Thursday 5 July 2012

#Edisi Mak Abah 3

Mak selalu menangis kan?
Bila anak mak bawa pulang buku rekod kemajuan.
Bila nama anak mak diumumkan di perhimpunan sekolah.
Bila nama anak mak terpampang di papan kenyataan.

Mak menangis kegembiraan lah.
Buku rekod kemajuan anak mak hijau semuanya.
Tiada langsung tanda merah.
Lagi untung bila anak mak antara top 5 dalam kelas.

Mak tersenyum bangga.
Di perhimpunan anak mak dipanggil ke hadapan.
Pelajar contoh, kata cikgu.
Keputusan cemerlang, dispilin bagus.

Pengorbanan mak berbayar.
Anak mak cemerlang dari semua segi.
Sopannya ada, berbudi pekerti.
Agama pun cantik.
Semoga anak mak jadi orang berguna.

Sekadar gambar hiasan

Pernah anak mak buat mak menangis bukan kegembiraan?
Mak menangis sedih.
Mak menangis kecewa.
Mak menangis malu.
Mak menangis tertekan.

Fikir-fikirkanlah.
Jika sebegitu mak menangis,
Pohonlah ampun maaf.
Mak mungkin terguris juga terluka.
Bila mana anak mak mungkin terkasar bahasa.
Mahupun sedikit degil ataupun keras kepala.
Mungkin juga harapan mak;
Yang tinggi menggunung itu,
Hancur berkecai.
Dek kerana anak mak tak mampu tunaikan.
Mak hanya nak tengok anak mak berjaya.
"Anak mak, mak bukan nak tumpang kejayaan anak mak.
Tapi jika anak mak berjaya, mak tahu, anak mak yang akan senang nanti."

Monday 2 July 2012

#Edisi Mak Abah 2

Kalau kekasih merajuk,
Beria-ia kau pujuk,
SMS berlambak-lambak.

Kalau mak terasa hati,
Kau tak ada pun rasa simpati,
Kata kau, "dah berusia, sensitiviti memang tinggi."

Kalau kekasih ajak berjumpa,
Wangi-wangi, lawa-lawa kau hias muka,
Laju-laju kau terus menerpa.

Kalau mak rindu, suruh kau balik,
Jutaan alasan kau bagi, memang licik,
Janji je lebih, macam tin kosong kemik.

Kalau dah dapat gaji bulanan,
Kekasih kau bawa berjalan,
Ada tak kau fikirkan,
Duit gaji kau kirimkan,
Pada mak yang melahirkan.

Jangan lupa, jangan alpa,
Kekasih kau baru kenal sehari dua,
Tapi,
Mak kau yang melahirkan bersabung nyawa.

Jangan lalai, jangan leka,
Dengan janji kekasih yang direka-reka,
Sedangan bila mak berkata-kata,
Murkanya bikin kita anak derhaka,
Tapi kasihnya membawa ke syurga.


*Along sayang mama!