejam pagi tadi.

'Tak pe Cik Anis. Saya faham. Awak sibuk. Tahniah, dah dapat kerja.'
'Anis je lah, tak payah nak cik-cik sangat. Saya dapat kerja kat KL ni.'
'Oh, jaga diri, ok. Faham-fahamlah KL tu.'
'Time kaseh, awak.'
'Sama-sama, sayang.'

"Oiii, apa senyum-senyum tu masa SMS. Boipren ka?"
"Amboiii. Tengah drive pon sempat lagi nak usha orang na. Mana ada boipren. Kawan ja."

Anis dan Ija bergurau sehingga terlupa pada SMS Ejam itu. Apatah lagi bila dah makan malam yang agak heaven bagi mereka berdua. Lagilah tak ingat pada dunia luar. Bila pulang ke rumah keluarga Ija, berbual sebentar dengan auntie dan uncle, terus mereka masuk tidur.


**********bersambung********

Thursday, 5 July 2012

#Edisi Mak Abah 3

Mak selalu menangis kan?
Bila anak mak bawa pulang buku rekod kemajuan.
Bila nama anak mak diumumkan di perhimpunan sekolah.
Bila nama anak mak terpampang di papan kenyataan.

Mak menangis kegembiraan lah.
Buku rekod kemajuan anak mak hijau semuanya.
Tiada langsung tanda merah.
Lagi untung bila anak mak antara top 5 dalam kelas.

Mak tersenyum bangga.
Di perhimpunan anak mak dipanggil ke hadapan.
Pelajar contoh, kata cikgu.
Keputusan cemerlang, dispilin bagus.

Pengorbanan mak berbayar.
Anak mak cemerlang dari semua segi.
Sopannya ada, berbudi pekerti.
Agama pun cantik.
Semoga anak mak jadi orang berguna.

Sekadar gambar hiasan

Pernah anak mak buat mak menangis bukan kegembiraan?
Mak menangis sedih.
Mak menangis kecewa.
Mak menangis malu.
Mak menangis tertekan.

Fikir-fikirkanlah.
Jika sebegitu mak menangis,
Pohonlah ampun maaf.
Mak mungkin terguris juga terluka.
Bila mana anak mak mungkin terkasar bahasa.
Mahupun sedikit degil ataupun keras kepala.
Mungkin juga harapan mak;
Yang tinggi menggunung itu,
Hancur berkecai.
Dek kerana anak mak tak mampu tunaikan.
Mak hanya nak tengok anak mak berjaya.
"Anak mak, mak bukan nak tumpang kejayaan anak mak.
Tapi jika anak mak berjaya, mak tahu, anak mak yang akan senang nanti."

Monday, 2 July 2012

#Edisi Mak Abah 2

Kalau kekasih merajuk,
Beria-ia kau pujuk,
SMS berlambak-lambak.

Kalau mak terasa hati,
Kau tak ada pun rasa simpati,
Kata kau, "dah berusia, sensitiviti memang tinggi."

Kalau kekasih ajak berjumpa,
Wangi-wangi, lawa-lawa kau hias muka,
Laju-laju kau terus menerpa.

Kalau mak rindu, suruh kau balik,
Jutaan alasan kau bagi, memang licik,
Janji je lebih, macam tin kosong kemik.

Kalau dah dapat gaji bulanan,
Kekasih kau bawa berjalan,
Ada tak kau fikirkan,
Duit gaji kau kirimkan,
Pada mak yang melahirkan.

Jangan lupa, jangan alpa,
Kekasih kau baru kenal sehari dua,
Tapi,
Mak kau yang melahirkan bersabung nyawa.

Jangan lalai, jangan leka,
Dengan janji kekasih yang direka-reka,
Sedangan bila mak berkata-kata,
Murkanya bikin kita anak derhaka,
Tapi kasihnya membawa ke syurga.


*Along sayang mama!

Thursday, 28 June 2012

# Edisi Mak Abah 1

Abah, tayar basikal pancit.
OK, nanti abah betulkan.

