Sunday, 13 October 2013

Awak, selamat hari lahir.

Awak,
Selamat hari lahir.
Semoga panjang umur. Murah rezeki.
Ucapan cliché. Hihi.
Awak,
Semoga berbahagia bersama isteri tersayang.
Dilengkapi dengan cinta hati sempurna.
Dikelilingi keluarga dan sahabat yang ceria.
Awak.
Umur kita sama, tapi status kita berbeza.
Tanggungjawab awak terhadap isteri.
Tanggungjawab saya pada diri sendiri.
Awak.
Umur kita sama, misi kita berbeza.
Tulang rusuk telah pun awak ditemui.
Syurga masih saya tercari-cari.
Awak.
Umur kita sama, soalan yang kita dapat berbeza.
Bila boleh ibu bermain dengan cucu?
Bila abah nak dapat menantu?
Awak.
Umur kita sama, pandangan kita berbeza.
Awak menggalas amanah dari Tuhan.
Saya masih leka dengan dunia kanak-kanak.
Awak.
Umur kita sama, jalan hidup kita berbeza.
Cerita cinta awak kini ditulis bersama.
Cerita cinta saya masih belum bermula.
Awak.

Selamat hari lahir.

*awak, saya mohon awak pulangkan hati saya yang awak sentuh & simpan sejak 4 tahun lepas. boleh kan?
*duhai hati, bukakanlah pintumu pada sesiapa yang sudi memberi salam cinta. jangan merana begini sayang. lepaskanlah apa yang sudah berlalu.

3 comments:

Kasih Rindu said...

Ya Umur kita sama,
Ya Tanggungjawab kita berbeza...
Hanya satu yang menjadi tanda tanya..
Adakah awak rasa apa yang saya rasa?

Tidak perlu diri ini berbahasa basi.. kerna hati ini tak mungkin lagi dimiliki yang lain...

Senang hati ini melihat senyuman yang terpancar dari bibir.. senang hati ini melihat bahagia dengan yang lain... Bahagia hati ini tatkala mengetahui di kejauhan masih mengingati hari bersejarah..

Namun, jangan diminta pada diri untuk memulangkan qalbumu...kerna ku tak mampu...dengan qalbumu ku dapat bermimpi untuk bahagia walau bukan dalam realiti...

maaf... maaf sekali lagi... hanya dalam mimpi dapat bertemu...dan izinkan aku untuk terus begitu...

102154497037988510961 said...

24...
Sannah helwah..happy birthday..selamat hari jadi...
Hanya itu yang mampu terungkap...
Seiring di hari lahirmu..
Izinkan aku memohon ampun..
Kerna dahulunya aku alpa..
Dengan janji kita...

Kerna dahulunya aku lupa...
Kau akan setia...

Kerna dahulunya aku terlalu kecewa...
Lalu aku cuba lupakan tentang kita..
Maafkan aku kasih...
Maafkan aku...
Kerna di hari lahirmu..
Tak dapat ku bersamamu seperti dulu...
Dengan kek kecil sebagai hadiah..

Maafkan aku kasih..
kini aku dibalas..
Dengan mimpi bersamamu yang masih menghantui..
Atau...
Munhkin hati ini mengharap realiti seindah mimpi..

Maafkan aku..
Hanya ini mampu ku ungkap...
Selamat hari lahir...semoga kau bahagia senantiasa...

Happy birthday...may all your wishes come true... ^_^

102154497037988510961 said...

24...
Sannah helwah..happy birthday..selamat hari jadi...
Hanya itu yang mampu terungkap...
Seiring di hari lahirmu..
Izinkan aku memohon ampun..
Kerna dahulunya aku alpa..
Dengan janji kita...

Kerna dahulunya aku lupa...
Kau akan setia...

Kerna dahulunya aku terlalu kecewa...
Lalu aku cuba lupakan tentang kita..
Maafkan aku kasih...
Maafkan aku...
Kerna di hari lahirmu..
Tak dapat ku bersamamu seperti dulu...
Dengan kek kecil sebagai hadiah..

Maafkan aku kasih..
kini aku dibalas..
Dengan mimpi bersamamu yang masih menghantui..
Atau...
Munhkin hati ini mengharap realiti seindah mimpi..

Maafkan aku..
Hanya ini mampu ku ungkap...
Selamat hari lahir...semoga kau bahagia senantiasa...

Happy birthday...may all your wishes come true... ^_^