Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Friday, 25 November 2011

hidup.

hati.
kosong dan sunyi.
seakan perlahan-lahan mati.
tak siapa mengerti.
semua jauh berlari.
tinggalkan diri sendiri.
salah lagi.
cukuplah sampai di sini.
sudah tak mampu lagi.

dia ibarat camar.
yang tiba dan perlu beredar.
walau hati hebat bergetar.
"jangan kau menghindar!"
apa pun harus sedar.
tak semua mampu dikejar.

melangkah.
terimalah padah.
walau hati gundah.
sesal tak sudah.
ingat! jangan megah.
hidup ini tak mudah.
ada hati yang perlu diendah.

p/s: sejak-dua-menjak, kurang semangat. ditambah dengan cuaca kurang baek, tahap kesihatan turut merosot. jangan dipaksa lagi. salah, salah dan tetap salah. tak ada apa yang mampu merubah salah menjadi benar! ingat tu FSCM!

Sunday, 20 November 2011

3 tahun.

permulaan: 20.11.2008, 
genap setahun: 20.11.2009, 
genap dua tahun: 20.11.2010, 
tapi tak mampu nak cecah tahun ketiga: 20.11.2011. 
=.='
tak siapa mampu melawan takdir Tuhan. 
ajal, maut, jodoh, pertemuan semua di ketentuanNya.
 

Thursday, 17 November 2011

terharu.

terharu!
sungguh.
sangat-sangat.
lepas alami tiga fasa kekecewaan dalam hidup.
untuk 2011.
sesuatu tak disangka berlaku.
betul apa orang kata.
kita terlalu pedulikan orang yang tak pernah hargai usaha kita.
tapi kita tak pernah pedulikan orang yang menghargai kita.
Ya Tuhan.
benar rupanya pepatah itu.
dalam-dalam aku palsukan senyuman.
dalam-dalam aku ketawa dibuat-buat.
ada yang mengerti.
ada yang menegur.
"mengapa kau terluka sebegini?"
terpaku seketika.
'oh, kau nampak kecelaruan aku.'
terima kasih pada kau.
benar kata kau.
inilah kehidupan.
insyaAllah, akan baik-baik sahaja.
terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.
kerana menggantikan tulang belakang aku yang tercicir.
kerana menjadi tunjang kekuatan aku.
kerana kau nampak sesuatu di sebalik senyuman palsu.

p/s: hidup ini bukan satu perjudian, bila untung sabut timbul. hidup ini bukan percaturan seperti catur. hidup ini satu perjalanan, yang mana insan mengerti apa itu sakit, sedih, gembira, bahagia, kecewa, dsb.

Thursday, 27 October 2011

dulu VS sekarang

DULU.
aku pernah tulis pasal ketuhanan.
lepas tu ada yang tembak aku.
aku menulis begitu,
'UMPAMA MELUDAH KE LANGIT'
konon dengan hidayah Tuhan segala bagai.
cakap tak serupa bikin lah konon aku ini.
tapi, salahkah?
manusia berubah bukan?
diberi peringatan dari Tuhan,
untuk kembali ke pangkal jalan.
itu maknanya doa aku dalam solat
'tunjukkan kami jalan yang lurus' itu termakbul.
setelah mendapat tentangan,
aku tak lagi menulis begitu.
cukup aku simpan di dalam hati.
aku tak mahu ludahan aku menitis atas muka.
SEKARANG.
aku menulis tentang perasaan.
perasaan aku yang aku rasai.
pengalaman yang aku lalui.
semuanya dari hati.
jari aku menaip-naip mengikut gerak hati.
apa ada di minda, terluah segalanya pada blog.
pun tetap ada yang membenci.
ada yang mengata.

oh, kalian.
ini blog aku,
luahan hati aku.
tak pernah aku catatkan nama-nama manusia 
yang mana aku coretkan mengenai kalian di blog ini.
aku cuma guna 'KAU', 'KALIAN'.

blog aku, 
aku punya suka la kan?
ada aku kisah pasal apa yang kau tulis 'IBARAT MELUDAH KE LANGIT?'

p/s: jadi di mana hak aku untuk menulis? perlu kah gaya bahasa aku sama macam kau? kau aku biarkan dengan cara kau. lalu, aku mohon biarkan aku dengan penulisan aku. matang atau tidak, kau bukan Tuhan untuk menghukum aku. aku juga bukan Tuhan untuk menentukan. kita manusia biasa, sama-sama biasa. jadi kau tak ada lebihnya dari aku untuk mengkritik apa yang aku tulis. KALAU TERASA PEDAS, MINUM AIR.

