Di dalam hujan dia berjalan.
Tak menoleh kiri dan kanan.
Melangkah maju ke hadapan.
Walau manusia keliling berbisikan.
Rasanya, tak perlu dia endahkan.
Katanya ini kehidupan.
Ibarat seperti perlumbaan.
Sama ada laju atau perlahan.
Yang kalah akan ditinggalkan.
Yang menang akan disanjungkan.
Tapi, manusia ada kelalaian.
Hidup ini ada putaran.
Kadangkala di atas, dengan senyuman.
Mungkin nanti di bawah, dengan tangisan.
Apa-apa pun, yang penting kekuatan.
Hati yang kental perlu diasuhkan.
Telinga kemungkinan perlu dipekakkan.
Mata juga rasanya perlu dibutakan.
Sedikit semangat sebagai dorongan.
Di wajah ada percikan manik-manik hujan.
Dia teruskan berjalan.
Khalifah di muka bumi yang tak keruan.
Akhirnya berbalik pada ketentuan.
Pada Ya Ilahi yang mengabulkan.
Hanya pada Dia Yang Esa, bakal menentukan.
[FSCM, 2 Disember 2012; 16:42H]
2 comments:
kehidupan tanpa tujuan ibarat terumbang ambing di lautan gelora berlayar bahtera tanpa kemudinya…
pondok usang: ^_^
Post a Comment