Showing posts with label cetusan hati. Show all posts
Showing posts with label cetusan hati. Show all posts

Friday, 15 March 2013

kacau-bilau.

bilakah waktunya?
bilakah takdirnya?
ku nanti detik.
di mana.
aku.
mampu.
memusnahkan.
segala.
deria.
rasa.


*GILA? Siapa mampu musnahkan deria rasa. Melainkan sudah mati. 

Thursday, 15 March 2012

satu kisah tanpa tajuk.

There is some things that time cannot mend. Some hurts that go too deep that have taken hold. [TLOTR, 2003]

Tapi, saya sentiasa percaya yang setiap perkara terjadi, ada hikmahnya. Luka yang parah bukan buat saya berhenti menapak, tetapi kekuatan baru dibina untuk melangkah jauh ke hadapan. Sebab tu saya ucapkan banyak-banyak terima kasih pada awak, yang menagajar saya erti ketabahan. Ketabahan ditinggalkan tanpa sebarang kata-kata, ketabahan menjalani hidup tanpa sebarang rasa, ketabahan mencuri masa awak walau sesaat.

Time is the best gift you can give. It speaks volume on your attitude and character. Hopefully you will do the same to those that matters, no matter how pressing your schedule appears to be. [NOA, 2012]

Masih ingat bukan? Kita berpisah, kata awak saya tiada masa untuk membaja hubungan. Benar begitu? Rasa saya, kita cuma jarang bersua muka, tapi masih berbalas pesanan ringkas atau berbual di telefon setiap hari, bukan? Selepas berbaik, kita berpisah lagi. Ya, saya nekad. Seolah-olah saya digantung tak bertali. Di atas pun tidak, di bawah pun tidak. Terawang-awang di tengah, tanpa sebarang penjelasan yang kukuh. Sekurang-kurangnya, saya diberi petunjuk yang awak mahu berubah. Bukan diam sahaja. Ini langsung tiada khabar berita; sehari, dua hari, tiga hari, seminggu, dua minggu, hampir sebulan, walhal, awak boleh berhubung dengan insan lain, dan saya tahu tentang itu. 

"Better not to trust anyone until their actions not words prove that they are worthy of your trust. Preventing yourself from frustration."[NOA, 2012]

Itu ayat dari seorang cikgu, tapi saya sangkal. Bagi saya, lebih baik begini;

"Well, I trust people until they proved themselves cannot be trusted. [FSCM, 2011]"

Kerana, saya pernah sayangkan awak suatu ketika dahulu. Walaupun dikecewakan, ditikam dari belakang, saya tak ubah seperti boneka, mahupun badut pada pandangan awak dan orang lain. Saya tak kisah, janji saya berpegang pada kata-kata yang tak buat saya jatuh menyembah bumi.

Biar segalanya jadi sejarah. Biar. Tapi takkan saya lupakan. Kerana saya pernah lupakan segalanya, dan ia berulang kembali. "People who forget about history, will tend to repeat the same mistake."

"Lucky that girl who is going to marry you." Ya, memang betul. Sebab awak takkan ulang sejarah silam pada dia. Orang lama menerima akibat dan kesan, orang baru menerima perubahan dan pembaharuan. Tahniah pada yang bertuah.

p/s: pertama cuba menulis cerita menggunakan pepatah. mungkin kurang baik.

Friday, 17 February 2012

begini lebih baik.

“Saya lakukan semua ini kerana awak. Saya sanggup berkorban apa sahaja. Saya tak mungkin boleh hidup kerana awak. Awaklah segala-galanya bagi saya.”

Ya, apa sahaja yang jejaka lakukan, semuanya kerana gadis. Tak kiralah apa pun. 

‘Awak silap jejaka. Silap. Salah semua ini.’ 

Ayat-ayat itu sekadar terluah dalam hati gadis, tak mampu dilontar keluar. Kerana dia tahu, jejaka tak akan dapat menerimanya.
Manusia di sekeliling semuanya memuja jejaka. Mana tak nya, jejaka ibarat pemuda impian setiap wanita. Jejaka lah yang terbaik dari semua segi. Wanita lain memandang layanan jejaka pada gadis umpama puteri, membuatkan mereka terlalu cemburu.
 Tetapi, dalam hati gadis, berperang seluruh rasa. Gembira? Sedih? Kecewa?
Mengapa perlu dia rasa begitu? Hah! Soalan yang bagus.