Tuesday, 25 October 2011

kalau, kenapa.

kalau dah dapat yang terbaik,
kenapa nak berbalik?

kalau yang lama menyusahkan,
kenapa masih nak simpan?

kalau kata sayang, cinta,
kenapa masih ada tanda tanya?

kalau ada rasa cemburu buta,
orang lain begitu juga.

kalau rasa letih tak bermaya,
tak siapa memaksa.

kalau ini bayarannya aku terseksa,
biar begini terus sampai bila-bila.

Saturday, 22 October 2011

masih jelas.


beralih musim ke musim
hati tetap serupa
tiada yang berubah
dari hari dikau pergi
dikau pergi

penjara
hidup ini penjara
tanpa ada simpati
kepada sang kekasih
yang dilanda
yang dilanda kehilangan


masih jelas setiap garisan halus
bila senyuman kau ukirkan untukku
masih jelas setiap lekuk penjuru
menghiasi wajahmu
waktu kau renung aku

ratib sendu
bergetar dalam kalbu
hingga menitis linang
dari kelopak mata
keranamu, keranaku dipisahkan

sudah suratan
takdir begini
segalanya sementara
selagi hayat ku masih ada
kau bertakhta di hatiku



Friday, 21 October 2011

semoga.

semoga senyuman kekal di bibir.
semoga air mata tak lagi menitis di pipi.
semoga warna-warna pelangi mewarnai hari.
semoga hitam putih hanya menjelma di malam gelap.
semoga badan tak lagi susut, kurus melidi.
semoga telinga mendengar lagu bernyanyi riang.
semoga.
semoga baek-baek semuanya.
semoga itu yang terakhir.
semoga inilah penentunya.
semoga ini takdir Allah.
semoga Dia merahmatinya. 

Friday, 14 October 2011

yang benar.

orang cakap hati aku kebal.
macam batu.

sebab dikelilingi tembok batu.
yang menjaga hati.

mungkin sebab nak jaga hati.
dari terluka lagi.

tapi, siapa pun tak tahu.
hati aku tak kebal mana pun.

hati cair macam ais krim.
sungguh.

p/s: saja nak memulakan entri berwarna.

Monday, 3 October 2011

rasa itu.

bergenang air mata.
lalu menitis perlahan.
alhamdulillah.
akhirnya berjaya.
setelah segala susah-payah,
penat-lelah ditempuhi.
sakit, pahit, derita ditelan,
manis, gembira dicapai.
dalam-dalam himpunan kenangan manis.
satu yang aku benci.
ditinggalkan pergi.
harus, aku sendiri.
mencari sisa-sisa kekuatan.
kehilangan tulang-tulang belakangku.
meneruskan langkah di bumi ini.
akhirnya menongkah langit.
dengan harapan
"aku bakal mengikut jejak langakah kalian"



p/s: selamat bergraduat buat senior dan teman-teman. fasa hidup yang berbeza bakal kalian tempuhi. kenang daku dalam doa kalian.

Thursday, 22 September 2011

tak tahu,

pandang kanan,
masih samar.
pandang kiri,
juga begitu.
kehidupan yang tak pasti,
manusia bermuka-muka.
tunjang kekuatan,
rapuh tak bermaya.
dongak ke langit,
berdoa pada yang Esa.
hambaMU ini diuji,
kerana dosa-dosa yang lalu.
hambaMu ini cuba redha,
dengan apa yang berlaku.
tapi hati tak cukup kuat,
untuk tempuh tembok batu.
hati tak cukup tegar,
untuk telan serpihan kaca.
hati dan akal tak sehaluan,
antara yang benci dan suka,
pada hambaMu,
dah tak dapat dipastikan.
sungguh,
aku tunduk terkulai layu.
dengan harapan,
tiada yang tikam belakang saat ini,
kerana perit, sakit,
menanggung luka yang bernanah sekian lama.

p/s: untuk kau, ya, kau, mungkin aku hanya menambah luka dengan kehadiran cerita-cerita sendiri, kalau tak suka, cakap terus terang, jangan cakap belakang, jangan sindir aku dengan tulisan-tulisan kau. jangan salahkan aku atas perpisahan yang berlaku, fikirkan.

Saturday, 17 September 2011

tekan.

ditekan.
tertekan.
menekan.

tapi, syukur.
aku belum remuk-redam.
masih sihal walafiat.
masih punya hati yang elok.

belum pecah hati ini.
belum gila akal ini.
belum bengkak mata ini.
belum kudung kaki dan tangan.
belum putus nyawa.

p/s: mari duduk di posisi aku, sebelum kau gelar aku betina, yang rosak, yang dah termengandung! mampukah kau hadapi jika kau yang ditohmah?

