bila rentak jantungku tersentak
haemoglobin mengalir deras
membawa bekalan oksigen
nafasku tercungap
aku bangkit. duduk di birai katil
mata tembus ke jendela yang terkuak
ahh!
indahnya nikmat ciptaan Tuhan
terbentang luas lautan
entah apa khazanah dalam isi perutmu, lautan
tak pernah aku terokai
huh!
inilah akibat malas berfikir
ku letupkan jari-jemari
menggumam bibir
seraya di hati terlintas
"akan ku buktikan pada seseorang itu"
yang kata-katanya
bukan pisang goreng;
kurang sedapnya bila sejuk
tapi ibarat sambal belacan;
walau berair mata, berasap telinga
masih sedap, masih dicari
kerana apa?
kerana kata-katanya menyeru bangkitnya
semangat yang lena dalam diriku
p/s: kebangkitan semangat untuk maju...terima kasih teman
kuatkan semangat babe!
ReplyDeletegood luck and all the best.. be the best among the best to get the best and leave the rest..
ReplyDeletekemudian secara tiba-tiba datanglah seekor beruang lalu menggigit lalu membaham, maka tamatlah riwayat kesan degil
ReplyDeletepagi-pagi dah sedih..lempang nak?
cik qaseh: ya!tengah usaha
ReplyDeletefamjad89: thanx again
duniakuAbstrak: argh!apakah?aku tak sedih, kau patut bangga aku bangun melwan si degil itu...hehehehe