“Seorang anak lelaki tak boleh membelakangkan keluarga, terutama IBUnya hanya kerana seorang wanita bergelar kekasih.”

“Seorang hamba Allah tidak layak berniat melakukan sebarang pekerjaan kerana seorang wanita yang belum tentu jodohnya.”

“Seorang anak sulung tak bagus mendahulukan seorang wanita yang bukan muhrimnya lebih daripada adik-beradiknya sendiri.”

Seringkali gadis berfikir, termenung seorang diri. Apakah dirinya yang terbaik buat jejaka? Pasti tidak. Kerana jejaka sentiasa melebihkan dirinya berbanding keluarganya sendiri. Jika diri gadis itu bagis, pasti dia mampu untuk mendorong jejaka ke jalan yang lurus, ke jalan yang bagus. Sedangkan gadis dan jejaka tiada siapa tahu tentang takdir dan ketentuan Ilahi pada masa hadapan.

‘Inilah jalan terbaik. Berpisah. Andai ada jodoh, ada lah. Andai tidak, aku redha. Ibunya, ayahnya, adik-beradiknya lebih memerlukan dia, menuntut tanggungjawab darinya. Bukan aku, wanita yang bukan muhrimnya.’

Assalamualaikum, buat jejaka yang berada di kejauhan.
                Telah aku berfikir dan beristikharah. Dan aku temui jawapan ini. Ya, memang kita berkasih-kasihan dan ingin menjadikan hubungan ini halal dengan hubungan pernikahan. Tetapi, aku tidak mahu kau menjadi anak derhaka pada ibumu, pada keluargamu. Sedangkan kita belum punya sebarang pertalian, kau sudah membelakangkan keluargamu, aku terfikir, andai kata kita sudah menikah, apa agaknya nasib keluargamu. Mana adil jika kau bersama mereka sewaktu susah, dan hanya bergembira dengan aku. Kalau sekarang pun kau melakukan sebarang pekerjaan kerana aku, di mana keredhaan Allah SWT dalam perhubungan ini. Fikirlah. Fikirlah. Ternyata aku bukan yang terbaik kerana tak mampu mengukuhkan hubunganmu dengan ibumu, sebaliknya merosakkan lagi. Aku menjadi parasit dalam hubungan keluargamu sendiri. Buat yang terakhir, ubahlah satu kesilapan dirimu iaitu lakukan segalanya kerana Allah, bukan kerana aku. Aku hanya hamba Allah SWT yang masih bergantung harap padaNYA, yang memerlukan rahmatNYA. 


Wednesday, 7 December 2011

hidup.3.

apa kau tahu?
sakit yang aku rasa.
apa kau tahu?
derita yang aku tanggung.
apa kau tahu?
sunyi yang aku selami.

kau tak tahu.
jangan senang menuduh.
kau tak tahu.
jangan cakap ia mudah.
kau tak tahu.
jangan pernah menghakimi.

derap langkah.
makin lelah.
tak siapa di sebelah.
untuk paut susah payah.

sakit. pedih. 
tak guna merintih.
bukan hati yang memilih.
tenggelam dalam sedih.

aku manusia biasa.
yang juga punya rasa.
tak mahu dicemuh setiap masa.
yang ingin hidup selesa.

Ya Tuhan, pasti banyak dosaku sebelum ini, yang buatkan Kau menguji aku di kala ini.
Ya Tuhan, ajarkan aku erti sabar, tabah dan redha.
Ya Tuhan, hanya padaMu aku memohon.
[FSCM, 7 Disember 2011, 01;42H]
p/s: letih.

Friday, 2 December 2011

hidup.2.

Di dalam hujan dia berjalan.
Tak menoleh kiri dan kanan.
Melangkah maju ke hadapan.
Walau manusia keliling berbisikan.
Rasanya, tak perlu dia endahkan.

Katanya ini kehidupan.
Ibarat seperti perlumbaan.
Sama ada laju atau perlahan.
Yang kalah akan ditinggalkan.
Yang menang akan disanjungkan.

