Tuesday 21 June 2011

.selamat hari abah


Aku dah makan pelempang abah,
merah pipi aku yang gebu,
tunggu masa untuk gigi berterabur,
sebab tinggikan suara bila bercakap dengan orang tua.

Aku dah kena libas dengan getah paip abah,
peha aku macam disiat kulit,
pedih yang amat,
sebab balik lepas Maghrib.

Aku dah kebal dengan rotan abah,
berbalur belakang badan,
kulit dah lali dengan minyak gamat,
bila liat nak bangun Subuh.

Aku dah kena panah dengan jelingan abah,
tak lupa juga dengan suara abah bak guruh berdentum,
bila malas buat kerja rumah.

Abah seret aku keluar rumah,
macam orang kena rasuk,
tak peduli rintihan dan jeritan aku,
bila tahu aku bercinta.

Dah berbakul-bakul abah kutuk aku,
Ini masin, itu tawar,
bila aku masak tak sedap.

Dulu aku fikir,

Mengapakah?
Kenapakah?
Apakah?
Aku ini anak buangan kah?
Aku ini mangsa dera kah?
Abah tak sayangkan aku kah?

Kah kah kah…

Kini aku ketawa berdekah-dekah,
Kalau dulu tak kena belasah sampai macam tu,
Tidaklah abah bangga dengan diri aku sekarang.

Abah boleh senyum.

Anak daranya jadi orang,
Bukan lalang, sawang mahupun beruang.

p/s: along sayang abah sampai bila-bila

Monday 20 June 2011

.sedar silap di mana

mak pesan;
biar muka tak lawa,
tapi ada ilmu rumah tangga,
memasak, mengemas,
bukan rumah tunggang terbalik,
mengalahkan tongkang pecah,
seteruk sarang tikus.

abah pesan;
biar muka tak lawa,
tapi ada budi bahasa,
muka senyum selalu,
hormatkan orang tua,
bukan sombong,
tarik muka empat belas.

mak pesan;
duduk tempat orang,
pandai-pandai bawa diri,
berkawan dengan semua,
jangan memilih pangkat, darjat.

abah pesan;
berkawan tu boleh,
bercinta pun boleh,
cuma jangan di tempat gelap,
jangan di lorong sunyi.

aku ambil semuanya;
nasihat mak,
nasihat abah.
aku berkawan dengan semua,
duduk lepak-lepak,
minum di kedai,
lampu jalan, lampu kedai,
ada di kiri kanan,

apa yang aku beringat;
biar muka tak lawa,
pandai jaga maruah,
maruah diri, maruah keluarga.

apa yang aku beringat;
biar orang kutuk,
janji Tuhan tahu,
yang aku betul-betul tak buat.
biar orang kata,
aku tetap tutup mulut.
aku tetap aku,
dengan cara aku,
tapi aku masih sedar batas-batasnya.

apa yang aku sedar dan faham;
biar orang mengata,
jangan kita tumpang semangkuk,
fikir dulu sebelum cakap,
kalau benar kita salah,
apa orang kata jadikan pedoman,
kalau kita pihak yang benar,
diamkan,
manusia letih,
mulutnya diam sendiri,
kerana;
tak semuanya kita betul,
tak semuanya kita benar,
kita tak sempurna,
tapi belajarlah menjadi lebih baik.


p/s: kehidupan yang menekan sekrang memaksa aku lebih banyak berfikir untuk menjaga hati manusia di sekeling, walaupun hati sendiri luka berdarah. kerana aku sedar aku bukan sempurna. kerana aku fikir, berdosanya aku melukakan hati orang lain tanpa sedar. buat manusia di sebelah sana, aku doakan kau punya sahabat jauh lebih baik dari aku, kerana aku ini hanya menyusahkan kalian.

Sunday 19 June 2011

ku nantikan KARMA

detik-detik ku lalui kini
gelap dan sunyi sepi
meraba-raba aku di sisi
tergapai-gapai, tercari-cari

ku sedar siapa aku
sekadar angin lalu
yang tiba tak diseru
yang pergi kerna tak perlu

aku bukan sempurna
tentang itu aku tak buta
aku tahu dan tak alpa
masih waras tak menambah dosa

jangan cakap belakang
jangan kutuk belakang
kalau berani, cakap bertentang
jangan hanya duduk bersidang

kau, aku hormatkan
hanya kerana umur bukan pada perbuatan
bukan juga pada pengalaman
kerana kau mulut manis muka macam cipan

pelik dan jelik
semuanya tunggang terbalik
ya, aku bodoh kau cerdik
cerdik, cerdik dan cerdik

oh, cerdik rupanya
kalau cerdik, begitu hubungan kau dengan manusia?
bukan nak tegur salahnya, tapi kau mengata
berbakul-bakul kau tambah dosa

p/s: jangan ingat kita boleh bahagia atas penderitaan orang lain.
aku cukup takut dengan perkataan KARMA.
apa yang kita buat pada orang, mampu berbalik pada diri sendiri, cuma tak tahu bila dan bagaimana. sedarlah, ingatlah, hidup kita tak akan selalu selesa dan berada di atas.
setiap hambaNYA akan diuji pelbagai cara.