Tuesday, 13 September 2011

rindu.

kalau dah sayang,
tak kisah berkorban kan?
duit laju macam air pun tak pe.
sebab dah rindu,
sehari talipon berkali-kali boleh je.
mak, abah,
along rindu.
angah, adek,
sehat tak?
takpe kan along asyik talipon.
untuk kawan yang dekat negara hasil tenusu,
sanggup habiskan duit talipon sampai sejam.
aku sayang kau ketat-ketat.
yang baru sampai ke seberang laut,
aku tahu kau sibuk.
mengejar cita-cita.
tapi ucapan kau yang sepatah,
sudah cukup untuk aku.
kawan yang menggila-gila di mukabuku,
aku rindu kau orang, tahu?
oh.
rindunya pada manusia-manusia di selatan negara.
aku habiskan duet poket untuk talipon kau orang.
tapi, berbaloi!
sebab terubat rindu di hati.
aku sayang kau orang.

p/s: aku semakin belajar untuk redha dan menepis rindu yang menggila. sesungguhnya bukan mudah untuk menimba ilmu. Ya Tuhan, beri aku kesabaran menghitung detik waktu.


inspirasi.

semalam.
aku menangis.
kerana orang-orang itu.
aku hilang semangat.
aku hilang punca.
aku meraba-raba.
dalam kegelapan.
aku tunduk pada kesedihan.
tapi, aku silap!
walaupun,
aku kecewa kerana orang-orang itu.
tapi orang-orang-orang-orang dan orang,
lebih ramai yang menarik aku dari kancah air mata.
hari ini,
aku mampu tersenyum.
di hadapan orang-orang itu.
dengan kekuatan dari teman.
dari jauh mendoakan aku.
terima kasih, teman.
p/s: sahabat sejati sukar dicari, sukar diganti. sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan teman-teman istimewa.  [err...dapat berbakul-bakul SMS dan call semalam..dan pagi ni dapat morning wish dari nun jauh seberang laut, walaupun kat sini dah tengah hari...huhu]

Saturday, 10 September 2011

serabut.

teringatkan dokter.
atas flight.
13 jam perjalanan.
oh.
apakah sebenarnya.
susah betul nak lelap mata.

tambah masalah.
disalahkan.
memang bersalah.
aduhai.
apa nak jadi dengan kehidupan.


p/s: kalaulah dokter ada sekarang. kalaulah boleh SMS dengan dokter sekarang. kalaulah dokter boleh online sekarang.
arghhh!! apakah saket aku ini?

Friday, 9 September 2011

dokter. 2

if two people are meant to be together, eventually they'll find their way back -chuck bass-
; oh dokter, ku relakan kau pergi. ku nantimu di pintu syurga.
p/s: pada sesiapa yang nak muntah baca entri ini, sila ke tandas. hihi. pada sesiapa juga yang terasa hati, ini kehidupan, yang tinggal hanya angan-angan untuk menguatkan diri menempuh realiti.

Thursday, 8 September 2011

kata-kata.

kata-kata.
memberi inspirasi.
mahupun mnyentap hati.
yang bagusnya jadi motivasi.
yang buruknya tersimpan dalam hati.
kata-kata.
buat minda berfikir.
untuk memulakan atau berakhir.

Relationship with you and your lover is just a portion of your short life. Love life. Live it wisely. Do not get stucked up with your relationship until it gets you nowhere. Once u get nowhere, i bet your lover will leave you alone, because u are no longer you but u are one stucked-up-person-who-thinks-your-life-only-revolves-around-you-and-your-lover. [Terfaktab, 2011]

People nowadays are like bluetooth. If you stay close they stay connected and if u go away they find ''New Devices'' .[Ahmad Fadhil, 2011]
You words you utter is a reflection of who you are :) [RS, 2011]
When you're right, no one remembers. When you're wrong, no one forgets. [FB, 2011]
Bila ada yang sayang.,Jangan lukai hatinya..Bila ada yang cinta.,Jangan kamu titiskan air matanya..Bila ada yang menanti,.Pastikan kamu kembali..Bila ada yang setia,.Lakukan yang sama.Bila dia pergi.,Pergilah kejari selagi merasa dia bererti..Kerana bila dia tiada di sisi..Kamu akan sunyi dan sepi. [Hanis Zafirah, 2011]
Memang ada saja yang akan membenci, mengutuk, menghina, dan lain - lain kata - kata negatif. Termasuklah isu peribadi. Kalau tak kuat, susah nak survive. Susah untuk teruskan minat, susah untuk teruskan apa yang dicitakan, apa yang disungguh - sungguhkan. [zahiriladzim]
Sesuatu yang dimulai dengan rasa marah akan berakhir dengan rasa malu. [KOSMO, 2011]
Putarlah putar, putarlah untuk pemikir, bila diputar makin terfikir, makin terfikir untuk pemikir. semakin fikir semakin dalam. sedalam-dalam sudah berputar, berhenti pada satu titik, titik yang tidak akan berputar. terhenti yang henti. [khrlhsyam.blogspot]