Tapi, manusia ada kelalaian.
Hidup ini ada putaran.
Kadangkala di atas, dengan senyuman.
Mungkin nanti di bawah, dengan tangisan.
Apa-apa pun, yang penting kekuatan.
Hati yang kental perlu diasuhkan.
Telinga kemungkinan perlu dipekakkan.
Mata juga rasanya perlu dibutakan.
Sedikit semangat sebagai dorongan.

Di wajah ada percikan manik-manik hujan.
Dia teruskan berjalan.
Khalifah di muka bumi yang tak keruan.
Akhirnya berbalik pada ketentuan.
Pada Ya Ilahi yang mengabulkan.
Hanya pada Dia Yang Esa, bakal menentukan.

[FSCM, 2 Disember 2012; 16:42H]

Sunday, 27 November 2011

bicara teman.1.

pada suatu malam, saat hujan turun renyai-renyai. ada sahabat yang pergi mengisi tangki minyak a.k.a perut masing-masing yang berkriuk-kriuk bunyinya.

kawan: aku pelik, lelaki ni bila nak seronok-seronok, cari yang hot stuff. tapi bila nak kawen, cari yang baek-baek.
aku: aih.. kalau kau yang lelaki tanya macam tu, aku yang perempuan ni memang takde jawapan lah.
kawan: ye lah. aku kesiankan awek-awek yang hot stuff tu. tak pasal-pasal merana. menangis tak berlagu.
aku: err.. no comment..
kawan: sebab aku lelaki lah, aku terfikirkan. ce kau fikir macam kes ni,

KES 1: kesian awek hot stuff. dah beria-ia diusung sana-sini, cintan-cintun toksah cakaplah. tup-tup kena tinggal.
KES 2: kesian bini laki tu. laki yang dia dapat tu, yang ori atau...kau faham-faham lah kan.
KES 3: kesian laki awak hot stuff tu. ye lah. bini dia dulu dah pernah diusung sana-sini.

aku: err..kenapa kau cakap pasal ni? tetiba ja?
kawan: tak adalah. lepak-lepak kat restoran makanan segera MEKDI [baca: McD] ni, usha-usha orang lalu lalang, buat aku terfikir. fenomena ni yang jadi. aku kan lelaki. [muahaha!! gelak jahat]
aku: serious, aku no comment untuk pendapat & buah fikiran kau malam ini. 
kawan: hei, kemonlah. setakat berkongsi rasa dan pandangan ja.
aku: baek. hmmm. secara jujurnya, atau senang cakap, aku ni perempuan, jadi, nak tak nak, aku mesti menuding jari pada lelaki. ya lah. lelaki, nak berseronok cari yang mantap-mantap. bila nak kahwin, cari yang sesejuk mata memandang, maksudnya yang layak dibuat bini. kalau lelaki tak ada rasa untuk nak berseronok, terus fokus pada hubungan yang serious, fenomena ni tak jadi.
kawan: oh, i see. hmmm.
aku: tapi, kita kan manusia. semua manusia buat silap. aku memang cakap lelaki salah. tapi, kalau yang perempuan tak melayan, tak jadi jugak. it takes two to tango, darling

p/s: pengalaman manusia sekeliling berguna untuk kita yang tak alaminya. ambil iktibar dan jangan ulangi. pengalaman diri sendiri itu satu amaran. bodoh jika tak belajar dari kesilapan sendiri.

Friday, 25 November 2011

hidup.

hati.
kosong dan sunyi.
seakan perlahan-lahan mati.
tak siapa mengerti.
semua jauh berlari.
tinggalkan diri sendiri.
salah lagi.
cukuplah sampai di sini.
sudah tak mampu lagi.

dia ibarat camar.
yang tiba dan perlu beredar.
walau hati hebat bergetar.
"jangan kau menghindar!"
apa pun harus sedar.
tak semua mampu dikejar.

melangkah.
terimalah padah.
walau hati gundah.
sesal tak sudah.
ingat! jangan megah.
hidup ini tak mudah.
ada hati yang perlu diendah.

p/s: sejak-dua-menjak, kurang semangat. ditambah dengan cuaca kurang baek, tahap kesihatan turut merosot. jangan dipaksa lagi. salah, salah dan tetap salah. tak ada apa yang mampu merubah salah menjadi benar! ingat tu FSCM!

