Thursday, 27 March 2014

Hidup.

Hidup ini untuk dinikmati.

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah.
Setiap yang hadir, pasti punya maksud.

Sekiranya kecewa, teruslah bertabah.
Sekiranya bahagia, syukurilah.

Andainya menyayangi, jangan kemudian membenci.
Andainya dibenci, jangan kembali membenci.

Hidup ini adil.
Masing-masing punya lebih, punya kurang.

Allah itu sebaik-baik perancang.
Redhalah dengan setiap aturanNya.



*lambat atau cepat, semuanya dah Allah tulis. Tapi, jangan lupa berusaha. :-)

Saturday, 7 December 2013

Pertama & kedua.



Pernah aku ceritakan,
Aku pernah disailang?

Pernah aku ceritakan,
Bagaimana rasa dikhianati?

Pernah aku ceritakan,
Pahitnya rasa berkongsi?

Ya, dengan senyuman, muka ala-ala baby face. Ramai yang tak percaya.

Apa, dengan senyuman di bibir,
Aku tak pernah menjerit pekik akibat kecewa.
Apa, dengan senyuman di bibir,
Aku tak pernah merungut akibat diduakan.
Apa, dengan senyuman di bibir,
Aku tak pernah melontar kata yang kasar akibat ditipu.

Sudah aku rasai,
Hadirnya yang ketiga. Perhatian. Perasaan. Wang ringgit. Dibahagi kepada dua.
Engkau 50, aku 50.

Hidup ini ada karmanya, kan?

Tapi, aku tak pernah berniat untuk jadi yang kedua. Perit untuk yang pertama. Sumpah.

Aku rela kau, kau dan kau; membina kasih sayang dan cinta,
Atas kelopak-kelopak kasih aku yang gugur satu per satu.

TETAPI,

Mana mungkin,
Membiarkan aku menari dengan gerak tari bahagia,
Di atas lantai hati dia, dia dan dia yang terluka.

Tidak. Tak akan mungkin.

Kerana, aku tahu apa rasanya.
Seretan gerak tari yang mengguris lebih dalam.
Dan yang tinggal hanya luka bernanah,
Menjadi parut buat seumur hidup.


Wednesday, 23 October 2013

hm.


mencari & memberi peluang 
akan menghasilkan keputusan yang sama 
tapi tidak serupa.

ya.
saya sedang mencari
dan juga
memberi peluang.

supaya keputusannya nanti,
boleh saya timbang.

baik dan buruk.


Sunday, 13 October 2013

Awak, selamat hari lahir.

Awak,
Selamat hari lahir.
Semoga panjang umur. Murah rezeki.
Ucapan cliché. Hihi.
Awak,
Semoga berbahagia bersama isteri tersayang.
Dilengkapi dengan cinta hati sempurna.
Dikelilingi keluarga dan sahabat yang ceria.
Awak.
Umur kita sama, tapi status kita berbeza.
Tanggungjawab awak terhadap isteri.
Tanggungjawab saya pada diri sendiri.
Awak.
Umur kita sama, misi kita berbeza.
Tulang rusuk telah pun awak ditemui.
Syurga masih saya tercari-cari.
Awak.
Umur kita sama, soalan yang kita dapat berbeza.
Bila boleh ibu bermain dengan cucu?
Bila abah nak dapat menantu?
Awak.
Umur kita sama, pandangan kita berbeza.
Awak menggalas amanah dari Tuhan.
Saya masih leka dengan dunia kanak-kanak.
Awak.
Umur kita sama, jalan hidup kita berbeza.
Cerita cinta awak kini ditulis bersama.
Cerita cinta saya masih belum bermula.
Awak.

Selamat hari lahir.

*awak, saya mohon awak pulangkan hati saya yang awak sentuh & simpan sejak 4 tahun lepas. boleh kan?
*duhai hati, bukakanlah pintumu pada sesiapa yang sudi memberi salam cinta. jangan merana begini sayang. lepaskanlah apa yang sudah berlalu.

Thursday, 11 April 2013

A song; a memory. #2



Did you realized that you knocked my heart?

Did you knew that you grabbed my attention?

Did you thought that you drove me crazy?

Sometimes,

my heart beating abnormally;

my mind can't stop thinking about you;

my lips keep on smiling.

Because of you.

^_^

Wednesday, 10 April 2013

A song; a memory. #1




Being deeply loved by someone 

gives you strength, 

while loving someone deeply 

gives you courage.

^_^