Tuesday, 2 August 2011

entahlah.

ceria..senyuman..
semuanya mati hari ini..
yang tinggal suram..
entah kenapa..
tersentap tangkai hati..
sungguh aku tak tipu..
tapi kenapa?
apa perlunya?
aku tak ingin lagi..
tak ingin sejarah dulu berulang..
orang kata,
'bebal seorang itu bila tak ambil iktibar dari sejarah lepas'
biarlah hari ini penuh emosi..
semoga esok warna-warni pelangi menghiasi..
cuma..
aku masih berfikir..
mencari jawapan..
kepada soalan..
kepada diri sendiri..
merenung ke hadapan..
dengan cahaya yang berbalam-balam..
apakah pengakhiran cerita..
siapa kalah, siapa menang..
tapi bukan niat aku untuk bersaing..
tak perlu..
kalau ya jawapannya, iyalah..
kalau tidak kawapannya, tidaklah..
umur makin bertambah..
akal tak perlu seperti keanak-anakan..
biar waras..
biar matang..

p/s: kadang-kadang aku tenggelam dalam emosi. melayan perasaan. tanpa peduli orang lain. seronok juga begitu. tapi, aku pasti ada yang terasa dengan kehilangan aku. maaf. hari ini agak mendung untuk aku.

Wednesday, 27 July 2011

ceh, perasanlah!

'semua orang sukakan aku'
ceh, perasanlah!
ya. tahu dan sedar.
bukan semua orang suka pada aku.
tapi tak bermakna tak ada yang sukakan aku.
buat baik pada orang.
baiklah balasannya.
kan aku dah cakap dulu;
hidup ini ada karma.
ingat senang nak harungi hidup?
bila ada yang tak sukakan pada diri ini.
perit, sedih, pedih, tahu tak?
tak tahu?
sampai nanti suatu masa,
mungkin akan merasa perasaan itu.
tapi aku doakan,
supaya masih ada tempat meluahkan perasaan andai ada yang tak suka.
jangan semuanya tak suka dan membenci.
semoga nasib lebih baik dari diri ini.
 bayangkan;
di kiri ada yang menjeling.
di kanan ada yang berbisik.
di depan ada yang perli-perli.
di belakang ada yang mengumpat.
lengkap.
apa lagi yang kurang?
atas, bawah?
tunggu dan lihat tinggi atau rendah bumbung langit dan lantai bumi.
dan meneguk liur; umpama menelan bara api.
nak menangis; air mata dah kontang.
nak menjerit; dah pecah peti suara.
fikir, fikir dan fikir.
makin letih otak.
minda makin lesu.

p/s: memang tak salah berbuat baik pada semua, cuma jangan sampai dipijak lumat. tapi aku tetap tak sampai hati. sebab ada rasa sayang. cuma aku tak pasti apakah perasaan yang di sana itu. maafkan aku andainya merumitkan lagi keadaan.

Saturday, 21 May 2011

.imperfection

you know why "shrek" is the best fairytale?
'coz in some fairytales the prince and princess are perfect..
but in SHREK,
it teach us that imperfect people can still have their own happy endings..
 dalam hati ada taman
ya. berbunga-bunga sekarang
cuma kau dan aku
tahu kisah ini
janji kita
ini janji kita kan?
kau dan aku. sampai tua begini
20112008

Wednesday, 18 May 2011

jiwa.

kosong.
jiwa aku kosong
mengertilah
bukan ini yang aku harapkan
aku pergi
pergi. membawa diri
mencari hilangnya jiwa. hilangnya rasa

nikmat CINTA dalam hati
ditarik kembali olehNYA
dek dosa-dosa yang menyelaputi hati
kian hitam
 
sedarkah kau
andai ini berlarutan
yang terseksa itu kau
lepaskan. segala yang kau genggam
izinkan. aku melangkah pergi
mengutip sisa-sisa kekuatan dalam diri
menapak kembali di titian keimanan

Ya Allah, ampuni hambaMu ini
aku tersasar dari landasanMu
Kau titipkanlah ketabahan
dalam hatiku. dalam diriku
sesungguhnya aku ini lalai
lalai. leka. alpa

p/s: jiwa keruan. jiwa kacau. ini entri tulus dari hati.