Sunday, 20 November 2011

3 tahun.

permulaan: 20.11.2008, 
genap setahun: 20.11.2009, 
genap dua tahun: 20.11.2010, 
tapi tak mampu nak cecah tahun ketiga: 20.11.2011. 
=.='
tak siapa mampu melawan takdir Tuhan. 
ajal, maut, jodoh, pertemuan semua di ketentuanNya.
 

Thursday, 17 November 2011

terharu.

terharu!
sungguh.
sangat-sangat.
lepas alami tiga fasa kekecewaan dalam hidup.
untuk 2011.
sesuatu tak disangka berlaku.
betul apa orang kata.
kita terlalu pedulikan orang yang tak pernah hargai usaha kita.
tapi kita tak pernah pedulikan orang yang menghargai kita.
Ya Tuhan.
benar rupanya pepatah itu.
dalam-dalam aku palsukan senyuman.
dalam-dalam aku ketawa dibuat-buat.
ada yang mengerti.
ada yang menegur.
"mengapa kau terluka sebegini?"
terpaku seketika.
'oh, kau nampak kecelaruan aku.'
terima kasih pada kau.
benar kata kau.
inilah kehidupan.
insyaAllah, akan baik-baik sahaja.
terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.
kerana menggantikan tulang belakang aku yang tercicir.
kerana menjadi tunjang kekuatan aku.
kerana kau nampak sesuatu di sebalik senyuman palsu.

p/s: hidup ini bukan satu perjudian, bila untung sabut timbul. hidup ini bukan percaturan seperti catur. hidup ini satu perjalanan, yang mana insan mengerti apa itu sakit, sedih, gembira, bahagia, kecewa, dsb.

Wednesday, 16 November 2011

bagi aku.

[sumber: mukabuku]
pernah tengok drama korea?
confirm, pernah tengok kan.
SECRET GARDEN.
aku baru tengok. [maaf, kuno dan lambat. huhu]
hero treat heroin macam pepatah kat atas.
bagi aku, pendapat aku.
aku suka sangat tengok apa yang hero tu buat.
betul-betul memahami bahasa perempuan yang complex.
andainya. ya, andainya dapat hero macam tu.
rasa macam di awang-awangan je.
huhu.
tapi, kita manusia biasa.
"sesungguhnya Allah tak memberi apa yang kita mahu,
tapi Dia beri apa yang kita perlu."
maka, impian tinggal impian.
tak perlu lari mengejar cinta.
cuma sediakan hati yang suci.

p/s: menongkah arus kehidupan dengan senyuman ^_^

Sunday, 13 November 2011

kasih sayang.

kenapa menangis untuk benda yang sedih dan terluka. sedangkan ramai yang menyayangi. Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan rasa itu olehMu, yang menyedarkan aku tentang kasih sayang melimpah-ruah di segenap denyut nadi aku. yang selama ini tak pernah aku ambil pusing. terima kasih Ya Allah, untuk rasa sakit yang membuka pandanganku.
 
 keluarga tak pernah lekang dari sisi. keluarga tak pernah menyalahakan. keluarga sentiasa menghiburkan.

pada seorang insan, yang mengajar aku tentang kehidupan, terima kasih kerana tak pernah berhenti menyayangi aku. hanya Tuhan mampu membalas segala kebaikanmu. Allah hadirkan rasa sakit itu, supaya terbuka mataku untuk menilai kesakitan, penderitaan yang kau lalui. sesungguhnya, kau memang tabah. Allah hadirkan kau padaku, sesungguhnya itu anugerah paling bernilai yang selama ini aku tak pernah hargai.
abah, mama, angah, adik

Saturday, 12 November 2011

pelik.

[sumber: mukabuku]

bila ternampak pepatah cinta ini.
aku terfikir.
benar atau tidak?
kalau dah sayang, kalau sebelah pihak saja peduli,
tak pernah rasa sedih.
apa sahaja yang dibuat,
bersungguh-sungguh kerana rasa sayang.
tapi pelik kan,
kenapa sebelah pihak lagi macam buta.
oh, macam-macam hal lah dalam hubungan.
pelik.
fikir.