Abah, lampu terbakar, rumah gelap.
OK, nanti abah tukar yang baru.

Abah, lapar, nak makan.
OK, maggi kari letak telur, boleh?

Abah, duit elaun dah kurang, bayar itu ini.
OK, nanti abah bank-in kan duit poket.

Abah, penat lah jalan kaki pegi kelas.
OK, nanti abah belikan motosikal, ya?

Abah, bosan la duduk rumah.
OK, pegi bersiap, abah bawak jalan-jalan.

Abah tetap maintain muda. JYEAHH!!

Walau apa pun anak abah merungut,
Walau apa pun anak abah mintak,
Jawapan abah tetap OK.
Abah tak pernah kata TIDAK.
Rungutan jauh sekali.
Senyuman pasti terukir di bibir.
Raut wajah senantiasa tenang.
Hanya satu ayat abah;
"Kalau abah tak boleh tunaikan apa yang anak abah nak,
abah tak boleh jadi abah lah."

*Along sayang abah. Abah kawan baek along, memang tak ada ganti. Abah garang pun, along tetap sayang abah. Along akan pastikan abah bangga dengan anak abah ni.

Monday, 25 June 2012

budiman

C.I.N.T.A
pada masa yang salah
kenapa sekarang?
jauh lagi perjalanan
untuk realisasikan impian
cita-cita perlu dilaksanakan
pada orang yang tak tepat
kenapa dia?
cabaran dan halangan
sesungguhnya terlalu banyak sangkalan
perlu menjaga hati dan perasaan
tapi
yang betul
hanya perasaan itu
indah
comel
berdebar-debar
apakan daya.
semua cukup sampai di sini

*dari kejauhan aku mendoakan kau berjaya dan bahagia. ^_^. jangan risau, aku masih aku, yang kau boleh cari untuk berbual dan jadi teman  ketawa. meskipun kau lebih banyak mengutuk aku, kan lelaki budiman? haha~
 

Tuesday, 12 June 2012

Little Angels

"distance mean nothing when you mean everything ! we ♥ you"
Aliah
Hijrah
Hanisah
Natrah
Mazidah
Syuhada
Maslinda
Faeizah
Shahanim
Syafina


 
Senyum.
Senyum sampai telinga.
Bayangkan,
Bangun dari tidur,
Allah berikan nikmat yang sebegini,
'Little angels'
Penuhi impian,
Jatuh bangun bersama,
Seka air mata,
Menyanyi lagu riang,
Menggila-gila; berenang, Kemaman!!
Berjual; bakso, jagung, lemonade, rojak, mee siput.
Hahahaha~
Otak masuk air.
Saya sayang kamu.
Hanya Allah tahu,
kasih untuk kamu,
ruang untuk kamu,
dalam hati saya.
^_^

p/s: siapa kata saya tak mampu hidup tanpa cinta? =)

Saturday, 9 June 2012

kembali merah

 
Dalam lautan manusia.
Hanya kau yang aku nampak.
Mata kita bertentangan.
Berbicara bahasa hati.
Indah~
Senyum.
Ada kemanisan.
Ada rasa membara.
perlahan-lahan, ia berdenyut kembali.
Namun hanya di situ.
Terima kasih untuk rasa ini.
Hati beku kini kembali merah.
Dibasahi darah-darah perasaan.
Mungkin aku bertemu yang salah.
Kerana Tuhan mahu memulihkan.
Hati yang pernah rabak.
Hei kau, terima kasih.
Untuk segala yang kau ajar.
Supaya aku mampu bercinta kembali.
Yang aku tangiskan; bukan kesedihan.
Yang aku kesalkan; bukan meluahkan.
Cuma hanya ini yang berbeza.
Cuma hanya masa semakin suntuk.
Hei kau, terima kasih.
Untuk segala yang kau ajar.
Supaya aku mampu bercinta kembali.

p/s: kadang-kadang perlu belajar dengan yang lebih muda. mereka punya pandangan berbeza. dan mungkin lebih bagus.