Tuesday 26 July 2011

fikir, 4

orang tua-tua pesan;
hidup tu bertegur sapa,
jangan sombong,
tak kira tua,
tak kira muda,
yang miskin, kaya,
yang jadi boss,
atau setakat kuli,
yang comel, lawa,
yang kacak, bergaya,
atau macam dayang senandung,
yang kurang upaya.

orang-orang sekeliling ajar;
hidup jangan berdendam,
redhakanlah apa yang terjadi,
langit tak selalunya cerah,
mendung tak selalunya berterusan,
ada turun naiknya,
rasalah semua,
yang pahit, manis, masin mahupun masam,
itulah dinamakan asam garam kehidupan.

orang kata;
'ada aku kisah?'
kadang-kadang perlu kisah,
kadang-kadang tak perlu nak kisah,
yang perlu kisah bila tepi kain sendiri terkoyak,
telitikan,
betulkan,
jahitkan mana koyaknya,
yang tak perlu kisah,
bukan kain sendiri yang terkoyak.

tak mudah hidup ini, kan?
itulah, pengalaman mematangkan hidup.
yang pahit tak semestinya tak boleh telan.
macam kopi, lagi kaw, lagi pahit, lagi 'kick'.
yang manis tak semestinya sedap.
macam gula, lama-lama kena kencing manis.

p/s: aku tahu, aku sedar, mulut aku terlalu lancang berkata-kata sekarang ini. berdesing telinga manusia di sekeliling. maaf.

3 comments:

whitezorro said...

wah3..bagus.. bia berdesing je.. aku pun kalau tension tahap gaban..memang aku fire macam tahap dewa.. (hasut jadi jahat plak!!)

ingat la.. Allah pasti bersama orang2 yg sabar..pahit itu ubat.. kan??

Eddy Stone said...

nice entry~ :D

Anonymous said...

ops.....