Friday, 11 November 2011

rasa hati & penghargaan gua.

assalamualaikum.
untuk yang rajin singgah membaca coretan pada dinding, gua ucapkan terima kasih banyak-banyak. sebab tanpa pembaca, siapalah gua. selama gua menulis blog ni, gua tak pernah harapkan followers beribu-riban, tapi alhamdulillah ramai jugak yang follow dinding ni. gua menulis dari hati. gua menulis apa gua rasa, apa gua nampak, berdasarkan pendapat gua. gua tak pernah directly point kepada sesiapa. gua tekankan lagi sekali, yang gua coretkan pada dinding ini semua kisah gua, sama ada kisah benar dari hati mahupun angan-angan dari kepala otak. jangan nak ada yang terasa hati, tak selesa dan tak senang duduk dengan entri-entri gua. gua dah cakap, ini isi hati gua, kenapa ada yang nak terasa? ini tulisan kehidupan gua, kenapa ada yang nak masuk campur, nak carik pasal ke? kalau suka baca apa yang gua tulis, baca. kalau tak suka, jangan jengah ke coretan pada dinding ni, lepas tu bawak mulut sini sana. ok, gua harap lepas ni tak ada yang touching-toucing dengan entri gua.
"yang elok dari gua, ambil buat pengajaran dan amalan. yang buruk dari gua, abaikan, jadikan sempadan dan teladan."

Tuesday, 8 November 2011

8 bulan.

saat demi saat.
minit demi minit.
jam demi jam.
hari demi hari.
minggu demi minggu.
bulan demi bulan.
menuntut kesabaran yang tinggi.
ujian demi ujian.
cekal lah wahai hati.

[sumber: google]
gambar ini sebenarnya nak maksudkan, lagi 8 bulan baru boleh nak fikir bab-bab cintan-cintun, nikah kahwin segala bagai. sebabnya lagi 8 bulan baru habis belajar. lepas tu entahkan dapat kerja atau tak. mudah-mudahan dapatlah kerja. dalam 8 bulan ni jugak la ujian datang menimpa. menempuh tahun akhir dengan ujian, dugaan, tohmahan, fitnah, bukannya senang. mengalir air mata darah pun, manusia di sekeliling takkan pernah tahu apa sebenarnya dalam hati ini. 

p/s: awak tahu kan saya menulis untuk siapa. sabar sajalah menempuh tahun akhir dalam masa 8 bulan lagi. untuk yang membaca, entri 8 bulan ini entri berkenaan diri sendiri, tiada kaitan dengan manusia di sekeliling sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati. sekian.

Sunday, 30 October 2011

kisah.2.

hidungnya dicuit manja, lalu gadis mendongakkan muka. memandang wajah jejaka dengan penuh rasa kasih, tapi sedikit hairan apabila jejaka tak henti-henti ketawa.
'apa yang kelakarnya?'
jejaka menghulurkan tisu, lalu fahamlah gadis, tadi itu bukanlah cuitan manja tapi cuitan mengenakannya. hidungnya sudah comot dengan sos cili dek kerana kenakalan jejaka.
hari ini hari lahir gadis. jejaka membawa gadis keluar makan. makan biasa-biasa sahaja, ya lah, mereka kan masih belajar. majlis kecil tapi cukup bermakna buat gadis dan jejaka. cuma dengan sepotong blueberry cheesecake berharga RM 4.80 dan hidangan 2 ketul ayam untuk meraikan ulangtahun gadis, kesayangan jejaka.
*************************************************************************
'ah! bila tak berantakan, semuanya indah. huh!'
gadis mengusir pergi bayangan ketika usianya mencecah 21 tahun. sungguh dia benci setiap kali memori-memori indah itu menerjah mindanya. sakit!
'baru kini kau nak rasa sakit ya, gadis? itulah yang jejaka alami. nah! rasakan bagaimana pahitnya jejaka menempuhi kehidupannya!'
suara halus mengejeknya. tiada linangan air mata di pipi, sebaliknya mata gadis seolah berapi, umpama menyimpan dendam kesumat.
'pergi! pergi kau suara tak guna! jejaka, kau memang memusnahkan hidup aku!'
gadis sudah seperti dirasuk. habis barang-barang di mejanya berselerak akibat amukannya. 
'akui sahaja kau masih sayangkan dia, kau masih cintakan dia. jangan terlalu ego. semua manusia buat silap. kau atau dia, sama-sama silap.'
suara itu seolah-olah memujuk dan juga menghentam gadis.
gadis menjadi lone ranger. ke mana sahaja berseorangan. tidak peduli pandangan manusia di sekeliling lagi. dia penat hidup menjadi taat pada perintah manusia, kerana terlalu taat dan patuh, inilah akibat yang perlu gadis tanggung. gadis cuma mahu menjadi hamba yang taat pada suruhan Tuhan. bukan lagi mendengar kata-kata manusia yang tak pernah memahami isi hatinya.
'isi hati? hmmm.. hanya jejaka yang tahu apa mahuku, bila rajukku, sedih sakitku.'
keluh gadis bersendirian. mahu menghubungi jejaka, tiadalah kekuatan yang ada pada gadis. baginya, cukuplah dia melukakan, merobek tangkai hati, menghancurkan cinta jejaka dahulu.

*******************************************************************************

gadis mendapat tahu yang jejaka sudah in a relationship. bergetar hebat hatinya di kala itu. hanya kepada Tuhan, gadis merintih.
'memang patut pun, memang layak dia mendapat yang lebih baik dari aku. kerana jejaka memang yang terpaling hebat, aku bukan sesiapa untuk dia.'
begitulah rintihan gadis, menghamburkan segala kesedihannya sambil memujuk hati yang lara.
'jejaka, kau pernah katakan untuk menunggu aku. tapi mana janjimu?'
'oh, aku tidak layak buatmu, jadi memang tak patut kau menunggu aku, bukan?'
dari sehari ke sehari, gadis semakin murung. semakin tertekan menerima ujian. inilah yang dikatakan karma, apa yang gadis lakukan pada jejaka suatu masa dahulu kini berbalik pada dirinya. tenggelamlah gadis bersama linangan air mata dan jeritan batinnya. tubuhnya susut, pipi cengkung tak dipedulikan gadis. hidupnya bagai tiada arah tujuan. gadis cuma bertunjangkan keluarga dan imannya yang senipis kulit bawang untuk meredah hari-hari mendatang.

*********************************************************************************

'gadis, aku terlalu takut untuk menghubungimu. telah kau katakan, kau benci padaku. bonda juga berkata kau perlukan ruang untuk bersendirian.'
jejaka cuba menahan perasaan ketika terfikirkan gadis. sungguh, dia amat menyayangi gadis. semua yang berlaku, salahnya juga. tidak sabar. suka menguji gadis. tapi, apakan daya, cuma sedikit perhatian yang dia mahukan saat itu.
'bip! bip!'
satu pesanan ringkas menerpa ke peti mesej di telefon bimbit jejaka.
'abang, sayang rindukan abang'
bait-bait kata dari si dia, bukan dari gadis seperti yang jejaka harapkan. telefon bimbitnya dicampak lemah ke atas katil setelah pesanan ringkas itu dibalas;
'ya, abang pun begitu'

dan malam itu, sekali lagi jejaka berdiri di balkoni sambil mengira bintang di langit. tanpa disedari gadis juga melakukan perkara yang sama si sebelah sana. langit, bintang dan bulan yang sama menyaksikan butiran air mata mengalir di pipi jejaka dan gadis. sampai bila harus langit gelap, bintang yang kurang kerlipannya dan bulan yang suram cahayanya harus menjadi saksi bisu antara jejaka dan gadis. mungkin sampai bila-bila, bila orang kata 
'bukan jodoh jejaka dan gadis'
kata-kata itu satu doa, bukan?
 
lalu, desiran angin menghembus, menampar pipi sang pencinta yang tidak pasti dengan kasih sayang mereka.

p/s: klik sini untuk kisah.1.

Saturday, 29 October 2011

kisah.1.

dulu, jejaka dan gadis itu pernah berkasih sayang. tapi itu dulu, ya, dulu. tinggal kenangan. kenangan-kenangan tercipta umpama daun-daun kering yang sengaja digugurkan oleh gadis. tak satu pun yang tinggal. lalu, jejaka mengutip satu per satu dedaunan kering itu, dikumpul, lalu diisi dalam kotak hati. sambil menitis air mata jejaka di pipi.
'ah! gadis, kaulah gadis paling ego di dunia, paling tak sedar diuntung'

gadis tetap tak menoleh ke belakang. mara ke hadapan dengan wajah bongkak. katanya memang dia bukan gadis yang perlu merayu, meulutut kerana terluka akibat cinta.
'gadis, semua orang buat silap. jangan lupa tu. satu hari nanti, kau akan sedar'

jejaka terlalu merana. hampir seluruh kehidupannya dirasakan kelam berbalam-balam. tiada lagi senyuman terukir di bibir. hanya air mata peneman di kala malam.
gadis tetap dengan egonya tinggi melangit. gadis akui, kadang-kadang ada terlintas ingatannya terhadap jejaka. dek egonya, ditepis jauh-jauh bayangan itu. baginya itu hanya menambah luka dan derita.

'gadis, gadis. kau sebenarnya menyeksa diri kau lebih teruk. akui sahaja yang kau masih sayangkannya.'

kerana tak mahu dikatakan menjilat kembali ludahnya sendiri, gadis diam menyepi, tak membuat sebarang tindakan untuk kembali berbaik. gadis mencipta senyuman di bibir. menipu! ya, menipu manusia di sekeliling. malah menipu dirinya sendiri. gadis tak sedar, penipuan itu memakan dirinya sendiri. gadis fikir, dia bahagia tanpa jejaka, dia gembira dengan kebangkitan semangatnya untuk hidup sendiri.
tapi, gadis silap!

'gadis, badan kau makin susut'
'gadis, kau diet kah?'
'wah! kurus sekarang'

kata-kata manusia di sekeliling, menyedarkan gadis. bahawa selama ini dia derita. gadis terduduk, silap percaturannya. kerana egonya. dia memang silap!

**********************************************************************************

langkah kaki jejaka berat. menapak perlahan-lahan ke dewan konvokesyen. dipandang sekeliling.
'gadis...aku tetap menanti kehadiran kau...'

seolah-olah ada yang menyeru namanya, gadis bangun lalu tersandar di dinding. berfikir sejenak. lalu dengan pantas bersiap dan menghala ke gerai-gerai jualan berdekatan.

'tahniah! selamat berkonvokesyen'
adakah jejaka bermimpi? menerima ucapan selamat dari suara yang memang dirinduinya? lantas berpaling, mujurlah masih waras akal fikiran. jika tidak, mahu sahaja dia memeluk empunya suara itu.

'untuk awak'
tak berkedip mata jejaka, namun huluran jambangan 6 kuntum mawar merah berserta patung semut berwarna ungu itu sedia disambutnya.

'awakkk...'
senyuman terukir di bibir gadis. mahu sahaja dia menyeka air jernih di tubir mata jejaka, namun dia sedar, mereka bukan seperti dulu.

'saya ingat awak tak datang'
gadis senyum lagi. sambil pandangan matanya dileretkan pada jejaka.

'saya perlu datang. untuk tunaikan janji saya pada awak. maaflah, sunflower sold out. jadi, saya gantikan dengan mawar merah dan semut ni, nampak unik, tak lah sama dengan pemberian dari orang lain.'

janji sudah gadis tunaikan. penantian jejaka juga berhasil.

setelah mengucapkan salam perpisahan,
gadis berlalu pergi. menapak perlahan-lahan, sambil terbayang memori yang dicipta kurang 30 saat yang lalu. kali ini, gadis betul-betul sedar yang dia menderita. lalu, gadis redha untuk menerima karma, atas mengecewakan jejaka. air mata mengalir. gadis tak mampu untuk berpaling. langkahnya makin deras. kepalanya ligat berfikir untuk meredah kehidupan mendatang.
'maafkan aku jejaka, aku sentiasa bersalah, sentiasa ego, sentiasa degil. aku tahu kau layak menerima yang lebih baik dari aku. selamat berbahagia jejaka'

dari kejauhan, jejaka merelakan pemergian gadis dari hidupnya buat kesekian kali.
'gadis, ah, kau masih seperti dulu, degil, keras hati, egois. gadis, andai kau sudi pulang ke pangkuanku. aku sentiasa memaafkanmu.'

lalu, matahari yang menyaksikan kisah itu meminggir dari langit. memberi ruang buat jejaka dan gadis mengira bintang di langit sambil air mata mengalir di pipi, masing-masing terasing di antara hijab yang mereka ciptakan sendiri.  

p/s: sila komen. pertama kali buat cerita panjang ni, walaupun macam pendek. sebab tak pernah tulis sepanjang ni. hehe

Thursday, 27 October 2011

dulu VS sekarang

DULU.
aku pernah tulis pasal ketuhanan.
lepas tu ada yang tembak aku.
aku menulis begitu,
'UMPAMA MELUDAH KE LANGIT'
konon dengan hidayah Tuhan segala bagai.
cakap tak serupa bikin lah konon aku ini.
tapi, salahkah?
manusia berubah bukan?
diberi peringatan dari Tuhan,
untuk kembali ke pangkal jalan.
itu maknanya doa aku dalam solat
'tunjukkan kami jalan yang lurus' itu termakbul.
setelah mendapat tentangan,
aku tak lagi menulis begitu.
cukup aku simpan di dalam hati.
aku tak mahu ludahan aku menitis atas muka.
SEKARANG.
aku menulis tentang perasaan.
perasaan aku yang aku rasai.
pengalaman yang aku lalui.
semuanya dari hati.
jari aku menaip-naip mengikut gerak hati.
apa ada di minda, terluah segalanya pada blog.
pun tetap ada yang membenci.
ada yang mengata.

oh, kalian.
ini blog aku,
luahan hati aku.
tak pernah aku catatkan nama-nama manusia 
yang mana aku coretkan mengenai kalian di blog ini.
aku cuma guna 'KAU', 'KALIAN'.

blog aku, 
aku punya suka la kan?
ada aku kisah pasal apa yang kau tulis 'IBARAT MELUDAH KE LANGIT?'

p/s: jadi di mana hak aku untuk menulis? perlu kah gaya bahasa aku sama macam kau? kau aku biarkan dengan cara kau. lalu, aku mohon biarkan aku dengan penulisan aku. matang atau tidak, kau bukan Tuhan untuk menghukum aku. aku juga bukan Tuhan untuk menentukan. kita manusia biasa, sama-sama biasa. jadi kau tak ada lebihnya dari aku untuk mengkritik apa yang aku tulis. KALAU TERASA PEDAS, MINUM AIR.

Tuesday, 25 October 2011

kalau, kenapa.

kalau dah dapat yang terbaik,
kenapa nak berbalik?

kalau yang lama menyusahkan,
kenapa masih nak simpan?

kalau kata sayang, cinta,
kenapa masih ada tanda tanya?

kalau ada rasa cemburu buta,
orang lain begitu juga.

kalau rasa letih tak bermaya,
tak siapa memaksa.

kalau ini bayarannya aku terseksa,
biar begini terus sampai bila-bila.

Saturday, 22 October 2011

masih jelas.


beralih musim ke musim
hati tetap serupa
tiada yang berubah
dari hari dikau pergi
dikau pergi

penjara
hidup ini penjara
tanpa ada simpati
kepada sang kekasih
yang dilanda
yang dilanda kehilangan


masih jelas setiap garisan halus
bila senyuman kau ukirkan untukku
masih jelas setiap lekuk penjuru
menghiasi wajahmu
waktu kau renung aku

ratib sendu
bergetar dalam kalbu
hingga menitis linang
dari kelopak mata
keranamu, keranaku dipisahkan

sudah suratan
takdir begini
segalanya sementara
selagi hayat ku masih ada
kau bertakhta di hatiku



Thursday, 22 September 2011

tak tahu,

pandang kanan,
masih samar.
pandang kiri,
juga begitu.
kehidupan yang tak pasti,
manusia bermuka-muka.
tunjang kekuatan,
rapuh tak bermaya.
dongak ke langit,
berdoa pada yang Esa.
hambaMU ini diuji,
kerana dosa-dosa yang lalu.
hambaMu ini cuba redha,
dengan apa yang berlaku.
tapi hati tak cukup kuat,
untuk tempuh tembok batu.
hati tak cukup tegar,
untuk telan serpihan kaca.
hati dan akal tak sehaluan,
antara yang benci dan suka,
pada hambaMu,
dah tak dapat dipastikan.
sungguh,
aku tunduk terkulai layu.
dengan harapan,
tiada yang tikam belakang saat ini,
kerana perit, sakit,
menanggung luka yang bernanah sekian lama.

p/s: untuk kau, ya, kau, mungkin aku hanya menambah luka dengan kehadiran cerita-cerita sendiri, kalau tak suka, cakap terus terang, jangan cakap belakang, jangan sindir aku dengan tulisan-tulisan kau. jangan salahkan aku atas perpisahan yang berlaku, fikirkan.